CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fida Ibrahim Nak Buat Comeback! Menyanyi Dan Berlakon Lagi

7-9-2021 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3359| Komen: 19

Description: Kalau sudah bergelar insan seni, meskipun pernah menyepi seketika dari radar industri hiburan dan aktif dengan kerjaya lain, itu tidak bermakna mengucapkan selamat tinggal selamanya.
Kalau sudah bergelar insan seni, meskipun pernah menyepi seketika dari radar industri hiburan dan aktif dengan kerjaya lain, itu tidak bermakna mengucapkan selamat tinggal selamanya.


Sampai masa sesuai pasti akan muncul semula dengan produk baharu yang diyakini mampu membawa impak tersendiri. Bagaimanapun, penampilan terkini itu tidak bermaksud ingin meraih populariti.

Bagi pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan, Rafidah Ibrahim atau mesra disapa Fida, 35, dia kini merangka strategi untuk muncul semula dalam bidang nyanyian dan lakonan. Malah, khabarnya akan bekerjasama dengan pengarah, Mamat Khalid.


Foto: IG

"Selama menyepi dari kerjaya seni kerana memberi fokus pada perniagaan, saya banyak bermuhasabah diri. Apatah lagi, pelbagai pengalaman hidup sudah saya lalui untuk sampai pada tahap sekarang.


"Kini, saya semakin matang dan hanya bersyukur dengan apa yang dimiliki. Bahkan, saya juga tidak menduga pada ketika sektor ekonomi negara terganggu dengan penularan Covid-19, saya dapat terbabit dengan perniagaan produk makanan sejuk beku, Aris Burger.

"Saya memilih produk makanan sebagai cabang perniagaan baharu kerana saya suka mengembara masuk hutan untuk melakukan aktiviti seperti berkhemah atau mendaki. Jadi, keperluan makanan ringkas begini diperlukan," katanya.



Menurut Fida, sebelum wabak Covid-19 melanda negara, dia sering mengisi masa lapang pada hujung minggu dengan menyertai aktiviti luar seperti berkhemah kerana lebih tenang mendekatkan diri dengan alam semula jadi.

"Disebabkan itu, saya tahu betapa pentingnya makanan sejuk beku yang ringkas dan senang dimasak amat diperlukan oleh mereka yang suka masuk hutan. Jadi, alhamdulillah ada pula rakan kongsi dan saya terus mencuba.

"Pada saya, keberanian diri penting untuk cekalkan hati supaya nekad mencuba dan berusaha. Kini, saya bersyukur apabila kerja keras dilakukan membuah hasil positif biarpun perlu mengorak langkah perlahan-lahan," katanya.



Berbicara aktiviti seni, Fida yang pernah muncul dengan lagu Apo Kono Eh Jang pada 2012 berkata, jika berpeluang menyanyi kembali dia ingin tampil dengan lagu berunsur nasihat sebagai peringatan bersama buat dirinya dan pendengar.

"Saya akan lebih teliti pada lagu yang liriknya ke arah nasihat dan ketuhanan. Saya mahu karya lagu itu membawa impak positif pada kita semua yang mendengarnya untuk lebih bermuhasabah diri dengan erti kehidupan.

"Apa genre lagu itu, saya tidak meletakkan ssbarang pilihan kerana lirik yang lebih utama. Untuk itu, jika saya berpeluang mendapatkan lirik lagu yang sesuai, saya sentiasa sedia mahu merakamnya," katanya lagi.



Mengenai lakonan pula, Fida berkata, dia kini dalam perancangan kerjasama dengan pengarah terkenal, Mamat Khalid. Bagaimanapun, sama ada ia karya drama atau filem, katanya belum diputuskan.

"Kerjasama berkenaan masih dalam perancangan dan kena tunggu perkembangan seterusnya. Tetapi, insya-Allah jika tiada aral saya memang akan terbabit. Diharapkan semuanya lancar," katanya.



Terdahulu pada 5 Mei lalu, Fida selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan dikenali Shahzemir Shahzulkarib, 37. Mereka sudah berkenalan selama 17 tahun lalu sejak zaman belajar di sebuah kolej.

Ketika aktif berlakon dulu, Fida juga pernah muncul dengan drama seperti Cinta Tikar Sejadah, Epilog Syurga Cinta, Kasih Alia, Runtun Qalbu, Idris MLM serta Setulus Janji, termasuk filem Kongsi, Man Sewel Datang KL dan Adik Manja Returns. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mxsssgi81 7-9-2021 11:42 AM
Xyah wt comeback..stay at home saja..
Semoga berbahagia..
Quote dudaberhias 7-9-2021 11:49 AM
Duduk rumah jaga laki je lah kak da ooiiii.. kami tak mintak pun anda buat comeback.
Quote lucky_peace 7-9-2021 11:57 AM
stay at home jela sis
Quote bbasir 7-9-2021 12:01 PM
dia ni kazen siti nurhaliza kan?
Quote Normabaru 7-9-2021 12:02 PM
nape xkeje je dgn mak iti?kan sng..ko bkn bbakat mana pon
Quote sitisenyum 7-9-2021 12:21 PM
Tak payah....please stay at home!!!
Quote AshkieLa 7-9-2021 12:29 PM
time bujang pun sendu..
dah kahwin.. lagi mau tak sedar diri ke?
haihh.. pi la cari bidang lain.
takpun jaga husband leklok...
lakonan n nyanyian not your forte...

#nasihatdenganjujur
Quote KamikuP 7-9-2021 12:37 PM
Moga cepat timang cucu eh anak (laki dia beruban ke uolls?)
Quote trexxxxxi 7-9-2021 12:39 PM
Takper laa kakpidah
Duduk rumah, jaga laki, moga cepat2 mengalami hamil
Industri sudah ramai tibaiunta
Quote Manjahati 7-9-2021 12:44 PM
X payahlah susah2 nk wat comeback..dok umah jer dendiam
Quote makadek 7-9-2021 12:50 PM
Mulut cebek2 ni tapayahlaaa tk pernah minat sejuk beku mcm kat antartika dh ko nyah
Quote bukannasigoreng 7-9-2021 01:31 PM
stay at home please, kita jaga kita!
Quote laksmanabentan 7-9-2021 01:47 PM
AshkieLa replied at 7-9-2021 12:29 PM
time bujang pun sendu..
dah kahwin.. lagi mau tak sedar diri ke?
haihh.. pi la cari bidang lain.

hahahhahahaa.......
win sangat komen nih...
komen jujur... iollsss like...

Quote Rotipitadaging 7-9-2021 07:27 PM
Untung suami dia isteri dtg melamar..
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:25 PM
iol lupa kewujudan sheol
so silakan balik ke gua
Quote AKAZ85 7-9-2021 11:44 PM
Ape je produk dia ni selain sepupu bini tok kertu
Quote miznora 7-9-2021 11:52 PM
Kesian fida. Komen2 atas aku ni sume tanak ko come back dah. Kambus terus belakang umah
Quote awenda507 8-9-2021 01:05 AM
Terus fokus kat biz jela fida
Quote katakauu 8-9-2021 02:05 AM
kan tgh kobid ni
duduk rumah je la anattt

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.209036 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top