CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simpanan Rm30k Buat Umrah Lebur Bila Ditipu Sindiket Pelaburan!

22-4-2014 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7173| Komen: 27

Description: Sumber Polis Berkata, Mangsa Yang Berusia 60 Tahun Dikatakan Teruja Untuk Menyertai Pelaburan Itu Selepas Mendapat Tahu Seorang Individu Memperolehi Keuntungan Rm3,000 Dengan Hanya Bermodalkan Rm30.
Gambar hiasan

Kuala Lumpur: Seorang wanita warga emas kempunan untuk menunaikan umrah apabila wang tunai miliknya berjumlah RM30,000 sebaliknya dilarikan ahli sindiket pelaburan Internet.

Sumber polis berkata, mangsa yang berusia 60 tahun dikatakan teruja untuk menyertai pelaburan itu selepas mendapat tahu seorang individu memperolehi keuntungan RM3,000 dengan hanya bermodalkan RM30.

Menurutnya, mangsa dikatakan mula tertarik dengan pelaburan itu selepas mendapat risalah iklan dan nombor telefon suspek yang kononnya mampu membantu menjana keuntungan melalui pelaburan mudah.

“Mangsa kemudian menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada nombor syarikat pelaburan tertera di iklan itu sekitar Februari lalu.

“Suspek lelaki yang dihubungi memberi keyakinan pelaburan ini benar dan bukan penipuan menyebabkan mangsa termakan pujukan,” katanya.

Sejak itu mangsa dikatakan memasukkan sejumlah wang ke dalam akuan bank diberikan suspek hingga mencecah RM30,000.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun gagal memperolehi pulangan pelaburan dijanjikan walaupun berulang kali menghubungi suspek.

“Mangsa tambah panik apabila suspek gagal dihubungi,” katanya.

Wanita terbabit yang yakin ditipu tampil di Balai Polis Brickfields di sini, kelmarin untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah mengesahkan menerima laporan mangsa.

12

Bagus
11

Marah
10

Terkejut
6

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (55 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanakikan 22-4-2014 07:30 AM
Umrah rm6k dah boleh dpt. Under andalusia.
Quote kakikuDibibirmu 22-4-2014 07:30 AM
mahalnya umrah                  
Quote anony-mous 22-4-2014 07:53 AM
Pdhal slh sdri yg tamak
Quote yipun_78 22-4-2014 07:57 AM
masih ada ummah yg bongok tertipu?? bukan senang nk simpan duit sampai ribuan sesenang gitu nk bagi orang lain Pakcik makcik oooiii.... anak2 x pantau ke pergerakan banking mak pak?
Quote pakweneelofa 22-4-2014 07:59 AM
digunakan pada pelacuran lebih mulia dari kena tipu dengan sindiket pelaburan
Quote fifie_olin 22-4-2014 08:03 AM
aku pikir sbb dh tua je...maafkn je la gitew
Quote artcrime 22-4-2014 08:18 AM
yipun_78 posted on 22-4-2014 07:57 AM
masih ada ummah yg bongok tertipu?? bukan senang nk simpan duit sampai ribuan sesenang gitu nk bagi  ...

anak2 nak kena pantau? wow.. itu duit mereka.. pasal duit ni agak sensetip.. boleh buat bergaduh ok..

kalau dorang bertanya gini gini gini.. mungkin sempat.. kalau jenis senyap2? kita boleh baca pergerakkan mereka? lelagi yg anak2 jauh2..

kemon..

bukan orang2 tua selalu kata "kami dah makan garam dulu.." haaa.. ni la garam bukit dia.. cuma kalau dalam jiwa dia.. ada kesabaran dalam menabung.. xde masalah.. nak melabur cuma salah "siaran". sian...

Quote dubuk 22-4-2014 09:18 AM
tidak wujud didalam dunia duit beranak begitu banyak

melainkan kamu berniaga
Quote kecimpret 22-4-2014 09:22 AM
org nak gi umrah pun dikitai nyer...tolol punya manusia
Quote axl_bach 22-4-2014 09:30 AM
mak aih, nih tamak bebenor nih, mesti dia dok berkira2 nak masuk top 100 jutawan terkaya di msia....

org masuk RM30 dpt RM30,000 (1000 kali ganda)

so dia hantam masuk RM30,000 dgn harapan busuk2 dpt laa RM 30,000,000.......
Quote magnus 22-4-2014 09:32 AM
Org tamak selalu rugi
Quote -electrifying- 22-4-2014 09:59 AM
rugi kehidupan menabung selama ni
Quote chaintea 22-4-2014 10:21 AM
Umrah apa smpai RM30k?
Ke simpanan utk g haji...reporter ni pon..
Quote tongkatwaran75 22-4-2014 03:20 PM
artcrime posted on 22-4-2014 08:18 AM
anak2 nak kena pantau? wow.. itu duit mereka.. pasal duit ni agak sensetip.. boleh buat bergaduh o ...

at least anak-anak bole nasihat...
takkan biar atau tgk jer...
klu sia susah nnt, anak2 pun turut susah...

Quote artcrime 22-4-2014 04:08 PM
tongkatwaran75 posted on 22-4-2014 03:20 PM
at least anak-anak bole nasihat...
takkan biar atau tgk jer...
klu sia susah nnt, anak2 pun turu ...

condition tu hanya boleh tahu bila org tua bertanya kepada anak2nya sekian sekian.. takkan la tetibe anak2 nak tau all account.. pegang buku akaun mak pak? gila?
nampak tak? ke kabur2 lagi?

kata kunci dia senang aje..

malu bertanya sesat jalan...

Quote yipun_78 23-4-2014 07:04 AM
artcrime posted on 22-4-2014 08:18 AM
anak2 nak kena pantau? wow.. itu duit mereka.. pasal duit ni agak sensetip.. boleh buat bergaduh o ...



den hau ley???
Quote Acong 23-4-2014 07:06 AM
Kalau Tak Menipu, Bukan Lah CINA Namanya...

http://darulehsantoday.blogspot. ... h-cina-namanya.html
Quote WawaRaRa 23-4-2014 08:08 AM
aduyaiii nenek tamak sgt... x kan ada nyer pelaburan 50 dpt smpi 3000... x logik... huhu klu ada pon high risk...
Quote cmf_premierleag 23-4-2014 08:43 AM
yipun_78 posted on 22-4-2014 07:57 AM
masih ada ummah yg bongok tertipu?? bukan senang nk simpan duit sampai ribuan sesenang gitu nk bagi  ...

lepas bapak aku meninggal, aku jaga mak aku
so semua duit keluar masuk, kene approach dgn ejen MLM la, unit trust la , mcm2 skim la aku akan pantau sbb aku tak nak org lain amik kesempatan kat mak aku
mmg aku protective sgt2
sampaikan stp kali sapa2 yg dtg approach mak aku nak ajak invest etc, mak aku suruh diorang cakap/jumpa aku dulu
zaman skang ni byk sgt kes menipu sana sini


Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067725 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top