CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Squid Game Tonjol Adegan Seks, Tapi Ibu Ini Kata "Perlu Expose Pada Anak"

27-9-2021 10:46 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 20090| Komen: 136|Original author: Oleh: LilRose

Populariti siri popular terbaru di Netflix, Squid Game dan Money Heist kian melonjak kebelakangan ini.

Berbeza dengan Pencetus Ummah (PU) Rahmat yang bimbang dengan pengaruh buruk dibawa kedua-dua siri itu.



Kredit foto: IMDb

Justeru, dia menyeru orang ramai terutama asatizah dan influencer beragama Islam supaya berhenti mempromosikan siri popular berkenaan, apatah lagi ia menonjolkan perkara haram seperti adegan seks.

Tak perlu sampai buat bedah siri, katanya.


Kredit foto: IG

PU Rahmat menyuarakan kebimbangannya apabila melihat ramai kanak-kanak bawah umur diberi kebenaran oleh ibu bapa mereka untuk menonton siri tersebut.



Kredit foto: IG

"Nak tengok tu tengoklah sebab masing-masing dah dewasa, tapi jangan pula kalian mempromosi secara tak langsung sebab follower klaian bukan semua orang dewasa," pesannya.

Walaupun rata-rata pengikutnya bersetuju dengan hujahnya itu, seorang pengguna Instagram dipercayai seorang ibu mendakwa kanak-kanak perlu didedahkan dengan cerita sedemikian kerana bimbang mereka menjadi pemangsa seksual dalam senyap.


Kredit foto: IG

"Pendidikan seks sangat penting kerana tidak semua anak faham dengan hanya 'mendengar'," jelasnya dengan lantang.

Pun begitu, dia menegaskan bahawa ibu bapa perlu memantau ketika anak menonton berserta penjelasan ketika babak sensitif dimainkan.


Kredit foto: IG

Apa pendapat anda berhubung isu ini? Membiarkan anak menonton adegan sedemikian lebih membahayakan atau melarang dan membuat rasa ingin tahu mereka membuak-buak hingga 'buat hal' di belakang ibu bapa kelak apabila sudah terdedah dengan perkara sebegitu secara sorok-sorok? - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 27-9-2021 11:20 PM
SG tu kan violent..takkan itu pun parents dah desensitized. Bunuh2, mati, mutilation.
Serial killer pernah kata bahaya aksi bunuh gitu sogok terus ke dalam rumah kita.
Quote faraway1 27-9-2021 11:22 PM
Buang tebiat apa tengok dengan anak..

Yang ni dah tua bangka pun,
Adengan dalam bilik air tu dan kill kill die die, fast-forward aje..

Violence Sangat, takut tengok..
Quote MissYouSayang 27-9-2021 11:24 PM
Terkejut gak tgk tiber je ada part ahso tgh berenjut.ishhh
Quote kitmal9545 27-9-2021 11:28 PM
kan dah tulis rating cerita tu.......................self censored lah...(tak payah buat panik ternampak benda tu)
Quote Beribear 27-9-2021 11:32 PM
Tengok sorg pon terkejut ada aksi tu tetiba je keluar suara, kelam kabut slow kan volume. Lagi nak tunjuk ke anak?? Biar betul lah perangai
Quote cocokerunch 27-9-2021 11:40 PM
Sebab tu dah lama x tgk netflix kat tv. I logout account kat tv n lappy. Risau anak terbukak citer yg kita tgh tgk wpun dah buat account asing2.
Kawan2 i selamba update tgh tgk money heist sambil tayang skrin tv besau kat hall. I tanya dia, anak2 tgk sekali tak, dia kata anak2 buat hal masing2 x join pun tgk.
I ni mungkin konservatif kot sebab dengan husband pun kami mmg krik krik kalau tetiba kuar scene sx ni. So nk selamat mmg kami layan kt henpon je. Citer korea skang byk sgt scene soft porn semua ni.
Quote edayildiz 27-9-2021 11:48 PM
cite sg ni ada scene darah2 jgk rupanya..xjd nk tengok..i xberapa tengok cite bunuh2 sbb xsuka darah..
i tengok cite korea yg suwit2 jah..btw buang tebiat kalau yg tgk ngn ank tu
Quote anakmak 28-9-2021 12:05 AM
Dulu anak2 selalu kena kelentong dgn aku kalau tetiba keluar sex scene
Makin membesar anak2 akan gelak2 cakap ibu ni tipu jer hehehe
Tapi sbb anak2 dah mmg terdedah dgn sex edu drpd kecik
Aku harap diaorg faham dan buat perkara yg betul
Quote RaraLavenda 28-9-2021 12:09 AM
Oitt, gile ke nak bagi ank2 tengok cite ni jugak. Kalau ye pun nk ajr psl sexual education tu agk2 larr. Cite ni over kot. Dah lah byk scene bunuh jugak. Seram oii.
Quote naina 28-9-2021 12:17 AM
Cite ni real ke wei bunuh2 bagai? Macam hunger game ke
Quote Normabaru 28-9-2021 01:01 AM
Bila seorang PU ckp.."nk tgk tu tgk la..sbb masing2 dah besar"?

Sejak bila cite maksiat klu dh besar blh tgk..haram is haram..ko tu PU..klu ko amat ank pak seman dok kg kaka xheran statement bodo gitu..

Oh im so speechless..pfffttt
Quote Normabaru 28-9-2021 01:05 AM
naina: Cite ni real ke wei bunuh2 bagai? Macam hunger game ke

Lg kejam dr hunger game..kaka seriously xterhibur pon dgn squid game yang so violence tu..cmne blh lepas utk tontonan pon xtau..lg pelik ramai suka..korg punya nilai kemanusiaan kat mana.dah la zaman covid ni nyawa msg2 mcm chipmore
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 01:33 AM
Bab ngesek2 niiii iol tak tau. Iol takde anak so no komenggg
Da jugakkk bab ngesek dalam tu ehhh!

Tapi kalau violence, iol boleh tolerate to a certain point. Macam cite  i saw the devil ke, old boy ke...
Quote jas7512 28-9-2021 01:33 AM
Edited by jas7512 at 28-9-2021 01:37 AM

Nasib baik masa i membesar tak trtarik tgk adegan2 sensasi and my parent trust me so much yg sampai takut nak betray their trust..sex education tu mmg penting tapi bkn dgn bg anak2 tgk cerita 18sx tapi didiklah mrk...apa boleh .apa x blh....mcm mana nak elak dr kn gangguan seksual etc dan doa byk2 sbb cabaran mkn besar
Quote 3480 28-9-2021 01:34 AM
X pnh tgk SG. Gugel ja.. mcm hunger game kot. Netflix pon xdak
Quote mily 28-9-2021 07:22 AM
Ada ke?  Baru tgk 2 ep je.. Nasib baik tgk kat laptop.  Huhu..  Xsuka betul part2 gitu.  Kan buat jelah cite xyah nak tunjuk... Adeh...
Quote meteorspeed 28-9-2021 07:38 AM
Aku tak se open mcm nie.. Bagi aku meme budak tak perlu tgk.. Deme ada sifat ingin mrncuba. Biar la org nak ckp aku kuno pemikiran zaman 60an. Bagi aku perkara mcm nie baik pemikiran 60 an.. Aku ada anak perempuan so aku takut. Virgin is just for ur husband titik...
Quote meteorspeed 28-9-2021 07:39 AM
naina replied at 28-9-2021 12:17 AM
Cite ni real ke wei bunuh2 bagai? Macam hunger game ke

Real, bunuh n ada voilance gitu..
Quote doubleharmonic 28-9-2021 07:40 AM
so kena bagi anak2 tengok bideo truly dibah aa memaki hamun bagai ke dekk? supaya anak educated dengan ayat2 carutanz lalu tak ikut dibah aa mencarutz sekali gituh?

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.373952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top