CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Negara Kaya Bolot Vaksin Moderna Sampai Negara Miskin Terputus Bekalan

12-10-2021 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4279| Komen: 4

Moderna, antara vaksin paling berkesan melawan COVID-19, kebanyakannya dibeli negara kaya sehingga menjejaskan bekalan kepada negara miskin.

Jualan vaksin yang dibangunkan dengan sokongan kewangan dan hasil kajian pentadbiran Amerika Syarikat (AS) itu berjaya meraih keuntungan berbilion dolar.


Namun, menurut Airfinity, sebuah firma data meninjau pengedaran vaksin di seluruh dunia, tindakan itu menyebabkan negara miskin yang menghadapi keperluan kritikal vaksin, terputus bekalan.


Kredit foto: AP

Hanya kira-kira sejuta dos vaksin Moderna dibekalkan ke negara yang diklasifikasikan oleh Bank Dunia sebagai berpendapatan rendah.

Sebaliknya, 8.4 juta dos vaksin Pfizer dan kira-kira 25 juta dos vaksin Johnson & Johnson diedarkan ke negara miskin.

Daripada sebahagian negara berpendapatan sederhana yang bersepakat untuk membeli vaksin Moderna, kebanyakannya belum menerima dos yang diharapkan.


Malah, sekurang-kurangnya tiga negara terpaksa membayar pada harga yang lebih tinggi berbanding AS atau Kesatuan Eropah (EU), menurut pegawai kerajaan di negara berkenaan.

Tidak seperti Pfizer, Johnson & Johnson atau AstraZeneca yang mempunyai pelbagai jenis ubat dan produk lain, Moderna hanya menjual vaksin COVID-19 dan masa depan syarikat itu bergantung pada kejayaan komersial vaksinnya.

Pegawai kanan Moderna mempertahankan bahawa mereka melakukan semua yang termampu untuk menghasilkan sebanyak mungkin dos dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, mereka mendakwa kapasiti pengeluaran tetap terhad dan semua dos yang dihasilkan pada tahun ini memenuhi pesanan di EU.

Namun, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden, semakin kecewa dengan Moderna kerana tidak menyediakan vaksin kepada negara miskin, kata dua pegawai kanan pentadbiran.

Pentadbiran AS sudah menekankan kepada eksekutif Moderna supaya meningkatkan pengeluaran kilang di AS dan untuk melesenkan teknologi syarikat kepada pengeluar luar negara yang dapat membuat vaksin untuk pasaran asing. 


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 12-10-2021 01:27 PM
Vaksin kayangan kah?
Quote merrissa 12-10-2021 04:42 PM
amboi berniaga betul...x mustahil kelak akan jadi mcm citer dr klon tu..ker dh terjadi ehhh
Quote mohamad134 12-10-2021 05:28 PM


Moderna di jual melalui shopee saja di siam..
Aku teringin jugak moderna kalau kerajaan thailand benarkan warga luar bayar utk 3rd boost bila pintu sempadan dibuka nanti.
Quote nakkomenjugak 12-10-2021 06:02 PM
Tidak terkejut dengan bolotan ini

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.045306 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top