CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Model Terlebih Potong Rambut Pun Boleh Dapat Pampasan RM1.13 Juta

27-9-2021 04:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2423| Komen: 8

Description: Seorang model menerima pampasan sebanyak 2 crore rupee (RM1.13 juta) hanya kerana tidak berpuas hati dengan gaya potongan rambutnya di sebuah salon terkemuka di India.
Seorang model menerima pampasan sebanyak 2 crore rupee (RM1.13 juta) hanya kerana tidak berpuas hati dengan gaya potongan rambutnya di sebuah salon terkemuka di India.

Lapor The Sun, insiden itu berlaku pada 2018 ketika Aashna Roy mahu memotong rambutnya di sebuah salon di Delhi.



Gambar hiasan

Ketika kejadian, model berusia 42 tahun itu meminta tukang gunting di salon terletak di Hotel Maurya Sheraton untuk memotong rambutnya sepanjang empat inci.

Pada mulanya, Aashna diminta menanggalkan cermin mata ketika tukang gunting sedang memotong rambutnya.

Namun, selepas Aashna memakai semula cermin matanya, dia mendapati rambutnya dipotong terlalu pendek.

Akibat kecewa dan tidak berpuas hati dengan hasil tukang gunting itu, Aashna melaporkan kepada pengurus salon.

“Pihak pengurusan salon menawarkan sambungan rambut dan rawatan rambut secara percuma.


“Tetapi selepas itu, Aashna mengadu rawatan itu merosakkan kulit kepala dan rambutnya,” jelas laporan tersebut.

Dia juga mendakwa pekerja di salon itu sering berkelakuan kurang sopan dan biadap.

Aashna kemudian membuat aduan mengenai isu tersebut di Suruhanjaya Penyelesaian Pertikaian Pengguna Nasional (NCDRC).

Selepas siasatan dijalankan, NCDRC mengarahkan pihak pengurusan salon membayar pampasan 2 crore rupee kepada Aashna kerana telah menyebabkannya mengalami trauma.


Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 27-9-2021 04:29 PM
sian ashna..rambut mahkota wanita
Quote seri_mawr 27-9-2021 05:01 PM
mana ke gmabr rambut n kulit kepala yg rosak lepas penyambungan semula..?

x boleh tunggu rambut panjang kah sampai nak pi buat sambung2 rambut semula..
Quote JohnyEnglish 27-9-2021 05:52 PM
Teringat @ashna forum ni
Quote nakkomenjugak 28-9-2021 03:20 AM
Kaka @ashna !
Uol ke tuuuuu??
Hambooiii patut lerr lama tak nampak
Kat yendia rupanya
Quote KamikuP 28-9-2021 03:15 PM
Gambo mana gambo?
Quote TOPwind 28-9-2021 03:29 PM
[attach]593610[/attach]
Salah potong rambut, model terima pampasan RM1.13 juta
Quote airisa 28-9-2021 07:58 PM
hotel Maurya Sheraton .. pernah stay sini 2 minggu in year 2000 ... those daysss ...
Quote wikedsaikel 28-9-2021 08:03 PM
Model runway ke model kedai pengantin ni?
Memang harus la ganti rugi sb kalau dalam kontrak model runway cakap rambut tak boleh pendek dari sekian sekian ukuran, susah la.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.396833 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top