CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bosan Ketika PKP Meningkatkan Kes Ugut Bogel

6-9-2021 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4517| Komen: 22

Kawalan pergerakan dapat menghentikan orang ramai berkumpul, tetapi ia tidak dapat mengikat nafsu orang.

Di Selangor sahaja, sebanyak 51 kes ugutan bogel dilaporkan pada tahun lalu, tetapi jumlah itu meningkat kepada 128 kes tahun ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kes ugutan tersebut selalunya membabitkan mangsa yang berasa sunyi dan bosan.


Gambar hiasan

Beliau berkata, mangsa membabitkan pelbagai peringkat umur dan latar belakang, termasuk  mangsa dalam bidang profesional.

“Kebanyakan kes ugutan membabitkan kenalan dalam alam siber dan selepas masa tertentu, mangsa akan diminta untuk berbogel atau melakukan aksi tidak senonoh.

“Mangsa kemudian akan diugut dengan aksi bogel yang dirakamkan,” katanya kepada China Press.

Beliau berkata, selain ugutan oleh kawan maya, terdapat juga kes membabitkan bekas pasangan yang menggunakan rakaman video atau gambar bogel untuk mengekalkan hubungan.


“Selain itu, dalam kes tertentu, ia membabitkan rakaman kendiri tetapi bahan itu diperoleh sesetengah pihak selepas telefon dijual,” katanya.

Nik Ezanee berkata, sekiranya tindakan segera diambil, polis mungkin boleh berjaya menyekat rakaman berkenaan disebarkan melalui kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Polis akan bekerjasama dengan MCMC untuk mengenal pasti kedudukan orang yang memuat naik rakaman dan menahan mereka,” katanya.

Menurutnya, kes ugutan membabitkan rakaman bogel selalunya tiada penghujung.

“Mangsa akan terus diugut sehingga semua duitnya habis, apabila dia sudah tidak mampu berbuat apa-apa, maka rakaman bogelnya akan disebarkan,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Imkhai 6-9-2021 11:50 AM
1 je nk bg tahu bodoh
Quote TeropongThaico 6-9-2021 12:07 PM
Apsal deme kepanasan ke sampai kena bebogel bagai... Ekon ke kipas rosak ke... Isk banyak soalan ni.

Malaih nak baca Nyampah
Quote merrissa 6-9-2021 12:59 PM
wehhhh jaga la anak2 gadis mu wahai forumer sekalian

menakutkan anak2 gadis sekarang...xde segan silu
Quote anakmak 6-9-2021 01:17 PM
I pesan kat anak bujang I
Kalau perasan nak jadi retis jgn buat perangai x senonoh
Kalau dah tunjuk burung kat org pastu kena ugut
Suruh je org tu tayang
Tayang kat family kat kekawan lagi bagus

Macam2 sekarang
Menjaga anak2 baik lelaki apatah lagi perempuan dlm zaman serba maya sangat mencabar

Quote Nham22 6-9-2021 01:23 PM
anakmak replied at 6-9-2021 01:17 PM
I pesan kat anak bujang I
Kalau perasan nak jadi retis jgn buat perangai x senonoh
Kalau dah tunju ...

Tp kdg2x perangai x senonoh tu yg laku dalam industri... Sebab x senonoh ni kdg2x pengarah n producerr suke bela... Hahaha
Quote Fortiori02 6-9-2021 01:31 PM
Tak yah je bg gambo / bideo bogel kat sape2, even boipren. Buatnya clash & dia dendam apa2 ke kat ko, habis disebarnya nnt gambo bogel tu.
Quote Primadonafera 6-9-2021 01:41 PM
BBNU br nk kenal dunia kan.. byk benda baru nk explore.. tu yg senang jer bagi tu..
Quote edayildiz 6-9-2021 01:46 PM
pkp jgk yg dipersalahkan

Quote Suchi 6-9-2021 01:49 PM
Kenapa susah2 nak minta gelpren bogel. Search je la gambar bogel kat google tu bersepah.

Quote blekkep 6-9-2021 01:59 PM
dewasayu
Quote lipans 6-9-2021 02:15 PM
baca tajuk tandi ingatkan URUT BOGEL
Quote tumpanglalu74 6-9-2021 02:16 PM
Kalo dah sangap..  Lipas pon naik kinky.  Ini pulak manosia..
Quote AnBulisia 6-9-2021 02:19 PM
ramai mangsa rasanya golongan dewasa dan berwang ni
sebab boleh ugut beri duit
ugut kat BBNU
apa yang dapat
nak beli topup pun masih minta kat mak bapak
Quote trexxxxxi 6-9-2021 03:02 PM
Semoga cepat terciduk
Semoga cepat cash

Eh sama jah tu
Quote edee_91 6-9-2021 03:05 PM
Nham22 replied at 6-9-2021 01:23 PM
Tp kdg2x perangai x senonoh tu yg laku dalam industri... Sebab x senonoh ni kdg2x pengarah n produ ...

penonton pun dalam2 dok kata menyampah apa semua, menyumbang jugak kat view selebriti tak senonoh.
Quote nakkomenjugak 6-9-2021 08:22 PM
ciannnn
nak kawen jodoh tarak
boleh lerr peluk2 jodoh kononnya
hanya mampu bergambaran dengan strangers
tapi tetap cashhhh
bila diugut panik pulekss
Quote kakikuDibibirmu 6-9-2021 08:55 PM
Snapchat tersenyum sinis
Quote budaktua 6-9-2021 09:08 PM
err...
mmg ada surat koba di msia nama china press...?
Quote imanjannah 6-9-2021 09:29 PM
musim orang berbogel ke apa

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057599 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top