CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pakcik Pacer Bukan Kaleng-kaleng, Rupanya Olimpian Kebanggan Jepun!

9-8-2021 03:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2627| Komen: 6

Description: Sukan berbasikal trek mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila jaguhnya Datuk Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat perak buat negra dalam acara Keirin Olimpik Tokyo 2020.
Sukan berbasikal trek mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila jaguhnya Datuk Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat perak buat negra dalam acara Keirin Olimpik Tokyo 2020.


Kredit foto: Twitter M.K Izzuddin

Selain kecemerlangan Azizul dan Shah Firdaus, seorang lagi yang menjadi perhatian ramai ialah pacer bagi acara tersebut yang merupakan seorang warga emas.

Namun, tahukah anda warga emas tersebut bukan sekadar orang biasa yang diambil menjadi pacer, tetapi dia juga merupakan seorang Olimpian.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna berkongsi tentang informasi pacer tersebut yang juga jaguh berbasikal Jepun, Sakamoto Tsutomu.

Pacer atau nama lainnya Derny digunakan bagi mengawal kelajuan pelumba.

Pacer akan membawa pelumba untuk tiga pusingan pertama dan akan keluar dari trek pada pusingan ke-3 pada anggaran kelajuan 50km/j.




Pelumba tidak dibenarkan memotong pacer sehingga dia keluar dari trek. Kemudian, pelumba akan bersaing sesama sendiri untuk tiga pusingan terakhir bagi merebut kedudukan terbaik.

Di ruangan komen, ramai warga maya meluahkan rasa kagum terhadap pacer terbabit yang menjadi kebanggaan warga Jepun dalam sukan berbasikal trek.

Tidak kurang juga yang mengusik Azizul boleh menjadi pacer apabila dia bersara kelak jika Malaysia menjadi tuan rumah bagi sebuah acara sukan.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 9-8-2021 04:22 PM
Hahaha muka dia selamba jer kan....basikal npk retro tp harga riban2 gak tu
Quote Supersirap 9-8-2021 04:41 PM
Suka tengok muka pakcik ni tunggang basikal dengan cara yang selamba, macam tiada apa-apa yang berlaku
Quote spicygirl3 9-8-2021 05:44 PM
Hebat jugak pakcik ni
Quote Whitepinkrider 9-8-2021 05:53 PM
terrer pakcik.. kipidap, dongibap
Quote MissyMolly 10-8-2021 07:49 AM
Lawak bila baca satu komen yg kata dia tgk semua game, pakcik nih layak masok semua pusingan koh2.. pastu ad komen lain balas.. mmg la masok semua pusingan, tp tak kasik perabis pehal hahaa
Quote Marylis 10-8-2021 06:43 PM
muka relax jer kayuh basikal...

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037679 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top