CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kodi Rasheed Cerewet Pilih Watak, Dah Tak Kejar Glamour

7-9-2021 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3697| Komen: 11

Description: Nama Kodi Rasheed mungkin tidak asing lagi dalam industri lakonan tanah air. Namun, jika dibandingkan dengan rakan seperjuangannya yang lain, populariti pelakon ini tidak begitu kencang.
Nama Kodi Rasheed mungkin tidak asing lagi dalam industri lakonan tanah air. Namun, jika dibandingkan dengan rakan seperjuangannya yang lain, populariti pelakon ini tidak begitu kencang.


Bagaimanapun, Kodi atau nama sebenar Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed tidak menafikan bahawa populariti kini bukan lagi menjadi keutamaannya.


Foto: IG

"Saya dah tak kejar atau pedulikan mengenai populariti lagi. Kalau saya nak cari populariti, saya boleh saja buat apa-apa perkara yang tak sepatutnya di media sosial," katanya.

Menurut pelakon berusia 31 tahun itu lagi, dia lebih mementingkan kualiti hasil kerjanya.



"Populariti tidak menjamin masa depan. Begitu juga dengan kuantiti pengikut di media sosial. Jadi, pada saya adalah lebih baik saya berikan tumpuan kepada kualiti kerja.

"Nanti bila dah berumur, orang pun mungkin dah tak peduli lagi. Jadi, adalah lebih baik saya berlakon dalam satu cerita yang bagus berbanding berlakon dalam 10 cerita yang tak ada impak," katanya.

Berkongsi mengenai karier seni, Kodi menganggap bahawa seni lakonan adalah sebahagian daripada dunianya.



"Pada peringkat awal, memang saya akan terima semua tawaran lakonan sebab nak orang kenal nama saya sebagai pelakon.

"Cuma sekarang saya lebih selesa untuk memilih kerana tidak mahu dipergunakan untuk perkara yang tak seronok.

"Jiwa saya dalam dunia seni ini. Saya memang sangat suka berlakon. Ada beberapa idea dan rancangan yang saya rancang untuk direalisasikan," katanya.

Walaupun dilihat cerewet, Kodi bersyukur kerana rezekinya dan keluarga sentiasa ada.



"Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Bahkan, keluarga saya pun boleh dikatakan selesa kerana makan dan pakai masih mencukupi.

"Alhamdulillah, tak pernah lagi saya sekeluarga tak makan kerana tiada tawaran kerja," katanya.

Terbaharu, Kodi kini membintangi drama berjudul Ali Alia yang ditayanglan di Astro Ria sejak 24 Ogos lalu.

Selain Kodi, drama ini turut dibintangi barisan pelakon lain antaranya Rusdi Ramli, Faezah Elai, Fimie Don dan Erynne Erynna. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 7-9-2021 11:45 AM
Cliche ayat2 retis yang tak popular...

Ko buat apa pun memang susah nak popular lagi2 kalau tak helok dik

Takpe akak doakan yang terbaik untuk kau..

Semoga murah dan melimpah ruah rezeki dia sampai dia dapat kumpul dalam 50k untuk buat plastic surgery di hatyai. Amin
Quote KamikuP 7-9-2021 03:36 PM
Ko dah mcm pelakon Azman Jantan dekk... bnyk bulu
Quote Nenasketum 7-9-2021 03:40 PM
Asal Rohingya ke?
Quote biozipstar 7-9-2021 03:51 PM
moga temui jalan nak cari duit...
Quote twins 7-9-2021 05:02 PM
dia ni selalu dapat watak jahat...
aku tak boleh move on dengan watak dia dalam cerita MAMA
dia jd physco... dia punya pandangan mata tu... takut akuuuu....
Quote mxsssgi81 7-9-2021 06:26 PM
Skrg pun iols x kenal ko sape lg kan dh berumur nti..

Siapa2 aja ni..
Quote Perawankota 7-9-2021 06:27 PM
Mesti ada keje tetap kan.. So, blh lah nk pilih watak..
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:22 PM
whoisssyuhhhh
Quote eely_shana 8-9-2021 08:18 AM
Ok lah tak kejar populariti
Quote NFBZCantik 8-9-2021 12:37 PM
whooooooo?
Quote jijilaaa 8-9-2021 05:20 PM
dia ni ke yang kantoi chekc in hotel kat melaka dgn artis popuan acah2 pengkid tu?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.051146 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top