CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kematian Kerana Wabak Dan Kerana Melahirkan Anak," -Sarah Mati Syahid Kata Ustazah Asma

9-8-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5015| Komen: 26

Description: Penceramah yang juga pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menyifatkan kematian penyanyi Siti Sarah sebagai kematian yang dicemburui kerana ‘dijemput’ oleh Allah SWT dalam keadaan husnu khatimah ata ...
Penceramah yang juga pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menyifatkan kematian penyanyi Siti Sarah sebagai kematian yang dicemburui kerana ‘dijemput’ oleh Allah SWT dalam keadaan husnu khatimah atau mati syahid.


Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Asma’ berkata demikian selepas melihat kematian Sarah mempunyai beberapa tanda bahawa dia meninggal dunia dalam keadaan baik iaitu husnu khatimah.

“Subhanallah. Ada beberapa tanda husnu khatimah pada kematian Sarah. Antaranya kematian kerana wabak dan kerana melahirkan anak. Masya-Allah.

“Seperti yang kita semua sedia maklum, kematian akibat wabak dan melahirkan anak merupakan kematian yang baik (husnu khatimah),” katanya.


Foto: IG


Ujarnya lagi, dia turut menyifatkan Sarah sangat beruntung kerana Allah SWT telah memberinya peluang untuk pergi dalam keadaan bersedia.

“Allah SWT beri Sarah peluang untuk dia pergi dalam keadaan bersedia. Semua tahu, mereka yang akan ditidurkan oleh doktor akan diakhiri dengan mengucap kalimah syahadah.

“Nabi Muhammad SAW bersabda, barang siapa yang mengakhiri kalimahnya dengan Lailahaillallah, mereka pasti akan masuk ke syurga. Insya-Allah,” ujarnya.

Dengan nada sebak, Asma’ turut mengakui terkesan dengan berita tentang kematian Sarah pagi tadi akibat Covid-19.

“Kematian Sarah menghidupkan hati. Mudah-mudahan menyentap jiwa dalam kalangan orang yang sedang terleka dan lalai termasuk saya.

“Sarah disayangi ramai. Marilah kita sama-sama ambil peluang untuk berdoa. Bukan sahaja untuk Allahyarhamah Siti Sarah, tetapi juga untuk semua pejuang dan petugas barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamatkan banyak nyawa,” katanya.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Kesetiaan itu dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 5.13 pagi hari ini selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid-19.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dramaking007 9-8-2021 04:32 PM
tadi ada tgk kt youtube video ustz asma sampai nangis..aku blh simpulkan kak siti sarah punya kebaikan:.....
..terima suami seadanya dr zaman baru nak naik
...tak cari kontroversi murahan wpun ada rmai fan.
....kawan ngan semua org.
...suka sembunyikan amal nak2 sedekah..dia ade jugak nk sponsor byr umah sewa aku bc kt ig ebit.
..dia dah hijrah berhijab penuh

mst ade lagi kebaikan beliau yg kt tak tau since dia suka rahsia...

at the end penutup Allah bagi dia dijemput dgn cara melalui ujian wabak dan melahirkan anak pd masa sama..so kiranya pergi dalam posisi yg indah menurut org agama...sepanjang dia msk hospital rmai org doakan dan dia pergi ramai org sedih.

aku ingat ade sorang ulamak pesan namanya Gus Baha katanya mtk pd Allah...Ya Allah jadikan hari kematianku adalah hari terbaik dalam hidupku.(pergi dengan cara baik)

smg akak siti sarah mendapat syurga firdaus tanpa hisab.aamiin.
Quote apedehal 9-8-2021 04:35 PM
dramaking007 replied at 9-8-2021 04:32 PM
tadi ada tgk kt youtube video ustz asma sampai nangis..aku blh simpulkan kak siti sarah punya kebaik ...

Aamiin...sesungguhnya kematian arwah mmg dicemburui..syahid..ramai pulak tu yg mendoakan sblm & sesudah kematian.
Quote mesmerize 9-8-2021 04:41 PM
ya ai pun yakin arwah syahid.
sedih betul la pulak tengok ig timeline semua berita pasal arwah.
ai sedih kenangkan anak2 arwah yang masih kecil kat rumah tu.. yang peluk2 arwah sebelum arwah diambil petugas kkm naik ambulance pergi hospital.. cemana la penerimaan mereka mama mereka dah tak ada.
Quote slyfynx 9-8-2021 04:44 PM
Untung Siti Sarah, mati nya dalam Husnul Khatimah.

Tp, sy sgt2 risau bile ramai claim mati syahid ni. Sbb kalau kita main sebut je, dan tersalah hukum, boleh bawak dosa.
Kalau x yakin, sperlu sebut syahid. And kene faham betul2 jenis syahid.
Sgt risau bile my mum sendiri tanya td, Sarah ni syahid la ye?
I jawab tu antara arwah dengan Allah. X berani nk letak ape2 hukum.
Quote lampor 9-8-2021 04:50 PM
Tapi yg paling penting aku jeles is.. arwah sempat mengucap dalam keadaan sedar sebelum ditidurkan.... Which is... Nasib kita belum tentu lagi mcm mana...

Pemergian arwah dirindukan dan menyentuh perasaan ramai orang membuktikan semasa hidup arwah seorang yang baik dan menjaga hubungan sesama insan.... Semoga ditempatkan di kalangan insan yang dikasihiNya...
Quote Raline 9-8-2021 04:54 PM
slyfynx replied at 9-8-2021 04:44 PM
Untung Siti Sarah, mati nya dalam Husnul Khatimah.

Tp, sy sgt2 risau bile ramai claim mati syahid ...

baru2 nibkn main menchucky beliau la itu la ini la.. sy ada screen shot taw.
Quote isbritneybich 9-8-2021 04:58 PM
ni ustazah yang sama jatuhkan hukum WAJIB solat taubat sebab tak boleh solat jumaat sekarang kan? hati2 bila nak jatuhkan hukum ya, nampak cenderung ke arah fatwa memfatwa nih
Quote Incanto 9-8-2021 05:07 PM
Kematian yg di cemburui



Quote johan-adx 9-8-2021 05:10 PM
slyfynx replied at 9-8-2021 04:44 PM
Untung Siti Sarah, mati nya dalam Husnul Khatimah.

Tp, sy sgt2 risau bile ramai claim mati syahid ...

tp meninggal akibat penyakit wabak slh 1 syahid..
Quote slyfynx 9-8-2021 05:12 PM
Raline replied at 9-8-2021 04:54 PM
baru2 nibkn main menchucky beliau la itu la ini la.. sy ada screen shot taw.

Eh, aku sendiri dah PM die mase die sakit.
Arwah baca ke x, x pasti la.
Itu antara aku ngn die.
Ko nk terase sgt dah kenapa.
Baru orang tegur tajuk thread x elok dah salty
Quote slyfynx 9-8-2021 05:17 PM
johan-adx replied at 9-8-2021 05:10 PM
tp meninggal akibat penyakit wabak slh 1 syahid..

Betul, mmg ada dalam hadis.
Tp kite bukan yang ahli.
X boleh semudah itu jatuh hukum.
Jadi nk mention syahid tu tkt sgt mendatangkan fitnah.
Lebih2 lg yang x faham jenis2 syahid.
Just my 2 cents la
Quote mesmerize 9-8-2021 05:50 PM
Edited by mesmerize at 9-8-2021 05:52 PM

ai yakin dia syahid sebab bukan saja meninggal sebab wabak, tapi juga sebab melahirkan anak.. mungkin kalau dia tak lemah sebab melahirkan anak, agak2nya dia boleh survive.. Shuib ada bgtahu doktor report yg jantung arwah bekerja keras masa ceaser operation, so bila selesai operate, jantung dia jadi lemah. jantung lemah, paru2 ada blood clot, oksigen low, kehilangan darah n luka besar sebab bersalin operate. asbab2 kematian beliau.
Quote olaklempit 9-8-2021 06:01 PM
slyfynx replied at 9-8-2021 04:44 PM
Untung Siti Sarah, mati nya dalam Husnul Khatimah.

Tp, sy sgt2 risau bile ramai claim mati syahid ...

Bab ni ramai kita keliru. Pernah dengar Ustaz Zahazan tak silap, explain. Banyak jenis syahid ni...tak sama dengan syahid perang pertahankan Islam. Jika tak silaplah. Boleh cari kat FB Ustaz.
Quote nipskacang 9-8-2021 06:05 PM
olaklempit replied at 9-8-2021 06:01 PM
Bab ni ramai kita keliru. Pernah dengar Ustaz Zahazan tak silap, explain. Banyak jenis syahid ni.. ...

Td ade tg ckp die syahid akhirat. Xpasti ape mksd nya tu
Quote cmf_jeangrey 9-8-2021 06:49 PM
Syahid tu biarlah Allah tentukan...dah syurga pun milik Allah, hanya Dia yg maha mengetahui...cuma iols harap kematian sarah dipermudahkan, kurang sakitnya...Nabi Muhammad SAW kekasih Allah pun terasa sakit sakaratul maut...inikan pulak kita...yg paling sedih sekrg ni anak2 yg xtau lagi ibu dia dah xde...camne la reaksi anak2 tu nanti..mesti memanggil2 ibu dia...sama la juga dgn anak2 org lain yg kehilangan ibubapa...iols cepat tersentuh hati bila melibatkan budak2
Quote RatuDunia94 9-8-2021 08:25 PM
Hopefully kematian sarah ni berterusan diiringi dgn cerita2 yg baik. X mau mcmarwah abam dulu sehari dua je lepas tu terus mcm2 cerita busuk keluar.
Quote nora_balqis 9-8-2021 08:47 PM
kematian arwah dalam keadaan husnul khotimah

baca komen2 ramai yg kate arwah dah ditempatkan didalam syurga firdaus..sebetulnya baru didalam alam kubur/barzakh.

jauh lagi perjalanan..dunia akan kiamat..kita semua akan dihisab dulu.syurga dan neraka ikut amalan kita selepas tue

Quote ina_na 9-8-2021 08:51 PM
slyfynx replied at 9-8-2021 04:44 PM
Untung Siti Sarah, mati nya dalam Husnul Khatimah.

Tp, sy sgt2 risau bile ramai claim mati syahid ...

Kan..yg penting suami dia redha..Bab lain urusan Allah.. Mata aku ni makin sept nangis je ari ni.
Quote miss_perfect 9-8-2021 08:53 PM
RatuDunia94 replied at 9-8-2021 08:25 PM
Hopefully kematian sarah ni berterusan diiringi dgn cerita2 yg baik. X mau mcmarwah abam dulu sehari ...

Cerita busuk pasal.arwah abam bukan pasal abamnya kan? Tapi family dia.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051148 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top