CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

November Penentu Jabatan Polis Dibubarkan Atau Tidak

9-8-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1601| Komen: 0

Description: Kes kematian lelaki berkulit hitam George Floyd akibat keganasan polis Minneapolis pada tahun lalu ternyata memberi kesan besar terhadap pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS).
Kes kematian lelaki berkulit hitam George Floyd akibat keganasan polis Minneapolis pada tahun lalu ternyata memberi kesan besar terhadap pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS).

Insiden itu menyebabkan rusuhan tercetus selama beberapa bulan di AS terutamanya di kawasan penduduk berkulit hitam selepas rakaman mangsa dikasari seorang anggota polis berkulit putih tersebar di media sosial.



Kredit foto: Sky News

Malah kematian Floyd juga menjadi inspirasi sehingga menghidupkan kembali kempen Black Lives Matter yang sebelum ini diwujudkan untuk menghentikan keganasan dan perkauman polis terhadap orang kulit hitam.

Selain itu, satu kempen turut diwujudkan untuk menggesa kerajaan membubarkan pasukan polis Minneapolis dan usaha itu semakin direalisasikan apabila Majlis Perbandaran Minneapolis meluluskan sesi pungutan suara dijalankan dalam kalangan penduduk di bandar itu pada November ini.


Sesi pungutan suara itu bagi menentukan keperluan untuk meminda Perlembagaan bandar itu bagi membubarkan Jabatan Polis Minneapolis.

Kempen yang dinamakan sebagai Yes 4 Minneapolis, kini berjaya mengumpul dana hampir AS$1 juta (RM4.22 juta) bagi memastikan pasukan polis Minneapolis dibubarkan dan digantikan dengan Jabatan Keselamatan awam.

Setakat ini Yes 4 Minneapolis telah berjaya mengumpul sebanyak AS$983,000 dengan dana terbesar disumbangkan oleh MoveOn.Org, sebuah kumpulan advokasi bersayap kiri.

Selain itu mereka turut mendapat sumbangan daripada beberapa daerah lain seperti San Francisco, Seattle, Washington D.C dan New York City.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.045975 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top