CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Minit Tanpa Bayang

12-10-2021 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4668| Komen: 10

Description: Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) merekodkan fenomena hari tanpa bayang di Bandung kira-kira pukul 11.36 pagi semalam.
Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik Indonesia (BMKG) merekodkan fenomena hari tanpa bayang di Bandung kira-kira pukul 11.36 pagi semalam.

Lapor Republika, fenomena itu berlaku dalam tempoh cepat iaitu kira-kira dua hingga tiga minit.


Ketua BMKG Bandung, Teguh Rahayu berkata, hari tanpa bayang itu berlaku apabila matahari berada pada kedudukan titik zenith atau tegak.


Kredit foto: TribunNews

“Keadaan itu menyebabkan bayangan struktur tegak akan kelihatan ‘menghilang’ kerana pertindihan cahaya.

“Fenomena itu berlaku dua kali setahun dan hari tanpa bayang terjadi di Bandung selepas ekuinoks berlaku (matahari melintasi khatulistiwa) pada September dan sebelum Mac,” katanya.

Jelas Teguh, fenomena tanpa bayang menyebabkan posisi matahari dari bumi berubah sepanjang tahun iaitu antara 23.4 darjah latitud utara ke 23.4 darjah latitud selatan.




Tegasnya, fenomena tersebut tidak memberi kesan terhadap sebarang situasi termasuk cuaca.

“Fenomena ini tidak dapat dilihat sekiranya hujan atau mendung,” ujarnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 12-10-2021 01:26 PM
Mula2 tgok tajuk aku ingatkan thermos tertinggal kat taman pastu patah balik lepas 3 minit lesap tanpa bayang..
Quote Kurex 12-10-2021 01:48 PM
RatuDunia94 replied at 12-10-2021 01:26 PM
Mula2 tgok tajuk aku ingatkan thermos tertinggal kat taman pastu patah balik lepas 3 minit lesap tan ...

Kan uols.. ingatkan thermos hilang
Quote cik_sssara 12-10-2021 02:17 PM
Zero shadow day a.k.a equinox phenomenon.

Kita boleh tahu bila possible kejadian ni akan berlaku kat tempat korang. Ada software yang boleh kirakan, just key in your latitude.

Malaysia pun pernah jadi bulan lepas, berbeza hari & tempat seluruh negara. Dan bukan berlaku tepat pukul 12 tengahari ye.


Quote rospinki 12-10-2021 02:34 PM
bermakna sistem cakrewala masih berada pada tempatnya
apa berita yg aku baca bulan makin jauhla matahri makin dekatla bagai
Quote mdhelmi 12-10-2021 02:59 PM
ini bukan hari tanpa bayang
tapi

banyanganmu entah di mana
mengapa harus kita ditemukan
di saat jiwaku keresahan
apakah aku satu persinggahan
mengubat rindu...oohh
Quote Decaffeinated 12-10-2021 08:18 PM
aku pun pernah, tgh2 jalan kan KL nak pergi lunch aku perasan kon atas jalan langsung takde bayang. aku siap sempat snap gambar.

Quote ipes2 12-10-2021 09:27 PM
oh ini sama dgn Tropic of Cancer dan Tropic of Capricorn agaknya
sy ada pernah buka thread pasal ini:

https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1205306
Quote ipes2 12-10-2021 09:28 PM
Decaffeinated replied at 12-10-2021 08:18 PM
aku pun pernah, tgh2 jalan kan KL nak pergi lunch aku perasan kon atas jalan langsung takde bayang.  ...

cones memang la decaf, tapi yg diterima sebagai Lahaina Noon ialah bila tiang tegak tak produce any shadow
Quote Decaffeinated 12-10-2021 10:04 PM
ipes2 replied at 12-10-2021 09:28 PM
cones memang la decaf, tapi yg diterima sebagai Lahaina Noon ialah bila tiang tegak tak produce an ...

cone kalau biasa2 pun ada bayang meh

kebetulan masa tu yang ada atas jalan cuma cone. boleh juga nak tangkap gambar sendiri tanpa bayang tapi takde pulak orang nak tolong hehe


Quote ipes2 13-10-2021 02:05 AM
Decaffeinated replied at 12-10-2021 10:04 PM
cone kalau biasa2 pun ada bayang meh

kebetulan masa tu yang ada atas jalan cuma cone. boleh jug ...

sy ada google tadi.. semua cones tu, walau sedikit pun ada bayang
ingat nk tepek pix sini tapi bila scroll down, byk la pulak pics cones ni tgh2 jln yg takde bayang
so sy pun jadi confused

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.124532 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top