CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Mangsa Covid-19 Dapat Pampasan

9-8-2021 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1416| Komen: 0

Description: Arab Saudi mula memberikan pampasan kepada keluarga kakitangan kesihatan yang meninggal dunia akibat Covid-19, rentetan pengumuman yang dibuat tahun lalu.
Arab Saudi mula memberikan pampasan kepada keluarga kakitangan kesihatan yang meninggal dunia akibat Covid-19, rentetan pengumuman yang dibuat tahun lalu.

Dalam pengumuman Oktober tahun lalu itu, ia mengumumkan bahawa keluarga akan menerima 500,000 Saudi riyal (kira-kira RM562,531) sekiranya berlaku kematian ahli keluarga mereka akibat Covid-19.



Gambar hiasan/AFP

Ia memberi pampasan kepada keluarga kakitangan dalam sektor kesihatan, sama ada kerajaan atau swasta, orang awam atau tentera, warganegara atau bukan warganegara Arab Saudi.

Keputusan itu berkuatkuasa dari tarikh pertama jangkitan dicatatkan di negara berkenaan iaitu pada 2 Mac 2020.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan kerajaan Arab Saudi sudah memulakan pembayaran pampasan kepada keluarga kakitangan terbabit.

"Mereka memberikan sepenuh jiwa raga untuk berjuang menentang pandemik ini bagi melindungi keselamatan orang awam dan negara," kata SPA.


Bagaimanapun, sehingga kini belum dapat dipastikan jumlah kakitangan kesihatan yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Arab Saudi, di mana kebanyakannya adalah warga asing yang bekerja sebagai kakitangan perubatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.044429 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top