Mahkamah Juvenil di sini hari ini menetapkan 14 September ini bagi mendengar permohonan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali untuk mendapatkan kembali lima anak angkatnya yang kini di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Majistret Nur Farahain Roslan menetapkan demikian dan memerintahkan pihak JKM Wilayah Persekutuan selaku responden membalas afidavit sebelum permohonan didengar pada tarikh itu. Kelima-limanya berusia di antara dua dan 16 tahun (dua lelaki dan tiga perempuan) yang sebelum ini dipelihara oleh Siti Bainun, 29, kini ditempatkan di dua rumah kebajikan iaitu di Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Kangsar, Perak. JKM mengambil mereka daripada jagaan Siti Bainun pada 15 Julai lalu selepas wanita itu ditahan bagi membantu siasatan polis berikutan kejadian remaja sindrom down berusia 13 tahun dipercayai didera, tular di media sosial.
Peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor ketika ditemui pihak media memberitahu, permohonan bagi mendapatkan semula kelima-lima mereka difailkan pada 2 Ogos lalu. Permohonan itu difailkan oleh Siti Bainun dan ibu kandung mereka agar mahkamah membatalkan perintah jagaan sementara yang diberikan kepada JKM. Ibu kandung memohon hak jagaan diberikan kepada Siti Bainun selaku pihak yang layak kerana mereka sendiri menyerahkan anak kepadanya untuk dijaga ketika masih kecil. Mereka mahukan permohonan itu didengar segera berikutan permintaan ibu kandung bagi kepentingan kemaslahatan, kesihatan, pendidikan dan kesihatan mental yang perlu dipantau dengan rapi. Nur’Aminahtul Mardiah berkata, pihaknya akan mengemukakan dokumen perubatan bagi menyokong bahawa Siti Bainun merupakan pihak yang layak kerana anak-anak angkatnya selamat ketika di bawah jagaan wanita itu. “Kami telah menyerahkan penghujahan namun pihak JKM tidak bersedia hari ini dan pendengaran permohonan kemudian ditangguhkan pada 14 September ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan mahkamah. Pegawai-Pegawai Pelindung Kanak-Kanak iaitu Noor Afdzan Mohd. Sahandrigani, Asiah Bachok dan Mohd. Imran Mohd. Zanyuin hadir dalam prosiding hari ini bagi pihak JKM. Nur’Aminahtul Mardiah memaklumkan pihaknya turut memfailkan permohonan interim agar Siti Bainun diberi akses kepada anak angkatnya yang mana dua daripadanya menghidap sindrom down. Mahkamah kemudian membenarkan Siti Bainun melakukan panggilan video kepada kanak-kanak tersebut dan mendapatkan gajet untuk dua daripada anak angkatnya yang bersekolah kerana wanita itu tidak dapat berhubung dengan mereka sejak dibawa keluar oleh JKM pada 15 Julai lalu. Siti Bainun turut dibenarkan menghantar susu dan lampin pakai buang kepada kedua-dua kanak-kanak sindrom down tersebut. Jelas Nur’Aminahtul, salah seorang kanak-kanak itu mengalami masalah kulit yang serius dan memerlukan lampin pakai buang berlainan yang mana tidak dapat dibekalkan oleh pihak JKM kerana harganya mahal. “Kami sudah menerima perintah sementara jadi esok kami akan serahkan susu dan lampin manakala panggilan video akan ditetapkan pada tarikh lain,” katanya. -CARI Sumber: Utusan
|
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 09:52 PM
beriya sgt nk bela anak2 angkat tu dah kenapa? hangpa nak jual kidneys or any organ badan depa ka? : ...
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 09:52 PM
beriya sgt nk bela anak2 angkat tu dah kenapa? hangpa nak jual kidneys or any organ badan depa ka? : ...
xpdckelate replied at 4-8-2021 09:54 PM
depa jaga budak2 ni nanti boleh dpt dana dan bantuan serta sumbangan..masyuk tu
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 10:01 PM
ha ah..depa jadikan budak2 ni mcm brg komoditi jah utk tarik org menderma
sbb itulah kelemahan um ...
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 10:01 PM
ha ah..depa jadikan budak2 ni mcm brg komoditi jah utk tarik org menderma
sbb itulah kelemahan um ...
Acikgomen replied at 4-8-2021 09:59 PM
Babi kan bainun neh
cmf_premierleag replied at 4-8-2021 10:01 PM
ha ah..depa jadikan budak2 ni mcm brg komoditi jah utk tarik org menderma
sbb itulah kelemahan um ...
miss_strangers replied at 4-8-2021 10:23 PM
Bukanke kl nak jaga budak perlu ada sijil asuhan Permata.. Pelik bainun ni ada kelayakn ke... Heb ...
ADVERTISEMENT