CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Beradik Sekelip Mata Yatim Piatu- Covid-19 Ragut Nyawa Mak, Ayah Nenek Dalam Tempoh Dua Minggu

7-9-2021 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2636| Komen: 14

Description: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib empat beradik ini apabila mereka kehilangan ibu bapa dan nenek tercinta dalam tempoh yang cukup singkat akibat wabak Covid-19.


Kisah duka itu bermula apabila ibu empat kanak-kanak itu, Salawati Mursal, 41, meninggal dunia pada 13 Ogos lalu sebelum sempat dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Pada 18 Ogos, nenek mereka, Rasmi Su'un, 68, turut dijemput Ilahi akibat wabak Covid-19, diikuti bapa, Yusni Ibrahim, 54, yang meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor pada 30 Ogos lalu.


4 beradik, Foto: mStar

Kini, Mohamad Faiz, 16, Nur Sofiya, 14, Nur Syazwani, 10, dan Mohamad Fadhil, 9, menjadi anak yatim piatu dan menetap bersama datuk mereka di Kampung Melayu Seri Gombak, Batu Caves.


Ibu saudara kepada empat kanak-kanak itu, Normawati Ahmad, 45, berkata, dia cukup perit melihat tiga insan terdekat meninggal dunia akibat wabak berkenaan.

"Mula-mula mak mereka meninggal dunia, kemudian ibu mentua saya diikuti bapa empat beradik itu pula. Kami pun tak jangka semua ini akan berlaku kerana mereka tak sakit serius pun.

"Mereka pada mulanya hanya kuarantin di rumah. Pada suatu pagi, emak mereka sesak nafas. Suaminya papah nak bawa ke hospital, tetapi arwah meninggal sebelum sempat ke hospital.

"Masa tu mereka suami isteri dan anak ketiga positif Covid-19. Kemudian ibu mentua saya pun kena Covid-19, ditambah pula dengan dia ada penyakit kencing manis. Ibu mentua saya pernah datang hantar makanan ketika mereka sekeluarga dikuarantin di rumah. Tak lama kemudian, bapa empat kanak-kanak itu turut meninggal dunia akibat Covid-19," ujarnya.


Nenek, ibu, ayah, Foto: mStar

Menurut Normawati, semuanya berlaku sekelip mata dan dia sekeluarga bagaikan sudah kering air mata menangisi pemergian insan tersayang akibat Covid-19.

"Benda ini kami tak jangka akan kami alami. Air mata tak sempat kering, setiap minggu ada kematian. Budak-budak tu lagi trauma, mereka pun bagaikan tiada ekspresi.

"Banyak senyap. Bila tanya, mereka akan menangis. Sekarang empat beradik itu duduk di rumah datuk mereka. Datuknya seorang pesara dan kini tinggal bersendirian selepas ibu mentua saya meninggal.

"Saya tinggal berdekatan, saya ulang alik juga tengok mereka. Kebetulan saya dengan suami tiada cahaya mata, benda ni macam Allah dah susun. Jadi kami pakat bantu uruskan. Kebetulan saya pun agak berkelapangan.

"Hari ini (Isnin) mereka pun dah mula belajar dan jalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)," ujarnya lagi.

Menurut Normawati, pengalaman berhadapan tiga kematian ahli keluarga dalam masa singkat membuatkan dia kini lebih berhati-hati.

Tambahnya, wabak Covid-19 sangat bahaya dan sesiapa sahaja di luar sana wajar mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) demi menjami keselamatan diri dan ahli keluarga.

"Saya nasihatkan kepada semua agar dapatkan vaksin. Jangan pandang ringan pada SOP. Sepanjang masa kena cuci tangan dan sanitasi.

"Ia agak leceh, tapi benda ini berlaku pada kami. Ada orang anggap Covid-19 sekadar propa, tapi ia boleh menyebabkan kematian berlaku sekelip mata," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Maahad Tahfiz Nur Kasih yang terletak di Klang turut tampil membantu empat beradik berkenaan.

Pada masa sama, mereka turut mengalu-alukan mana-mana pihak agar menghubungi mereka untuk menyalurkan sumbangan.

Menurut Normawati, segala wang sumbangan akan dimanfaatkan untuk tujuan akademik dan kehidupan empat beradik itu bagi masa depan mereka.

Sesiapa yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Normawati di talian 0136609341. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 7-9-2021 11:26 AM
Kalo mak pak budak ni bereta oklaaa... masing masing berebut.. kalo semekinnn siannyalaa nasib mu nakk..
Quote krustykrab 7-9-2021 11:31 AM
Duit yg staff petronas collect tu boleh l.akot salurkan kt anak2 yatim ni...since heols pun dah duda yatim piatu sebatang kara sehelai sepinggang buatpe simpna duit derma tu kan
Quote manzilla 7-9-2021 11:32 AM
Apa relevannya dia nak semua dapatkan vaksin dalam kisah ini? Ikut skrip? Ketiga-tiga si mati belum cucuk lagi ka? Kalau belum cucuk, biasanya awal-awal lagi sudah dihebohkan.
Quote cap_ayam 7-9-2021 11:32 AM
takziah buat anak2 ini.... rasanya mereka ni perlu bantuan untuk atasi trauma.
Quote iminidin 7-9-2021 11:59 AM
takziah.. kesian baca kat situ.. sebelum sempat ke hospital, meninggal... kuarantin rumah ni, tak boleh leka...

covid ni, ada org mmg nampak tak teruk sgt.. tp dia attack paru2. kalau dah sempat vaksin, simptom kurang la kot.. oksimeter kena cek. kita nampak ok.. tp paru2, oksigen dah drop.

dah drop ni.. selalu dlm masa singkat mmg akan terus kritikal.

Innalillah. dah sampai ajalnya. Semoga anak2 yg soleh ditinggalkan menjadi saham ibu ayah di sana.. amin.
Quote rosmahisham 7-9-2021 12:04 PM
Ada tgk msuk tv smlm ke kelmarin ntah..sedeh tgk atuknye nangis..bdk2 tu npk trauma senyap je..sedeh sungguh..nangis aku tgk!
Quote hareeeesah 7-9-2021 12:34 PM
Aku prefer tengok kes begini dari kes yang atuk ugut nak pisah-pisahkan tu.. reality kehidupan bukan untuk content.
Quote Guccibamboo 7-9-2021 05:22 PM
Sewajarnye...inilah yg patut terima derma 91k.

Semoga dipermudahkan urusan anak2 yatim ni.
Quote capwayang 7-9-2021 05:57 PM
status ibu saudara itu mengelirukan - binti tak sama dengan arwah mak budak-budak ni. maybe sebelah bapa la kot and dia panggil arwah nenek budak- budak tu mertua pula..confuse iols.
Quote laradelara 7-9-2021 06:03 PM
Salam takziah.. Semoga dipermudahkan urusan anak2 ni
Quote LadyCarefree 7-9-2021 06:21 PM
manzilla: Apa relevannya dia nak semua dapatkan vaksin dalam kisah ini? Ikut skrip? Ketiga-tiga si mati belum cucuk lagi ka? Kalau belum cucuk, biasanya awal-aw ...


Apa salahnya dia nak nasihat ambil vaksin?
Quote LadyCarefree 7-9-2021 06:22 PM
iminidin: takziah.. kesian baca kat situ.. sebelum sempat ke hospital, meninggal... kuarantin rumah ni, tak boleh leka...covid ni, ada org mmg nampak tak teruk  ...


Kalau tak ada oximeter boleh bahaya dapat happy hypoxia. Oxygen level drop tapi dia masih rasa ok. Bila rasa tak ok dah terlambat maybe dah 50% ke apa.
Lagi satu ada oximeter pun kena peka. Jangan bini kata oxygen level 93 anda jawab Takpe, insyaAllah ok nanti.
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 08:26 PM
takziah diucapkan. moga urusan lepas ni dipermudahkan
Quote lil_honey 7-9-2021 11:15 PM
covid ni buatkan ramai orang kehilangan orang tersayang, anak2 jadi yatim piatu.
kalau dah besar tu lain cite, ni masih budak2 lagi. masih bersekolah, masih belum paham erti tanggungjawab dunia realiti mcm ni.

harapnye yang akan jaga budak2 ni akan datang, telus dan ikhlas la.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.068270 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top