CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh Ingatkan Kena Culik, Rupa-Rupanya Budak 13 Tahun Keluar Rumah Sebab Ada Masalah Keluarga

9-8-2021 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1790| Komen: 8

Description: IPOH - Remaja perempuan yang didakwa diculik ketika tinggal berseorangan di rumahnya di Ampang di sini pagi Ahad sudah ditemui semula dalam keadaan selamat.
IPOH - Remaja perempuan yang didakwa diculik ketika tinggal berseorangan di rumahnya di Ampang di sini pagi Ahad sudah ditemui semula dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja berusia 13 tahun itu pagi Ahad dan satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut.

"Siasatan menemui remaja tersebut di rumah rakannya semalam dan dipercayai mempunyai masalah keluarga," katanya ringkas menerusi pesanan WhatsApp pada Isnin.

Gambar Hiasan

Pada Ahad tular di media sosial (Twitter) menerusi satu ciapan seorang individu yang mendakwa remaja perempuan dikenali sebagai Qistina itu disyaki diculik ketika ibu bapa dan abangnya keluar bagi urusan vaksinasi di Perak Tengah.


Ciapan yang turut memuat naik gambar remaja itu juga menyebut bahawa rumah keluarga itu dalam keadaan berselerak selain terdapat nota ugutan sebaik ibu bapa dan abangnya, pulang dari proses vaksinasi.

Difahamkan siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dilaporkan dan remaja berkenaan didapati keluar rumah tanpa paksaan untuk ke rumah rakannya. - CARI

Sumber: Bernama
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 9-8-2021 04:01 PM
Syukur selamat...
Haihhh dekkk jangan buat risau mak ayah
Moga kemelut keluarga cepat2 diselesaikan
Quote sarah82 9-8-2021 04:15 PM
Budak tu culik diri sendiri ka?
Quote spicygirl3 9-8-2021 05:07 PM
Sometimes as parents kita geram ngan perangai anak kita, marah jugak. Tapi paling takut kalau dia lari keluar rumah. So, make sure kunci pintu and simpan kunci elok elok .  Im glad anak tu dah jumpa selamat and i hope they sort things out. Peace
Quote tumpanglalu74 9-8-2021 05:12 PM
Kecik2 lagi dah drama kuin..  Next!
Quote mclaren 9-8-2021 05:27 PM
spicygirl3: Sometimes as parents kita geram ngan perangai anak kita, marah jugak. Tapi paling takut kalau dia lari keluar rumah. So, make sure kunci pintu and sim ...



If dalam kes ni bahaya juga if parents dengan elder sibling keluar pergi suntik vaksin dan tak tinggalkan kunci pada anak tu. If kebakaran, dah susah nak keluar pulak (walaupun setengah rumah ada tingkap fire exit but dah menyukarkan).
Quote imanjannah 9-8-2021 05:30 PM
alhamdulillah.. moga baik2 aje..
Quote Fortiori02 9-8-2021 08:49 PM
Kesian adik ni, kecik2 dah ada masalah keluarga sampai lari umah. Harap apa pun masalah, mak bapak ngan adik tu dpt selesaikan dgn baik.
Quote borrow 9-8-2021 09:18 PM
pasaipa merajuk ...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046141 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top