CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naim Daniel Minta Doa Orang Ramai Agar Bertemu Jodoh

7-9-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4900| Komen: 20

Pelakon dan penyanyi popular, Naim Daniel, 24, mengakui dia masih belum mempunyai teman wanita dan meminta didoakan jodoh buatnya.

Naim yang diusik vokalis Hujan, Noh Salleh dalam satu sidang media virtual baru-baru ini dengan bergurau mengatakan dia sudah bertunang, dibalas penyanyi lagu Sumpah ini dengan tenang.



Foto: IG

"Saya belum bertunang lagi, masih solo. Calon pun tak ada. Tapi, bolehlah doa-doakan saya bertemu jodoh.

"Sekarang, saya seronok untuk terus menerokai kerjaya seni. Alhamdulillah, rezeki masih ada dan karya lagu saya juga diterima baik," katanya.

Naim yang dilihat sangat aktif di media sosial terutama dalam menyuarakan pendapat berkata dia memang bertekad mahu menyampaikan perkara baik dan positif saja.




"Pada masa sekarang, dengan penularan Covid-19 didapati ramai orang berhadapan tekanan dan kesempitan hidup. Jadi, perkara itu bukan sesuatu yang membanggakan.

"Justeru, bagi mereka yang aktif di media sosial kena ambil kira pelbagai aspek untuk sesuatu 'content' yang nak dibuat. Bagi saya sendiri, memang pilih sebarkan perkara yang baik, bermotivasi dan menyuntik semangat," katanya.


Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, tak dinafikan cukup prihatin dengan keadaan dihadapi segelintir masyarakat yang berdepan kesempitan hidup akibat hilang pekerjaan kerana Covid-19.

Malah, ketika situasi 'kibar bendara putih' yang berlaku, Naim tampil menghulur bantuan dengan mengadakan aktiviti 'bank makanan' dan menghantar sumbangan dari rumah ke rumah keluarga yang memerlukan.



Katanya dalam satu temubual, dia sangat terkesan dan berasa simpati dengan nasib yang menimpa segelintir masyarakat di negara ini kerana terjejas teruk akibat Covid-19 yang masih belum reda dan akan berpenghujung.-CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayawifenikmie 7-9-2021 10:55 AM
... sejenis lelaki "banyak mulut" dia ni .. rasanya ramai perempuan taksuka lelaki dengan ciri2 ini ...
sesuai jadi ahli politik dia ni hehe

apapun .. moga nak Naim ketemu jodoh yang baik solehah dan membahagiakan
Quote krustykrab 7-9-2021 11:16 AM
Mssa ko kecik comel kiut je..bila dh besor muka ko cpt tua, nmpk tak brp kiut dah
Quote dudaberhias 7-9-2021 11:21 AM
Dah masuk fasa lonely la tu. Umo 25 orang dah start ada rasa nak kahwin dan berkeluarga selalunya... Nak2 sunyi sebab PKP ni khennn...

Sian naim dok menonggeng sorang2 jah dalam bilik sampai ke subuh... Entah2 sampai ke maghrib pun belum tentu ada yang menusuk. Pandai2 lah yeerr dik, sekarang ni shopee kan dah ada. Pelbagai jenis saiz, warna dan makhluk pun ada dekat shopee tu. Ko nak beli kabinet kaca dan pamer dekat ruang tamu untuk mak bapak dan jiran tengok pun boleh dik mana tahu deorang teringin nak pinjam.
Quote makcikbukantora 7-9-2021 11:22 AM
jual maheyyy dik oii
ace open order
Quote lasagna 7-9-2021 11:33 AM
dudaberhias replied at 7-9-2021 11:21 AM
Dah masuk fasa lonely la tu. Umo 25 orang dah start ada rasa nak kahwin dan berkeluarga selalunya... ...

woww.. kak dud bg nasihat kat hadek naim detail sungguh tu..
Quote Adrif 7-9-2021 11:43 AM
@Kurex sedia kah anda   
Quote trexxxxxi 7-9-2021 12:53 PM
Mungkin boleh try bela kucing berbaka mahal seperti Sphynx yang tidak berbulu, hadek Naim kan banyak duwet

Atau ragdoll atau Siamese jika tiyada masalah dengan kucen bakal rentong

Kucing adalah great stress reliever dan murika jua mendoakan tuan2

Tibeh jadi thread meow
Quote trexxxxxi 7-9-2021 12:54 PM
dudaberhias replied at 7-9-2021 12:21 PM
Dah masuk fasa lonely la tu. Umo 25 orang dah start ada rasa nak kahwin dan berkeluarga selalunya... ...

Astaga kaka dud nasehat atau punasehat yinnih?
Quote Kurex 7-9-2021 01:54 PM
Adrif replied at 7-9-2021 11:43 AM
@Kurex sedia kah anda

Iols cuma nak duit... Tak sedia lagi nak jadi tops naim
Quote KamikuP 7-9-2021 03:20 PM
Moga ketemu jodoh yg sekufu dan juga utk acik2 forumer yg masih single kat sini. Moga ketemu jodoh yg baik baik aja  yaa.. Aamin
Quote biozipstar 7-9-2021 04:01 PM
kalau betul apa salahnya. moga dapat jodoh yg baik.. sbb katanya anak mak..
Quote Suchi 7-9-2021 04:31 PM
Ohh umur dia sebaya ngn latif romly tu tapi latif nampak jantan lagi gagah perkasa.
Walaupun bila buka mulut kuar abis loghat Peghelih tu.
So asalkan dia tak bukak mulut ok.
Quote Guccibamboo 7-9-2021 05:18 PM
Amalkan lah surah Al fath: ayat 1-5.....utk yg mencari jodoh...dibukakan jln utk mudah jodoh, dibukakan pintu hati sendiri atau sesiapa, dimudahkan rezeki, dimudahkan urusan. Apapun semua nye tertakluk kpd kehendak Allah.....kpd-Nya shjlah kite berdoa & berharap.
Quote LadyCarefree 7-9-2021 06:29 PM
trexxxxxi: Mungkin boleh try bela kucing berbaka mahal seperti Sphynx yang tidak berbulu, hadek Naim kan banyak duwetAtau ragdoll atau Siamese jika tiyada masala ...


Jangan jd sex stress reliever sudah.
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:19 PM
Baru 25 dek non, iol 29 habuk pun yilek
moga cepat jodoh sampai
penangan pkp
member married dok best bercikcap
yang single netflix jah mampoo
Quote rainbowrainz 8-9-2021 08:52 AM
Kau meroyan dik eloklah duk dendiam..meluat tengok over namateyyy
Quote eely_shana 8-9-2021 08:54 AM
Semoga cpt temu jodoh naim.
Quote gideoncross 30-9-2021 07:31 AM
Bru 24 dh merempan single, iol yg thun dpan nak msuk 31 tahun pun habuk xde lgi pun x merempan cam ko dekkkk.
Quote black_handbag 1-10-2021 10:01 AM
baru 25 dah menggeletis nak cari jodoh. hadek2 sangat ko ni dik, hakak tengok pon nak NEXTTTT kan aje

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.043567 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top