CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala cikgu Lijah pecah dipukul

30-5-2013 10:21 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6456| Komen: 53

Description: Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Gambar kecil: Khalijah Abu Samah KAJANG - Seorang pesara guru ditemui mati dipercayai dibunuh, selepas disamun dalam kejadian di ruma . ...

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Gambar kecil: Khalijah Abu Samah

KAJANG - Seorang pesara guru ditemui mati dipercayai dibunuh, selepas disamun dalam kejadian di rumahnya di Jalan Mewah Abu Samah, Kampung Sungai Jai, Beranang, di sini, semalam.

Mangsa, Khalijah Abu Samah, 74, ditemui dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah di bahagian ruang tamu berhampiran pintu dapur rumahnya.

Mangsa yang tinggal bersendirian ditemui oleh jirannya seorang warga Indonesia, Ahmad Zaini Kasmuri, 54, kira-kira jam 10 pagi.

Ahmad Zaini ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, dia yang berniaga sayur keluar rumah untuk ke pasar pada jam 7 pagi.

Menurutnya, apabila kembali semula ke rumahnya kira-kira tiga jam kemudian, dia mendapati rumah mangsa kosong.

Katanya, dia bagaimanapun melihat terdapat sebuah motosikal hitam jenis Yamaha 125Z diparkir berdekatan pagar laman rumah mangsa.

Ahmad Zaini berkata, dia kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk meletakkan barang, sebelum bergegas ke rumah mangsa untuk menjenguknya.

“Biasanya kalau saya balik setiap hari dari pasar, kakak (mangsa) akan duduk di luar rumah, tetapi hari ini (semalam) tiada.

“Saya rasa tak sedap hati dan terus pergi ke rumah kakak. Apabila saya tolak pintu dapur, nampak kakak sudah tertiarap tidak sedarkan diri di kawasan ruang tamu rumah,” katanya.

Kepala ditutupi tudung

Ahmad Zaini berkata, ketika ditemui kepala mangsa ditutup dengan tudung dan terdapat kesan darah yang banyak sehingga ke lantai.

Menurutnya, dia menarik tudung mangsa dan mendapati kepalanya pecah, selain banyak serpihan kaca bertaburan di atas lantai.

Ahmad Zaini berkata, dia sangat terkejut dan terus memaklumkan kepada jiran berdekatan tentang perkara tersebut.

“Salah seorang jiran terus buat laporan polis, manakala saya hubungi menantu mangsa memaklumkan perkara tersebut,” katanya yang sudah tiga tahun berjiran dengan mangsa.

Ketika ditanya berhubung motosikal yang dilihatnya sebelum itu, beliau berkata, motosikal itu sudah tiada ketika dia pergi ke rumah mangsa.

Menurutnya, dia berasa sedih dengan kejadian yang berlaku, kerana selama ini, dia dan isteri diamanahkan oleh tiga anak mangsa untuk menjaga dan menjenguk keadaannya kerana mereka tinggal berjauhan termasuk seorang di Arab Saudi.

“Selalu saya belikan dia barang atau makanan dan dia akan masak sendiri. Tapi tak sangka perkara sebegini menimpanya,” katanya.

Keluarga kerap datang melawat

Menantu mangsa, Zunfar Mohd Saad, 45, yang tinggal di Kajang berkata, dia hanya mengetahui kejadian selepas jirannya menghubungi melalui telefon kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, dia dan suami yang merupakan anak bongsu mangsa kerap datang melawat kerana mereka yang tinggal paling dekat dengan rumah mangsa.

“Kami memang selalu pesan pada jiran untuk tengok-tengokkan emak sebab dia tinggal seorang. Tapi tak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku,” katanya.

Maut akibat dipukul objek tumpul

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan mangsa dibunuh antara jam 7.30 pagi ke 10 pagi semalam.

Menurutnya, pemeriksaan awal menunjukkan terdapat dua kesan kecederaan pada kepala mangsa dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

“Tiada sebarang senjata yang digunakan dalam kejadian ditemui dan premis juga tidak dipecah masuk.

“Keadaan rumah berselerak dipercayai digeledah suspek dan hanya barangan kemas mangsa dikenal pasti hilang. Setakat ini, kita percaya individu yang menyerang mangsa hanya seorang,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

3

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
6

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 30-5-2013 09:33 AM
sialan punya penyamun..dgn nenek tua pun nak bunuh...


makin bertambah2 kes jenayah berat2 di negara kita ni...





innalillah
Quote rospinki 30-5-2013 09:36 AM
kesian duduk sorg2..

makin aman malaysia kini


p/s mana pak tongkat lama tak nampak?
Quote arasham 30-5-2013 09:37 AM
setiap kali baca berita gini kitorang mmg tahu we made a right decision bawak mak/apak duk
dgn kitorang. walaupun sometime depa merungut nak duk kg sendiri. boleh kata setiap hari ratib nak balik kg
kami pekakkan telinga. bimbangkan keselamatan depa berdua....
utk arwah semoga tenang di sana..alfatihah..
Quote bbalik 30-5-2013 09:38 AM
nak rompak.. rompak jer lah..
bukan mangsa larat nak melawan pun...

buat pe nak bunuh..
nenek nih kenal suspek kot..
Quote manehnya 30-5-2013 09:49 AM
nenek ni bahaya ka yg dia nk bunuh tu.. ish.. gila punya org
Quote d-7-0ne 30-5-2013 09:51 AM
muntri kata kes trpencil.......
Quote chinatsu 30-5-2013 09:55 AM
soal siasat jiran indon dia tu jugak..ntah2 kawan2 dia punya keje..'indon boleh berniaga pasar? jadi pekerja atau bos?
Quote xpdckelate 30-5-2013 09:57 AM
org tua suka duk kg dan rumah sendiri dari duk umah anak2 sebab depa dh biasa dengan suasana camtu...tapi jaman skang bukan macam dulu,aman2 gitu
Quote ciklipoo 30-5-2013 02:29 PM
bahaya dok sensorg...mcm mana la nk ubah persepsi org tua2 bahaya dok sensorg...
bile ajak dok ngan anak2 tak nak..nk jaga itik ayam la...xselesa la...hmmmm...zaman skang ni dah xboleh sorg..budak kecik ke org tua ke..tetap jadik mangsa penyamun2...
Quote Al-Patih 30-5-2013 02:37 PM
ciklipoo posted on 30-5-2013 02:29 PM
bahaya dok sensorg...mcm mana la nk ubah persepsi org tua2 bahaya dok sensorg...
bile ajak dok ngan ...

kadang2 ...orang tua ..ada sebab nak bersendirian ...tak mau menyusahkan anak2 ....atau ..ada perkara yang mengecikkan hati ...lagi pun ...meke ni sangat sensitif ....
Quote ciklipoo 30-5-2013 02:42 PM
Al-Patih posted on 30-5-2013 02:37 PM
kadang2 ...orang tua ..ada sebab nak bersendirian ...tak mau menyusahkan anak2 ....atau ..ada perk ...

kan.... tp bahaya...atau mebi salah sorg anak dok je kg...sng parent tak sorg2..
... moralnye sila buat anak bnyk..
Quote Al-Patih 30-5-2013 02:44 PM
ciklipoo posted on 30-5-2013 02:42 PM
kan.... tp bahaya...atau mebi salah sorg anak dok je kg...sng parent tak sorg2..
... moralnye sil ...

morally ...you ada berapa anak ....
Quote ciklipoo 30-5-2013 02:47 PM
Al-Patih posted on 30-5-2013 02:44 PM
morally ...you ada berapa anak ....

morally iols blom kawen lg
Quote Al-Patih 30-5-2013 02:49 PM
ciklipoo posted on 30-5-2013 02:47 PM
morally iols blom kawen lg

hokey ...bila nanti kahwin/nikah ...buat tu satu target utama .....
Quote little_sis 30-5-2013 02:53 PM
sebaya mak aku nih.. siannya makcik nihh..
penyamun kalo nk samun, samun je la tp xyah la nk bunuh org tua tu..
Quote prettyuglybabe 30-5-2013 02:53 PM
jahanam punya penyamun..
Quote whiteroses77 30-5-2013 02:54 PM
innalilah

jahat betul orang2 ni la
Quote Pailang 30-5-2013 03:45 PM
ini kita panggil, penyamun bodoh-kejam. bunuh mangsa ragut yang tak boleh melawan dan tak boleh buat apa2
Quote stryder_cats 30-5-2013 03:50 PM
kadang risau aku kalu nenek aku tinggal sorang2 bila mak ngan ayah aku gi keje... takut apa2 jadi mcm ni... harap2 tak la

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.238158 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top