CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Itu Bukan Ayash Affan" - Henti Sebar 'Gambar' Anak Sarah, Shuib

9-8-2021 01:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7010| Komen: 26

“Itu bukan Ayash Affan.”

Demikian kata Pengurus Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Nana Mohamad Rom mengenai gambar wajah bayi yang tular dalam laman sosial sejak pagi tadi.

Nana yang juga pemilik syarikat pengurusan Indigital Music itu menafikan bayi berkenaan ialah anak ke empat penyanyi itu dengan Shuib yang dilahirkan pada Jumaat lalu.




Katanya, Ayash Affan yang dilahirkan ketika baharu memasuki usia lapan bulan dalam kandungan itu kini masih diletakkan di dalam inkubator.

“Saya mohon jangan sebar foto itu lagi. Kami minta tolong jaga sensitiviti keluarga Shuib ketika ini.” katanya.

Luah Nana, dia yakin Shuib akan tetap berkongsi gambar Ayash Affan apabila tiba masanya nanti.

“Minta bagi dia ruang untuk selesaikan urusan pengebumian ini. InsyaAllah dia akan kongsikan foto anaknya,” katanya lagi.

Allahyarham Siti Sarah, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat COVID-19, pukul 5.13 pagi tadi.


Terdahulu, Jumaat lalu Allahyarham melalui prosedur pembedahan bagi mengeluarkan bayinya namun masih belum sedarkan diri selepas lebih 48 jam ditidurkan.

Enam tahun menanti kehadiran zuriat keempat, namun kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu menghalang.

Keadaan bayinya yang diberikan nama Ayash Affan sihat tetapi dalam pemantauan disebabkan lahir tidak cukup bulan.

Selain Ayash, Siti Sarah dan suaminya, Shuib dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 9-8-2021 01:51 PM
Acik doakan Ayash Affan sihat makin cergas dan murah rezeki selalu
Quote aienul 9-8-2021 01:51 PM
netizen puunn. tak patut sungguh {:freak
Quote laksmanabentan 9-8-2021 01:53 PM

beriya2 nak share semata2 nak dapatkan viewer..
puihhhhh...
Quote noorazurams 9-8-2021 01:55 PM
Tergamak buat mcmtu.
Quote awanysss 9-8-2021 01:57 PM
itu la aku perasan kat fb ada gmbr baby tu..
terfikir jugak siapa yg dah tgk baby tu.. lgpun baby tu nampak besar.
tak macam baby pramatang (selalu kulit macam kedut2 sikit kan).
siapa la yg rajin buat cerita ni..
Quote hashashes 9-8-2021 02:03 PM
Baby 7m prem x besar Segar bugar camtu ye
Quote seeriesagain 9-8-2021 02:06 PM
Agakler.. Prem 7 bln takdanya besar camtu k..
Quote CikYaYaYa 9-8-2021 02:15 PM
Nak kejar likes punya pasai smpai tergamak share benda yg xbetoi.
Quote kmbg 9-8-2021 02:17 PM
Heran aku sapa percaya baby premie kan dok dlm incubator. Besa sihat baby yg viral tu
Quote ctaz 9-8-2021 02:18 PM
agak2 la...nak tunjuk bangang pun..bio la bangang tu sikit jer....simpan sikit untuk anak cucu....
kan baby tu lahir tak cukup bulan...dah tentu la duduk kat dlm incubator...
Quote terpaling 9-8-2021 02:21 PM
motif laaa yg tukang reka cerita ni..
Quote MoonRise 9-8-2021 02:43 PM
netizen pon. gigih nak jadi yang terpaling
Quote spicygirl3 9-8-2021 02:45 PM
Besar baby tu. Tak mungkin 7 bulan gitu
Quote apedehal 9-8-2021 03:13 PM
Sedap nama anak2 arwah
Quote fadz84 9-8-2021 03:17 PM
Kawan I pun share kat Whatsapp td.. tu yg ktorg dlm group ckp gmbar tu tak nmpk mcm baby yg lahir x cukup bulan.. anak buah I lahir x cukup bulan berat 900g je..
Quote rosannazmia 9-8-2021 03:19 PM
Anak sapo lah org ni amik kan.. Plak tu sebar dlm wasap, td haa BIL iols pos.. smpt la suami meols jwb bayi 7 bulan prem rupa x gini.. Anak weols 7 bln dlm inkubater penuh wayar sana sini kat kepala dia.. Bantuan pernafasan bagai.. 1.1 kg lahir lps 3 hari turun berat di jadi 900 gm, kecut sekecutnya anak meols tu.. Ms meols first tgk di lemah lutut tgk anak meol mcm x rupa baby, rupa org tua.. Kecut n hairy.. Ya Allah semuga Ayash jd anak yg soleh ya acik doakan juga tuk ibu2 kat sini yg tgh pregnant smuga anda dipermudahkan urusan dan terhindar dri virus durjana ni covid19
Quote imanjannah 9-8-2021 03:25 PM
sapa la yg pnya kerja pun
Quote norawestallen 9-8-2021 03:40 PM
Semoga kehadiran ayash affan dapat memberikan kekuatan buat shuib n keluarga
Quote per706 9-8-2021 03:41 PM
Ngek laaa,leave them alone la weii,org tgh bersedih tu.hati mana hati??xdak perasaan ke?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.105401 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top