CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Visa Haji: Tahun Ni Pun Ada Lagi Kena Tipu..!

18-10-2013 09:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2876| Komen: 0

Description: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom Berkata, Kerajaan Kesal Apabila Setiap Kali Musim Haji, Mesti Terdapat Kes Jemaah Yang Terkandas Kerana Syarikat Pakej Haji Itu Akan Me ...


MAKKAH - Orang ramai dinasihat agar jangan sekali-kali percaya dengan mana-mana pihak yang menjanjikan tawaran pakej haji lengkap dengan visa tanpa melalui Tabung Haji (TH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan kesal apabila setiap kali musim haji, mesti terdapat kes jemaah yang terkandas kerana syarikat pakej haji itu akan menghadapi masalah mendapatkan visa.

"Kita dapat tahu banyak juga jemaah haji terkandas di lapangan terbang di ibu negara dan juga di rumah masing-masing dan setelah siasatan, kita dapati jemaah haji terbabit sebenarnya hanya berdaftar dengan syarikat tertentu dan bukannya dengan TH,” kata beliau kepada pemberita di Mina di sini hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati syarikat terbabit membuat pelbagai tawaran pakej dengan mendakwa mereka akan mendapat visa terus dari Kerajaan Arab Saudi dan ada yang mendakwa membeli visa daripada kuota negara jiran.

Jamil Khir menjelaskan, tiada mana-mana syarikat memperoleh visa secara langsung dari Kerajaan Arab Saudi kerana pemberian visa haji adalah urusan antara kerajaan dengan kerajaan.

Beliau berkata, Kerajaan Arab Saudi tidak pernah membenarkan kuota sesebuah negara diberikan kepada negara lain dan kerajaan negara itu juga tidak berurusan dengan mana-mana syarikat.

Katanya, orang ramai yang bercadang mengerjakan haji pada musim depan menerusi pakej syarikat swasta, disaran agar menghubungi TH terlebih dahulu bagi mendapat pengesahan mengenai status syarikat berkenaan.

Menurut beliau, TH mempunyai senarai syarikat yang diiktiraf dan mempunyai data mengenai jumlah kuota TH yang diberikan kepada syarikat berkenaan untuk membawa jemaah haji.

"Pada setiap tahun selepas musim haji, kerajaan akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan muassasah dan Kerajaan Arab Saudi bagi memperbaiki sebarang kelemahan dan berbincang mengenai kuota yang ditetapkan,” kata beliau.

Beliau berkata, setiap negara akan diberikan kuota sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk dan Kerajaan Arab Saudi dijangka akan mengekalkan pengurangan sebanyak 20 peratus ekoran kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi. 


1

Bagus
3

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.281364 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top