CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Sayang Kamu,"- Doa Ashira Buat Suami Tercinta, Bad Indigo

13-10-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2488| Komen: 13

Description: Penyanyi, Ashira Aziz mendoakan agar suaminya, Bad Indigo terus kuat selepas diduga dengan penyakit kencing manis kronik sehingga menyebabkan semua jari kaki sebelah kirinya dipotong.
Penyanyi, Ashira Aziz mendoakan agar suaminya, Bad Indigo terus kuat selepas diduga dengan penyakit kencing manis kronik sehingga menyebabkan semua jari kaki sebelah kirinya dipotong.

Dalam hantaran dibuat Ashira di Instagram, penyanyi lagu Di Ombak Resah itu reda dengan setiap perancangan yang sudah ditetapkan Allah untuk kedua-dua mereka.

Foto: IG

"Hidup kita mungkin tidak seperti yang kita rancangkan. Tapi, ia berjalan seperti mana yang sudah Allah tetapkan.

"Apa pun, Allah adalah sebaik-baik pengatur dan perancang. Jadi, kita teruskan berdoa. Semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki, bahagia dunia akhirat," tulisnya.

Menutup tulisannya dalam ruangan keterangan, Ashira mengucapkan rasa cinta kepada suaminya.


"Sayang kamu," tulisnya.

Ashira juga memuat naik gambar suaminya ketika majlis akad nikah mereka, lengkap berbaju Melayu warna putih.

Gambar itu juga ditulis dengan doa daripadanya buat suami.

"Ya Allah. Jagalah dia. Kuatlah hati dan fikirannya, tubuh dan jiwanya. Permudahkan segala urusannya seperti yang Engkau mahukan. Amin," tulisnya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdulah mengakui dia memerlukan wang yang banyak untuk proses rawatan selepas semua jari kaki sebelah kirinya dipotong akibat penyakit kencing manis kronik itu, pada September lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ghalibboy 13-10-2021 03:07 PM
So touching
Quote Zaien 13-10-2021 03:21 PM
so sweeeett....
Quote Mamioomami 13-10-2021 04:34 PM
Moga yang baik2 datang rumahtangga depa.. aminnn
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 07:43 PM
Moga yang baik2 jeee untuk deme...
Quote jerukkedondong 13-10-2021 09:33 PM
Kuatkan semangat shira....
Quote minahmanja 13-10-2021 09:37 PM
Bad ni sebelum masuk gv, apa kojenye.
Quote jargon 14-10-2021 12:13 AM
minahmanja replied at 13-10-2021 09:37 PM
Bad ni sebelum masuk gv, apa kojenye.

Event planner katanya..tp cvid2 takde org buat event tu yg takde duit dah kot..tp rmh ashira duduk tu rmh bad kan
Quote sweetpea911 14-10-2021 06:20 AM
Besarnya jiwa Ashira ni.. dan doa yg sangat ikhlas.. insyaallah semuanya akan dipermudah untuk mereka..
Quote Cik_jantung 14-10-2021 07:16 AM
Takkan nak post pasal pergaduhan n kesusahan takde duit plak kan time beday laki dia.. beragakla. Harusla sayang kamu.  

Kat negara kita yg di post belum tentu sama realiti..
Quote stania83 14-10-2021 12:39 PM
ashira ni pernah susah ..jadi bila diuji macam ni dia tak senang senang nak give up...moga jadi pengajaran buat kita semua
Quote hashashes 14-10-2021 01:00 PM
Be strong ashira, pasti datang kesenangan lepas kesusahan
Quote cmf_DetConan 14-10-2021 03:17 PM
tak ramai yg bleh berlapang dada..tp ashira ni klu tgk bkn sorg yg mudah give up..insyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan
Quote eely_shana 16-10-2021 12:25 PM
semoga ashira tabah menjaga suami

Lihat semua komen(13)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.071946 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top