CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

SRK Makan Hati, Tak Makan & Tidur Sejak Aryan Ditahan

12-10-2021 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5141| Komen: 32

Description: Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dan isteri Gauri Khan mengelak ditemui media selepas anak mereka, Aryan Khan ditahan polis minggu lalu.
Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dan isteri Gauri Khan mengelak ditemui media selepas anak mereka, Aryan Khan ditahan polis minggu lalu.

Menurut portal Bollywoodlife.com, penahanan Aryan menyebabkan Shah Rukh berasa tidak berdaya dan kecewa.



Kredit foto: Times of India

"Dia sangat kecewa dan marah. Dia tidak tidur atau makan dan merasakan dirinya tidak berdaya sebagai seorang bapa membantu anaknya itu," katanya.

Terdahulu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita oleh Narcotics Control Bureau (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai Ahad lepas.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Ketika serbuan, Aryan dilaporkan bersama dua rakannya iaitu pelakon, Arbaz Seth Merchant dan pereka fesyen, Munmun Dhamcecha.


Lima lagi individu yang ditahan terdiri daripada Nupur Satija, Ishmeet Chadha, Mohak Jaiswal, Gomit Chopra dan Vikrant Chhokar.

Selasa lalu, Aryan dihadapkan ke sebuah mahkamah di Mumbai atas dakwaan pengambilan dadah. 


Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-10-2021 01:52 PM
Helok tapi tu la... Taik dadah..
Quote mdhelmi 12-10-2021 03:01 PM
sebab hari2 asik borak pasal SJR
kali ni SRK...dok fikir.. Sekatan...Raya...K...
Quote chauky314 12-10-2021 03:13 PM
sadis... byk duit pun tak leh buat apa
Quote my_irina 12-10-2021 03:48 PM
dugaan dan cabaran dalam parenting...
Quote shida81 12-10-2021 03:52 PM
suppose mcm jackie chan... da buat salah ko hadapla ngn hukuman duk jail
x de mase ak nk tlg
Quote nakkomenjugak 12-10-2021 05:45 PM
So memang di setup or memang mendadih?
Quote hasniey 12-10-2021 06:09 PM
nakkomenjugak replied at 12-10-2021 05:45 PM
So memang di setup or memang mendadih?

mmg mendadih la ni.anak org kaya kannnn
Quote Sazida 12-10-2021 08:46 PM
Lahh, nk sedih wtpe,, duluuuuuu mse iv k dgn goriii ko tu ckp dia boleh ambik dadah, have sex semua tu.. and skrg ko nk sedih2 wtperr.. dasar india betul.
Quote hashashes 12-10-2021 08:50 PM
Bakal 39b kah?
Quote dani-rox 13-10-2021 01:10 AM
anak dia ni yg beromen dl  keta dgn cucu amitabh bachan kan. cukup pakej anak ko dato sarukh, dahla bohjan, taik dadah summore
Quote dekmieDandy 13-10-2021 12:05 PM
berjenis-jenis pulak tu dadah guna... kalau weed je paham la jugak
Quote namr 13-10-2021 12:07 PM
Masalah orang kaya
Quote helicornia 13-10-2021 12:24 PM
nakkomenjugak replied at 12-10-2021 05:45 PM
So memang di setup or memang mendadih?

i baca kat mana ntah, katanya mmg dah lama mendadih
kali ni terkantoi
Quote ezacbee 13-10-2021 12:44 PM
Kaya pun dok dalam jail
Quote dewi_rina 13-10-2021 02:06 PM
Anak dia buat muka kejung macam tu 24 jam acah hensem ke?
Quote dewi_rina 13-10-2021 02:08 PM
helicornia replied at 13-10-2021 12:24 PM
i baca kat mana ntah, katanya mmg dah lama mendadih
kali ni terkantoi

I baca kat fb, takde bukti anak dia bawa dadah, kira ni nak jatuhkan bapak dia

Macam citer hindi ek
Quote dewi_rina 13-10-2021 02:14 PM
dani-rox replied at 13-10-2021 01:10 AM
anak dia ni yg beromen dl  keta dgn cucu amitabh bachan kan. cukup pakej anak ko dato sarukh, dahla  ...

Cucu si amitabh, navya nandha tu eh.. iols google, ish ishhhh! teruk eh
Quote helicornia 13-10-2021 06:49 PM
dewi_rina replied at 13-10-2021 02:08 PM
I baca kat fb, takde bukti anak dia bawa dadah, kira ni nak jatuhkan bapak dia

Macam cite ...

Katanya mmg dia tk bawak dadah.tp kawan2 dia sediakan dadah siap2 atas kapal tu.dia dtg bwk badan je.tp.kantoi jua
Quote naina 13-10-2021 09:14 PM
Anak dia ni lagi hensem dari bapaknya
Bapaknya tu ada manis ckit
Anaknya muka urban bad boy hensem
Beselah anak orang kaya..bapak kerja pun tengoklah apa. Puas bergelek dengan retis pempuan. Takkan ko nak expect anak ko Soleh. Plak. Dah bagi green light enjoy sana sini ko rasa dia akan jadi imam Sejid ke. Apa yang ko hidang itulah yang anak ko makan.

Lihat semua komen(32)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 08:54 PM GMT+8 , Processed in 4.054185 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top