Seorang pencuri berang selepas rumah mewah yang dimasukinya tidak memiliki barangan berharga seperti diharapkan. Akibat kecewa dengan keadaan itu, pencuri meninggalkan nota ‘luahan rasa sedihnya’.
Menerusi nota itu, suspek mempersoalkan mengapa tuan rumah meletakkan begitu banyak kunci yang sukar dibuka, sedangkan tiada barang berharga disimpan. “Jika tiada barang berharga, tidak perlu menggunakan kunci yang sukar dibuka,” tulis nota tersebut. Menurut polis, suspek ditahan selepas tuan rumah membuat laporan mengenai sejumlah barangan di kediamannya hilang. Jurucakap polis Kotwali memaklumkan, suspek hanya ‘berjaya’ mencuri wang tunai berjumlah 30,000 rupee (RM1,655) berserta barangan lain. “Tuan rumah tidak mendiami kediaman tersebut kerana mempunyai rumah lain. “Namun, apabila dia pulang ke rumah terbabit, dia mendapati beberapa barangannya hilang dan mengesyaki rumahnya dimasuki pencuri sebelum membuat laporan polis,” jelas jurucakap tersebut.
Hasil siasatan polis di lokasi kejadian menemukan kepingan nota tersebut dan suspek diberkas tidak lama kemudian. Sumber: Utusan
|
lasagnaklcc replied at 13-10-2021 08:11 PM
Jgn kata pencurik, i pon kdg2 hangin kalau byk sgt lock.
ADVERTISEMENT