CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Curi, Jual Pula Kerusi Roda Kanak-Kanak OKU Dalam Talian

12-10-2021 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3609| Komen: 0

Description: Pencuri bertindak kejam apabila mencuri sebuah kerusi roda milik seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) berusia lima tahun.
Pencuri bertindak kejam apabila mencuri sebuah kerusi roda milik seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) berusia lima tahun.

Kerusi roda itu dicuri pada awal pagi Sabtu lalu dari kediaman mangsa di Rosedale Gardens, Roseworth, County Durham di England, lapor Mirror UK.



Kredit foto: Terry Blackburn

Menurut laporan Teeside Live, ibu mangsa, Natalie Roberts berang dan kecewa dengan kejadian itu.

Namun pada Isnin, kerusi roda berkenaan dikembalikan semula kepada mangsa oleh seorang individu yang baik hati selepas menemuinya dijual di media sosial.

Pembeli itu kemudian menyerahkannya kepada keluarga tersebut selepas menyedari ia adalah barang curi.

Polis meneruskan siasatan terhadap insiden yang berlaku pada pukul 3.40 pagi Sabtu, 9 Oktober.

Kanak-kanak berusia lima tahun itu mengalami cerebral palsy atau kelumpuhan otak dan mengalami kesukaran untuk berjalan.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.041574 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top