CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ditahan Cuba Pijak Anak Saudara Perempuan Sambil Pegang Besi

9-8-2021 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2776| Komen: 9

Description: Tindakan lelaki dipercayai cuba memijak anak saudara perempuannya sambil memegang objek besi mengundang padah apabila ditahan di Tasik Tambahan, di sini, hari ini.
Tindakan lelaki dipercayai cuba memijak anak saudara perempuannya sambil memegang objek besi mengundang padah apabila ditahan di Tasik Tambahan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa berusia 17 tahun berada di ruang tamu rumah dua tingkat berkenaan bersama keluarga.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku apabila suspek berusia 22 tahun turun dari tingkat atas rumah sambil memegang objek besi dan cuba memijak anak saudaranya itu.


Gambar hiasan

"Akibat perbuatan berkenaan, mangsa menjadi takut kerana suspek menyatakan mahu memijaknya serta terdapat besi di tangan lelaki berkenaan.

"Mangsa yang juga anak keempat daripada enam beradik mengesyaki suspek berada di bawah pengaruh dadah lalu datang membuat laporan polis," katanya dalam kenyataan, di sini.

Mohamad Farouk berkata, susulan itu polis menahan suspek yang tidak bekerja di rumah terbabit pada 7.30 pagi.


Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun semakan mendapati lelaki itu mempunya rekod jenayah berkaitan dadah.

Katanya, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan. Dipercayai suspek dalam keadaan halusinasi semasa kejadian dan akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 9-8-2021 04:54 PM
dammit...
berkaitan dadah lagi...
Quote Whitepinkrider 9-8-2021 06:07 PM
mmg punya jd syaiton ni salah satu dadah la..
Quote angelofish 9-8-2021 06:43 PM
nasib baik tak kena rogol
Quote Kurex 9-8-2021 07:05 PM
Risaunya.........
Quote Fortiori02 9-8-2021 08:14 PM
Org dadah jgn disimpan je kat umah
Quote lilac85 10-8-2021 12:02 AM
Taik dadah ni betul menyusahkan
Quote Ayda89 10-8-2021 01:04 AM
Negatif dadah… jadi, skizo ke?
Quote annawleeya 20-8-2021 12:00 PM
Mental x betul dh tu...
Quote I.K.A888990 20-8-2021 01:15 PM
dadah
dadah
dadah
dadah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.080410 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top