CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Bandar Pemurah Tak Pernah Ambil Tahu Berapa Gaji Yang 'Masuk'

4-8-2021 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1954| Komen: 10

Datuk Bandar Solo di Indonesia, Gibran Rakabuming Raka mendedahkan bahawa beliau tidak pernah menggunakan gajinya untuk kegunaan peribadi, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Gibran yang merupakan anak sulung Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dan memegang jawatan Datuk Bandar Solo sejak Februari lalu berkata, semua gajinya digunakan untuk membantu keperluan penduduk setempat.



GIBRAN dan isterinya, Selvie tiba untuk membuang undi dalam pemilihan Datuk Bandar Solo di Solo pada 9 Disember 2020. - AFP

“Saya tidak pernah gunakan gaji untuk diri sendiri. Semuanya saya beri untuk membeli barang keperluan harian penduduk yang tidak berkemampuan seperti beras selain membayar yuran persekolahan anak-anak mereka,” kata Gibran.

Jawapan itu diberikan kepada media apabila beliau ditanya sama ada akan menyumbang sebahagian gajinya kepada penduduk Solo sepanjang perintah darurat Covid-19 berlanjutan hingga 9 Ogos ini.


Tambah Gibran, beliau sendiri tidak begitu pasti berapa sebenarnya jumlah gaji yang diterima setiap bulan kerana wang itu secara automatik akan disalurkan terus kepada penduduk.

“Pembantu peribadi saya, Gilang yang lebih tahu jumlah sebenar gaji saya sebagai datuk bandar,” ujarnya lagi.

Menurut maklumat pejabat wilayah Solo, pemerintah terdahulu di bandar itu mempunyai tangga gaji bermula 600 juta rupiah (RM176,514) dan boleh mencapai 3 bilion rupiah (RM883,690).


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellZack 4-8-2021 02:44 PM
Living expenses untuk diri sendiri ambil mana
Quote nakkomenjugak 4-8-2021 03:06 PM
*sambil side eye ke baser anak jemin*
Quote rosmahisham 4-8-2021 03:37 PM
Nama kemain Gibran..bini pon Selvie..untung la jd ank2 jokowi !
Quote Fortiori02 4-8-2021 04:19 PM
Usaha membantu rakyat susah tu wajar dipuji
Quote Artemesiaa 4-8-2021 05:36 PM
Keuntungan dari business dah cukup eloklah guna duit gaji untuk membantu golongan yang benar2 memerlukan
Quote dua_chzy 4-8-2021 05:41 PM
Abah Yidin pun potong gaji bagi rakyat tau!
Quote angelofish 4-8-2021 05:49 PM
datok bandar pon gaji beratus ribu ringgit paling tinggi Rm 8883.690. patut la miskin rakyat
Quote supernaturalee 4-8-2021 05:52 PM
Menurut maklumat pejabat wilayah Solo, pemerintah terdahulu di bandar itu mempunyai tangga gaji bermula 600 juta rupiah (RM176,514) dan boleh mencapai 3 bilion rupiah (RM883,690).


Sebulan ke setahun ni

Quote misuke 4-8-2021 09:10 PM
Menteri mesia pun zuhud what...kumpul harta masing2 sampai tak terkira...rasa kalau tanya pun xingat dah sebab xleh kira
Quote Whitepinkrider 5-8-2021 04:53 PM
kalau mmg dah kaya, ape nk heran duit yg masuk tu cinonet je

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 1.026988 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top