CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Padam Kebakaran, Dia Pula Terhempas

9-8-2021 12:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1752| Komen: 4

Description: Sebuah pesawat yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran di hutan Greece terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di sebuah pulau di negara tersebut pada Ahad.
Sebuah pesawat yang terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran di hutan Greece terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di sebuah pulau di negara tersebut pada Ahad.

Pesawat itu terhempas ketika ia dalam penerbangan untuk memadamkan kebakaran hutan di Pulau Ionian, barat negara tersebut.



Kredit foto: Reuters

Bagaimanapun, juruterbang tersebut terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius ketika pesawat berkenaan mendarat cemas di pulau Zakynthos dan dia turut dibantu oleh beberapa anggota yang terlibat dalam memadamkan kebakaran hutan selepas pesawatnya terhempas, lapor berita ANA.

Seorang anggota polis berkata, punca pesawat tersebut terhempas masih belum diketahui.

Pesawat itu terhempas ketika pihak berkuasa Greece berusaha memadamkan kebakaran hutan sejak tujuh hari lalu.

Kebakaran hutan yang terbesar berlaku di pulau Evia dekat Athens yang menyebabkan ribuan orang bertindak menyelamatkan diri dengan menaiki feri.


Di Evia, kebakaran hutan telah memusnahkan beberapa buah rumah dan menyebabkan ribuan hektar tanah terbakar.

Pihak berkuasa telah berusaha untuk memindahkan penduduk dengan 349 individu lagi telah dibawa ke lokasi selamat pada Ahad, kata pasukan pengawal pantai Greece. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Whitepinkrider 9-8-2021 12:57 PM
mujur pilotnya selamat.. kesian nak tolong, dia lak accident
Quote I.K.A888990 9-8-2021 03:36 PM
nasib dia selamat
semakin menjadi2 kebakaran ni
doakan semoga semua dilindungi
Quote Ayda89 10-8-2021 01:10 AM
Allahu… Hutan Greece pulak terbakar..
Quote edayildiz 10-8-2021 01:24 AM
takut tgk kebakaran mcm dlm movie

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.051797 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top