CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelantan Di Banjiri Dadah Kata Ketua Polis Kelantan

4-9-2014 10:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9349| Komen: 22

Description: Di Majlis Itu, Sebanyak 15 Pegawai Kanan Polis Kontinjen Kelantan Dinaikkan Pangkat Daripada Asp Kepada Dsp. Tiga Pasukan Khas Bagi Membanteras Kes Kecurian Kenderaan, Lumba Haram Dan Dadah Turut Dila ...
Kelantan Di Banjiri Dadah Kata Ketua Polis Kelantan

Gambar hiasan


KOTA BHARU: Jumlah kes dadah di Kelantan mencatatkan peningkatan yang ketara dengan 351 kes dilaporkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama tahun lepas, sebanyak 255 kes dilaporkan dengan 399 tangkapan di negeri ini.

"Pada Januari hingga Ogos tahun ini, sebanyak 521 tangkapan dibuat melibatkan kes di bawah Seksyen 39B, 39A (2) dan 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Ini bermakna mereka yang mengedar dadah secara besar-besaran di negeri ini banyak, penguatkuasaan memang banyak tetapi ia masih ada," katanya kepada pemberita selepas majlis Pemakaian Pangkat dan Pelantikan Pasukan Petugas Khas PDRM Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Rosli Abdul Rahman.

Di majlis itu, sebanyak 15 pegawai kanan polis kontinjen Kelantan dinaikkan pangkat daripada ASP kepada DSP. Tiga pasukan khas bagi membanteras kes kecurian kenderaan, lumba haram dan dadah turut dilancarkan.

Mazlan berkata kawasan sempadan akan menjadi tumpuan utama kepada pasukan khas itu dalam usaha membanteras gejala dadah di negeri ini.

"Kita perlu ambil tindakan tegas terutama di kawasan sempadan kerana kalau tidak ia akan menjadi masalah kepada negeri-negeri lain.

"Ini kerana kemasukan dadah adalah melalui negeri ini, kita ingin lupuskan sindiket ini," katanya.

Mazlan berkata permintaan terhadap dadah terutama sekali pil kuda amat tinggi di negeri ini.

"Ada yang jual antara RM25 sehingga RM30 sebiji, permintaan tinggi tetapi ia masih dalam keadaan terkawal kerana kita sentiasa mengadakan operasi secara berterusan," katanya.

9

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
6

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PongKang 4-9-2014 02:18 AM
Padanla byk kes rogol rupanya amik pil kuda...
Quote munchkin 4-9-2014 03:21 AM
Takpelah. Asal bukan dot dot dot
Quote nanacinta 4-9-2014 03:34 AM
kesan pil kuda akan menyebabkan sesorang gila kekal, kurang siuman, berkelakuan pelik dan sangat bernafsu...bahayanya...makbapak kena tengok2 la anak tu...nanti menyusahkan orang pulak...
Quote nanacinta 4-9-2014 03:41 AM
mungkin sebab ni lah banyak kes2 tak masuk akal kat sana...
Quote prettymanja 4-9-2014 03:59 AM
Klate Darol Lalok.. huhu
Quote LUNCH 4-9-2014 05:19 AM
Siapa yang belum kenal pills kuda tu dan tanda tanda ketagih.

Amphetamine
Amphetamine dicipta pada 1887 oleh L. Edeleano saorang pakar kimia German. Pada masa itu kesan rangsangannya masih tidak diketahui. Pada 1930 bahan Amphetamine’s CNS stimulant digunakan sebagai rangsangan pernafasan dan dipasarkan bagi mengurangkan hidung tersumbat (Benzedrine).

Amphetamine digunakan bagi tujuan perubatan termasuk ketagihan arak, narcolepsy, depresi, mengurangkan berat badan, kanak-kanak hiperaktif serta muntah-muntah ketika mengandung. Penyalahgunaan amphetamine kian meningkat kerana kesan khayal dadah ini bertahan lama, murah dan mudah diperolehi. Ia berbentuk pil atau kapsul dalam pelbagai warna seperti, merah, oren, coklat dan hijau. Ianya juga sering dikenali sebagai Pil Kuda, Nyendeh, Yaba, Yama, Buah, dan lain-lain. Pil Kuda kian digemari oleh penagih terutama di negeri pantai timur Malaysia (Kelantan dan Terengganu).



Kebiasaannya, amphetamine ditelan atau dihancurkan kemudian disedut melalui hidung atau dimasak dengan
sedikit air dan disuntik. Selain itu, amphetamine boleh dilayarkan diatas timah rokok dengan api secara perlahan dari bawah dan wapnya disedut ke dalam mulut.

FAKTA SAINTIFIK
Amphetamine adalah sejenis dadah stimulant yang merangsang kecergasan, menghilangkan lesu serta mengurangkan selera makan. Ia berkait dengan kumpulan bahan kimia yang amat merbahaya, dextro-amphetamine,
levo-amphetamine dan methamphetamine. Kesemua bahan tersebut merangsang dopamine, nor-epinephrine dan serotonin di dalam sel-sel otak. Kumpulan kimia Amphetamine tersebut juga digunakan bagi merawat pesakit mental dewasa dan kanak-kanak seperti ADHD (attention deficit hyperactive disorder).

Ia juga digunakan bagi merawat kecederaan otak atau trauma, bagi pesakit yang sering mengantuk di siang hari (narcolepsy), sindrom keletihan yang kronik dan Postural orthostatic tachycardia syndrome. Apabila digunakan sel-sel otak iaitu neurotransmitters dopamine, norepinephrine dan serotonin akan terangsang. Rangsangan berlebihan neurotransmitters kepada selsel otak akan menyebabkan kecergasan, kemampuan
untuk berjaga serta tumpuan pemikiran meningkat. Walaubagaimanapun, rangsangan yang kerap dan berulang akan mengakibatkan kerosakan kekal pada sel-sel otak.

KESAN & AKIBAT
Menggunakan Amphetamine secara berterusan mengakibatkan kesan ketagihan yang kronik termasuk kesan sampingan lain;
Degupan jantung meningkat dan tidak menentu
Peningkatan tekanan darah, mual-mual dan muntah
Sakit kepala, otot mengeletar, suhu badan meningkat tinggi
Kegagalan pernafasan, hilang kawalan perasaan dan menjadi ganas.
TANDA-TANDA
Diantara tanda-tanda penggunaan Amphetamine adalah seperti berikut;





Tingkahlaku berubah dengan keterlaluan (hiperaktif), banyak bercakap, teruja berlebihan dan peningkatan kecergasan.
Mulut menjadi kering, retina mata membesar, peningkatan pernafasan dan degupan jantung.
Lebih kerap menghisap rokok, terlalu beremosi, gembira atau sedih berlebihan.
Bercakap berlebihan dengan suara yang kuat dari biasa dan tiada selera makan
Berkelakuan agresif/ganas secara tiba-tiba
Perubahan tingkahlaku/cara hidup yang ketara

Quote LUNCH 4-9-2014 05:21 AM
Memang kelantan dan Terengganu mengemari pills kuda ni. Tapi kenapa Kelantan dan Terengganu sahaja?
Quote kentel 4-9-2014 08:10 AM
kulantan darul kuda...ganu darul rugul...
Quote True-X 4-9-2014 08:15 AM
Melayu asli ni....

Serambi dadah sungguh...
Quote magnus 4-9-2014 08:16 AM
Tidakla memeranjatkan berita ni...
Quote kerunai 4-9-2014 08:17 AM
ummah ummah kelate n ganu ni, kalo duk kg tak kuar dr sana, stok skolah tak abis ,stok skolah cukup makan...mmg ini aje lah pengakhirannya

punah wal punah

hantar ramai lagi polis dan askar pi sana kasik tembak semua sampah2 dadah semua
Quote akuwell 4-9-2014 08:47 AM
kerunai posted on 4-9-2014 08:17 AM
ummah ummah kelate n ganu ni, kalo duk kg tak kuar dr sana, stok skolah tak abis ,stok skolah cukup  ...

Yang ni aku setuju. Memang stok duk kg lps abes sekolah atau yang tak abes sekolah boleh kata majoriti telan pil kuda nih.
kalau dorang kena sumbat dalam jel, aman damai la kampung. Tapi kalau hari ni dorang bebas, esok tu dengar lah rumah sape-sape kat kampung tu kena pecah masuk.

Quote sakurahati 4-9-2014 08:54 AM
ni set2 yang malas nak berhijrah la ni...yang rajin2 semua dah berhijrah..tinggal yang pemalas je kat kampung..nak buat keje kg pun malas, makan pil kuda je la kejenya..
Quote mizahanan 4-9-2014 09:01 AM
patutlah ramai ummah kuar dr kelantan
Quote TanSriJess 4-9-2014 09:07 AM
tokey pil kuda jer yg idop kaya raya di kelangtam nih
Quote kerunai 4-9-2014 09:10 AM
ummah ummah yg kuar dari kelate ramai yg berjaya..

bila time raya ...bersesak keta mewah atas jalan

bila abis raya, tinggal keta2 buruk kekdahnya

mmg hazab sangat dgn tipikal kg wal longkang berbau solat masjid sejadah hapak bagai

tolonglah berubah wahai kelantanese yg masih di sana
Quote niceghost2005 4-9-2014 09:11 AM
mizahanan posted on 4-9-2014 09:01 AM
patutlah ramai ummah kuar dr kelantan

Dari laporan itu, kita bley rumuskan:
1. Penguatkuasaan masih di tahap lemah (PDRM, PPP, Kastam n Immigresen)
2. rasuah/merasuah tahap kronik

Sebenaqnya, PDRM membuka pekong sendiri.
Quote lurve82 4-9-2014 09:13 AM
rumah mertua kat dungun dh 5 kali kena masuk...buat aku menyampah dgn org sekitar tu...hidup dah la susah..tp menyusahkan org lain..pegi la keje...benci betul...
Quote zwaty 4-9-2014 09:14 AM
kelantan? no komen...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.140451 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top