CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hampir 800 Ribu Orang Menganggur Pada Jun 2021

9-8-2021 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3671| Komen: 29

Description: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan seramai 768,700 orang menganggur dengan kadar pengangguran juga dicatatkan meningkat kepada 4.8 peratus pada Jun berbanding 4.5 peratus pada Mei tahun ini ...
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan seramai 768,700 orang menganggur dengan kadar pengangguran juga dicatatkan meningkat kepada 4.8 peratus pada Jun berbanding 4.5 peratus pada Mei tahun ini.


Laporan yang dibuat berdasarkan keluaran Statistik Tenaga Buruh Malaysia pada Jun dan suku kedua tahun 2021 itu menunjukkan kedudukan penawaran buruh berdasarkan Survei Tenaga Buruh.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk bekerja menurun sebanyak 0.5 peratus kepada 15.30 juta orang (Mei 2021: 15.37 juta orang) dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk jatuh sebanyak 0.4 mata peratus kepada 65 peratus.

Dr. Mohd Uzir

“Seterusnya, kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus setelah merekodkan penurunan bagi tempoh empat bulan berturut-turut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.


Mengulas lanjut, Mohd Uzir berkata, bilangan penduduk bekerja mengikut sektor ekonomi pada Jun 2021 menunjukkan kesemua sektor ekonomi mencatatkan penurunan guna tenaga.

Menurutnya, sektor perkhidmatan merekodkan pengurangan bulan ke bulan buat pertama kalinya setelah mencatatkan peningkatan selama 12 bulan.

“Penurunan dalam sektor perkhidmatan sebahagian besarnya aktiviti penginapan dan perkhidmatan makanan dan minuman; hartanah dan perdagangan borong dan runcit.

“Dari segi taraf pekerjaan, kategori pekerja iaitu 77.6 peratus yang merupakan komposisi terbesar penduduk bekerja telah berkurang sebanyak 56,700 orang (-0.5 peratus) kepada 11.87 juta orang berbanding bulan sebelumnya (Mei 2021: 11.93 juta orang),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat lima negeri merekodkan kadar pengangguran tertinggi pada suku kedua 2021 adalah Labuan (8.8 peratus), Sabah (8.7 peratus), Perlis (5.3 peratus), Kelantan (4.8 peratus) dan Selangor (4.4 peratus).

Selain itu, katanya, Pulau Pinang (73.5 peratus), Kuala Lumpur (73.4 peratus), Selangor (74.9 peratus), Sarawak (69.4 peratus) and Sabah (66.7 peratus) mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang tertinggi pada suku tersebut.

“Pada suku ini, bilangan tenaga buruh berkurang sebanyak 36,100 orang kepada 15.97 juta orang berikutan penurunan bilangan penduduk bekerja dan penganggur.

“Bilangan penduduk bekerja berkurang sebanyak 0.2 peratus kepada 15.21 juta orang terutama dalam sektor perkhidmatan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.

“KPTB pada suku ini adalah 68.3 peratus dengan kedua-dua lelaki dan perempuan masing-masing mencatatkan kadar 80.8 peratus dan 55.0 peratus," katanya. -CARI

Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 9-8-2021 04:04 PM
Kesian pada yang kehilangan kerja waktu2 ni
Fikir macam mana nak bayar itu ini, beli makanan, ubat2 etc
Quote ina_na 9-8-2021 04:19 PM
nakkomenjugak replied at 9-8-2021 04:04 PM
Kesian pada yang kehilangan kerja waktu2 ni
Fikir macam mana nak bayar itu ini, beli makanan, ubat2 ...

Mls fkr..kwsp abis keluar dah..mmg lps ni X tau la..
Quote husna_amal 9-8-2021 04:51 PM
Muka ada iras macam mamat exist.
Quote Perk77 9-8-2021 04:57 PM
Boleh jadi lebih teruk rasanya .....kedaifan kot
Tp ni bukan sekarang...akan dtg ..kesan pandemik, sosio ekonomi Kita Akan collapsed ..

Sila menabung dgn kadar segera Dan jgn tambah hutang baru....
Quote spicygirl3 9-8-2021 04:57 PM
Kesian sangat kat rakyat! Berapa ramai lagi nak kebulur kalau gini
Quote tumpanglalu74 9-8-2021 05:06 PM
Kajaan gagal yang sembah kuman memang camni la negare.  Eh jaman penyakit kuste dulu pon manusia still survive tau..  Sape sakit kita cempak je la kat pulau sudah.  Takde masalah..  Yang jadi masalah kalo kurong orang sehat kat rumah tak kasi dia pi koje.  Hah, hadap la situ..  Kah2.
Quote Whitepinkrider 9-8-2021 06:01 PM
citra lestari dah kuar.. thn depan bunga lak. kerja mane kerja.. small medium business lak ko suruh tutup.
Quote Skuau 9-8-2021 06:20 PM
tumpanglalu74 replied at 9-8-2021 05:06 PM
Kajaan gagal yang sembah kuman memang camni la negare.  Eh jaman penyakit kuste dulu pon manusia sti ...

duk umh dia sihat...pi jer tmpt kojo..terus 'dpt penyakit'(drp rakan sekerja)...ada gak kes camni....
Quote ninja boy 9-8-2021 08:46 PM
Tanam lah apa yg patut ubi keledek pisang merata2  4-6 bulan boleh makan, pakai or tak lain cerita, sblm ramai berebut berbunuh sbb rebut ubi tapi tanam malas
Quote Fortiori02 9-8-2021 08:55 PM
Harap negara kita dpt capai herd immunity scpt mungkin & kes menurun banyak spy rakyat leh kuar bekerja mcm biasa. Kesian pd rakan2 yg kehilangan / tak ada kerja musim covid ni. Mereka terpaksa catu makanan bagai.
Quote lyshafull 9-8-2021 09:05 PM
Semoga yg kehilangan kerja dn dalam kesempitan dikurniakan rezeki yg luas lagi kesian yg ade anak2 kecil
Quote Eliadaisy83 9-8-2021 09:35 PM
Kalau hitung dr awal pkp tahun lepas lebih 3juta rakyat takde kerja termasuklah aku..dah 2 thn aku takde kje..puas dah merata minta kerja tapi susah nak dapatkan disebabkan umur hampir 40.
Quote edayildiz 10-8-2021 01:36 AM
Eliadaisy83 replied at 9-8-2021 09:35 PM
Kalau hitung dr awal pkp tahun lepas lebih 3juta rakyat takde kerja termasuklah aku..dah 2 thn aku t ...

takde cara lain kena try berniaga kecil kecilan kt shopee ke apa utk nk survive.
Quote Daftpunk_shine 10-8-2021 01:38 AM
Manne Paquiao
Quote kasibiman 10-8-2021 07:31 AM
800k tiada kerja.

Dan ikut stats jugak, pada penghujung 2020 graduan menganggur 200k.

Berapa persen melayu?
Berapa persen pulak melayu Tu hanya reti Bahasa melayu, Bahasa England Pon tak reti?


Apa pekdah kempen martabatkan Bahasa melayu dari 1986 dgn meminggirkan Bahasa England kpd anak2 melayu ni?

Apa guna 'jaga maruah' Bahasa melayu bila anak melayu semua melukut ditepi gantang being handicapped bila masuk ke alam pekerjaan?

Tgk contoh ni; benda mudah Pon tak sampai maksud kalau tak pakai Bahasa England.

Kau Rasa?
Quote angelofish 10-8-2021 07:47 AM
Fortiori02 replied at 9-8-2021 08:55 PM
Harap negara kita dpt capai herd immunity scpt mungkin & kes menurun banyak spy rakyat leh kuar beke ...

herd immunity tak wujud untuk covid.sebab orang di vaksin tetap boleh dapat covid dan menjangkiti.cuma kesan nya tak teruk
Quote noor2 10-8-2021 07:50 AM
Aku suka tengok beberapa anak muda melayu yg berniaga tepi jln waktu aku nk pi kerja tiap hari...sorang ni berniaga air kelapa muda...bawah payung... manakala sorang lagi yg tempat x sama berniaga air nenas..

Tempat tu hanya mereka sorang2 yg berniaga...walau nampak area tu sunyi tapi banyak kereta berhenti beli tiap hari termasuk aku...

Terbaik buat anak2 muda ni yg x mudah berputus asa dlm mencari income...
Quote Fortiori02 10-8-2021 07:57 AM
angelofish replied at 10-8-2021 07:47 AM
herd immunity tak wujud untuk covid.sebab orang di vaksin tetap boleh dapat covid dan menjangkiti. ...

X silap gomen dok ulang yg tujuan kita buat program pemvaksinan besar2an tu supaya at least 80% rakyat divaksin & negara kita dpt capai herd immunity.

Itulah tujuan mass vaccination pun, nak capai herd immunity. Bila capai herd immunity, bukan bermakna jangkitan covid tak akan berlaku. Cuma kadar jangkitan rendah.  
Quote makadek 10-8-2021 07:59 AM
Ntahla dlm tk dekkerja
Asyik komplen sana sini
Tp aku tgk kt grop deko bkn main lg mendeko
Yg nk bina rumah pn sama
Gerai2 penjaja pn sold out
Org kg tmpt aku ni pn sama siang malam makan tk berenti asyik membeli je

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.186777 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top