Beberapa orang awam di lokasi sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Jogjakarta gempar apabila seorang wanita secara tiba-tiba melahirkan anak dalam keadaan berdiri, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Dalam satu video yang tular di media sosial, wanita tersebut sedang berdiri dalam keadaan tergamam sambil berpaut pada sebuah dinding. Seorang lelaki yang identitinya tidak dapat dipastikan dilihat memegang bayi tersebut di belakang wanita itu dengan keadaan tali pusatnya yang masih belum dipotong. Lebih menyedihkan adalah tiada seorang pun individu lain terutamanya golongan wanita tampil untuk membantu wanita itu. “Allahuakbar, itu bukan Covid! Mari cik, tolong cik. Tiada apa-apa kerana itu bukan Covid,” kata perakam video tersebut. Tiada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan wanita itu dan bayinya. Video tersebut dimuat naik di Instagram dan menerima hampir 20,000 tontonan dengan ramai yang meluahkan rasa marah kerana tiada yang menghulurkan bantuan kepada wanita tersebut.
“Panggillah bidan atau doktor! Jangan dilihat sahaja,” kata seorang netizen. “Bukannya mahu membantu, sebaliknya hanya merakam,” tulis seorang lagi pengguna. Sumber: Kosmo
|
Skuau replied at 15-7-2021 01:11 PM
lahir kat/dlm bank....adakah dia akan dapat duit(percuma) drp bnk...seumur hidup
edayildiz replied at 15-7-2021 01:16 PM
mungkin ditaja belajar
blh letak ank nama bank mcm rrntis thai nama bank
Decaffeinated replied at 15-7-2021 04:03 PM
kalau kat Malaysia boleh ja bagi nama Rashid Husin tak pun Hong Leong
ADVERTISEMENT