CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adam Corrie Dicop Sombong Tak Salam Dengan Wanita, "Dah Jadi Ustaz Ke?"

13-10-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5354| Komen: 13

Description: Pernah dilabel sombong kerana tidak bersalam dengan wanita, pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 52, mendedahkan perubahannya itu mengambil masa untuk diterima orang sekeliling.
Pernah dilabel sombong kerana tidak bersalam dengan wanita, pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 52, mendedahkan perubahannya itu mengambil masa untuk diterima orang sekeliling.


Adam Corrie berkata, dia tidak menafikan itu antara cabaran awal dihadapinya sewaktu baharu memeluk Islam, 14 tahun lalu. Namun, dia nekad demi berubah ke arah lebih baik.


Foto: IG

"Saya teringat dulu ketika awal pengislaman, saya masih lagi berjabat tangan dengan wanita. Tapi selepas sudah berkahwin, bidadari saya (isteri) maklumkan bahawa orang Islam tak boleh bersentuhan dengan berlainan jantina, haram.

"Pada awalnya memang agak sukar untuk mengelak dari peminat dan rakan artis wanita yang hulurkan tangan untuk bersalam. Lama-lama saya rasa, perlu berani buat perubahan demi kebaikan. 


"Jadi apabila rakan atau peminat wanita saya selalu hulur tangan untuk berjabat tangan, saya terpaksa kata 'minta maaf' sambil tangan letak di dada," katanya.



Menurutnya, perubahan itu diterima baik ramai namun tidak terkecuali turut mendapat pandangan sinis.

"Ada yang terima dengan baik, ada yang kata sombong, ada kata sudah jadi ustazkah? Dan macam-macam lagi. Makan masa juga untuk buat perubahan dan orang sekeliling terima perkara baik ini, selepas empat tahun. 

"Saya faham, budaya bersalaman ini sudah diterapkan sejak dulu lagi sebagai tanda hormat. Tak kisahlah lelaki atau perempuan, perlu bersalam. Kalau tak bersalaman dikata kurang ajar, tiada adab.

"Tapi sebenarnya budaya bersalaman dengan bukan mahram ini tak sesuai dalam Islam. Jadi sekarang rata-rata mereka sudah faham, sebab saya tidak berjabat tangan dengan wanita bukan mahram," katanya.



Pelakon filem KL Gangster 1 dan 2 itu juga mengakui perubahan sebegitu cukup bermakna untuk dirinya meskipun mungkin kelihatan kecil atau remeh di mata sesetengah orang. 

Adam Corrie berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 43, pada 2008 dan mempunyai seorang anak bernama Adam Fateh Lee.

Pada 2017 lalu, dia pernah dipilih sebagai 'Tokoh Saudara Kita' peringkat Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1439.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 13-10-2021 02:31 PM
aku suka dia ni tp tipikal watak dia sbg penjahat, kalau dlm Gerak Khas dia byk kali jgk pegang watak tuh. mmg menjadi.
Quote lasagna 13-10-2021 02:37 PM
penghijrahan dia iols mmg kagum laa..
tapi apa jer watak bg kat dia, mmg menjadi.

comel anak dia fateh tu. penantian 10 taon nk dpt chy mata dulu.
Quote Nenasketum 13-10-2021 02:42 PM
Adorable nyer lahai anak dia! I loikee
Quote kucingitam 13-10-2021 02:58 PM
masih takleh hadam dia  selalu berlakon jadi jahat ganas2, tapi boleh jadi koreografer dan pandai menari..jauh benar perginya..
Quote cap_ayam 13-10-2021 03:23 PM
comey fateh .. adam corrie pun bagus .. sebab ambil langkah berjaga2 contohnya dia ada tulis dalam IG buat wanita2 bermasalah rumahtangga jangan mengadu kat dia.. pi kat pejabat agama
Quote Zaien 13-10-2021 03:24 PM
kucingitam replied at 13-10-2021 02:58 PM
masih takleh hadam dia  selalu berlakon jadi jahat ganas2, tapi boleh jadi koreografer dan pandai me ...

kannnn.. dah la watak antagonis manjang..
ehhhh tiberrr dancer kauuuu hahaahhahaa
alhamdulillah la.. hijrah dia tu..

Quote mdhelmi 13-10-2021 03:27 PM
alamak rindu plak nak terjun kolam
Quote ezacbee 13-10-2021 03:33 PM
Muka je ganas dalam hati ada taman.

Takot kah!
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 06:59 PM
Jangan jadik macam kesayuan yachh
Quote kakakmanis 14-10-2021 07:37 AM
52 eh umur dia. Tua dah eh dia ni.
Suka tgk dia kat AF dedulu masa dia jd kareografer.
Berlakon pun jadi dia ni especially watak jahat.

Semoga selalu berbahagia gembira di samping isteri dan anak.
Quote kucingitam 14-10-2021 12:23 PM
Zaien replied at 13-10-2021 03:24 PM
kannnn.. dah la watak antagonis manjang..
ehhhh tiberrr dancer kauuuu hahaahhahaa
alhamdulillah  ...

haha tula..masa baru tau dulu 2-3 kali aku tanya member aku betul ke org yg sama...hahah..
kat filem lu gua lu gua dush2, masuk af menari..hahah
tapi suka la dia dah berhijrah
Quote Zaien 14-10-2021 06:33 PM
kucingitam replied at 14-10-2021 12:23 PM
haha tula..masa baru tau dulu 2-3 kali aku tanya member aku betul ke org yg sama...hahah..
kat fi ...

kan.. x sangka boleh menari..
skang hijrah dh bgus..
so far tgk dia ngn family pun ok..
wife jenis bkn yg nk flex ke ape kan..

Quote eely_shana 16-10-2021 11:02 AM
suka tgk kehidupan dia skrg. nmpak tenang

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.149159 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top