CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Perlu Bebaskan Diri Dari Watak-watak Lalu, Yusry Lihat Potensi Besar Pada Fattah Amin

29-9-2021 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 17970| Komen: 110

Description: Pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui bahawa dramatis popular, Fattah Amin mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang lakonan.Menerusi sidang media virtual drama bersi ...
Pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim mengakui bahawa dramatis popular, Fattah Amin mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang lakonan.

Menerusi sidang media virtual drama bersiri original GANJIL yang berlangsung baru-baru ini, Yusry berkata, Fattah mampu untuk menonjolkan sisinya yang berbeza jika diberi watak dan naskhah yang bersesuaian.



Kredit foto: MyInfotaip

“Sebelum ini, saya tidak pernah bekerja dengan Fattah. Namun, saya berpendapat bahawa dia mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang lakonan.

“Dia memerlukan satu projek yang menonjolkan sisi berbezanya kepada orang ramai. Saya tidak bermaksud menidakkan kerja-kerjanya sebelum ini.

“Tetapi, saya yakin, Fattah mampu memberi lebih berbanding apa yang dia pernah lakukan,” ujar Yusry kepada Gempak.

Yusry mengulas mengenai watak dan perwatakan Amry, iaitu watak yang dijayakan oleh Fattah dalam GANJIL.


Suami kepada pelakon Lisa Surihani itu menambah, melihat pada prestasi Fattah sepanjang penggambaran drama GANJIL, Yusry yakin bahawa telahannya selama ini adalah tepat.


Kredit foto: IG Fattah

“Fattah membuktikan yang dia mampu untuk menjayakan watak Amry dengan baik. Seperti yang saya katakan, dia mempunyai potensi dan dia perlu bebaskan diri dia daripada watak-watak yang pernah dia jayakan sebelum ini.

“Saya rasa, Fattah berjaya membawakan watak Amry ini dengan baik,” katanya lagi.

GANJIL berkisar tentang Nabila, lakonan Diana Danielle dan Amry (Fattah Amin) yang berjumpa hanya dalam mimpi. Menerusi perjumpaan dalam mimpi-mimpi itu, hubungan Nabila dan Amry menjadi semakin erat dan kedua-duanya menggunakan pertembungan dalam mimpi mereka untuk menyelesaikan masalah di dunia sebenar yang mereka sedang hadapi. 



GANJIL akan mula ditayangkan pada 30 September, dengan dua episod ditayangkan setiap Khamis sehingga 28 Oktober 2021. Penonton boleh menyaksikan  siri ini menerusi platform penstriman Viu.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 29-9-2021 12:34 PM
at last he dpt heroin yg sepadan..
ni kan apoo heroin sweet qisminia whoryusss
Quote anakmak 29-9-2021 12:48 PM
dulu aku x suka tgok patah berlakon sbb kayu nawwww
tapi hari tu aku layan Ganjil epi 1n2
hes getting better than before sbb aku boleh layan citer tu dgn dia kat dalam tu
kalau x, dulu, rengse aku tgok dia berlakon dlm citer ape ntah yg ada rosyam nor kot kalau x silap
Quote Acikgomen 29-9-2021 12:50 PM
Faz mesti bangga dgn daddy timoh
Org semua dok ngate apooo faz kawen anak hekan yg takde bakat takde job takde duit, anak hekan je menompang faz

Terrrrrnyata tidak yach idolat2 sekalian
Eh idolat plak. Ternyata tidak yach poremers sekalian

Go daddy timoh go
Job juai2 baju juai skincare nih bagi kat bini jerrr
Sebagai ketua kuarge, chuols harus bekeja keras membina karier
Semoga nama chuols sebaris dgn hero Malaya mcm pejal usen dan kazen pejal
Quote edayildiz 29-9-2021 12:51 PM
best ke cite ni..ada masa nnti nk tengok..padan jua hero heroin..cite ngn sweet aritu i layan gak kejap
Quote yunayuni 29-9-2021 12:59 PM
Fattah tu bagus je berlakon ..sedang2 org kata, dulu dia tersilap berlakon dgn aktres dr zimbabwee..dpt le sumpahan kayu kayan tu..nasib baik berlakon dgn faz hilang dah ketulahan tu
Quote 3480 29-9-2021 01:04 PM
Tiber Aku nmpk patah hensem kt gambaq atas tu
Quote Fly_over 29-9-2021 01:14 PM
poster cantiks
Quote innocent_me 29-9-2021 01:17 PM
cicicumel replied at 29-9-2021 12:34 PM
at last he dpt heroin yg sepadan..
ni kan apoo heroin sweet qisminia whoryusss

Betoiiiiiiii.
Sayang betul cerita tu. Rengsa tgk hero lagi lawa dari heroin.
Tak sepadan.


Quote haruslah 29-9-2021 01:31 PM
Muka patah kat poster atas tu nampak lain
Berlakon x kayu sgt tp lontaran vokal tu byk lg kena perbaiki....gittewww mcm nyanyi lak
Sbb ramai pelakon lelaki malaysia 'malas' bercakap...terkemam2 jer
Quote RVP20 29-9-2021 01:52 PM
Sebelum tengok 2 episod awal, baca dulu review RF. Dpt 8/10. So decide nak tengok.
So, setuju dgn review RF termasuk part storyline & acting.
Boleh binge watching 8 episod lagi di Viu

Hope Viu teruskan buat drama yg best & ada kelainan.

So good luck to Yusry for next project drama Candy Girls utk OTT platform jugak.
Kurang2kan sikit buat drama adaptasi novel dgn Tok Rosyam & Global okay ..

Quote mawar_mustika 29-9-2021 02:19 PM
fattah amin akan berlakon best if die dpt heroin best....1st drama die digelar kayu sbb heroin die kayu...lps tu nmpk peningkatan die dlm lakonan skrg...good dady timah
Quote Pak.dolla 29-9-2021 02:23 PM
RVP20 replied at 29-9-2021 05:52 AM
Sebelum tengok 2 episod awal, baca dulu review RF. Dpt 8/10. So decide nak tengok.
So, setuju dgn r ...

Siapa pelakon drama baru tu?
Quote YomiuriLandMae 29-9-2021 02:24 PM
kt mana nak tgk? viu tu menatang celah apa? hahahah sorry iols teruk ketinggalan shinkansen..
Quote sopianpian 29-9-2021 02:34 PM
Edited by sopianpian at 29-9-2021 03:07 PM
mawar_mustika replied at 29-9-2021 02:19 PM
fattah amin akan berlakon best if die dpt heroin best....1st drama die digelar kayu sbb heroin die k ...


tunggu nanti drama samarinda tv3 dia dgn fasha as heroin terbitan radiusone. #khilafAsmara
Quote minahmanja 29-9-2021 02:57 PM
mawar_mustika replied at 29-9-2021 02:19 PM
fattah amin akan berlakon best if die dpt heroin best....1st drama die digelar kayu sbb heroin die k ...

aku suke dia berlakon ngan fathia dlu... tk ingat tajuk tp diorg berjiran... citer tu not bad la pd aku..
Quote Pak.dolla 29-9-2021 03:00 PM
sopianpian replied at 29-9-2021 06:34 AM
tunggu nanti drama samarinda tv3 dia dgn fasha as heroin terbitan radiusone.

Cik ka yg bgtau dkt benang mana..pakdol ada baca...td pakdol nampak..cerita tu ada soundtrack...penyanyi shila amzah dan amelea..betoi ka?
Quote sopianpian 29-9-2021 03:06 PM
Pak.dolla replied at 29-9-2021 03:00 PM
Cik ka yg bgtau dkt benang mana..pakdol ada baca...td pakdol nampak..cerita tu ada soundtrack...pe ...

ya. setiap drama radiusone mmg ada ost sendiri mcm drama NUR, takdir yg tertulis,adellea sofea,cari aku disyurga
Quote mawar_mustika 29-9-2021 03:08 PM
minahmanja replied at 29-9-2021 02:57 PM
aku suke dia berlakon ngan fathia dlu... tk ingat tajuk tp diorg berjiran... citer tu not bad la p ...

plan cinta tak jadi kalau xsilap tajuk die...die belakon dgn fathia mmg best...bencinta die berlakon dgn fathia pun best...

Quote Pak.dolla 29-9-2021 03:09 PM
sopianpian replied at 29-9-2021 07:06 AM
ya. setiap drama radiusone mmg ada ost sendiri mcm drama NUR, takdir yg tertulis,adellea sofea,car ...

Baru tau...radiousone pun pakdol baru tau..hehe..
Cari aku disturga Itu tajuk lagu kan?

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063972 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top