CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enam Beranak Tidur Dalam Kereta Tepi Jalan Lepas 'Dihalau' Tuan Rumah

15-7-2021 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4129| Komen: 25

Description: Pasangan suami isteri yang merupakan peniaga air kelapa muda di Kampung Bukit Ara, Terengganu terpaksa membawa empat anak yang masih kecil bermalam dalam kereta di tepi jalan selepas diminta keluar da ...
Pasangan suami isteri yang merupakan peniaga air kelapa muda di Kampung Bukit Ara, Terengganu terpaksa membawa empat anak yang masih kecil bermalam dalam kereta di tepi jalan selepas diminta keluar dari rumah sewa pada Mei lalu.


Pengalaman getir itu dilalui keluarga berkenaan selama tiga malam berturut-turut sebelum Mohd. Fairuz Mohd. Zulkifli, 35, dan Nurul Nafisah Mohd. Juha, 27, berjaya mengumpul duit untuk menyewa kediaman baharu di Kampung Kuala Menjing.


MOHD.Fairuz Mohd. Zulkifli dan isterinya, Nurul Nafisah Mohd. Juha berniaga air kelapa muda di Kampung Bukit Ara, Hulu Terengganu. - NOOR HAYATI MAMAT

Nurul Nafisah berkata, sebelum ini, keluarganya menetap di Wakaf Tapai di Marang, namun diminta keluar oleh tuan rumah kerana kegagalan membayar sewa bulanan sebanyak RM300.

Katanya, selama sebulan mereka menumpang di rumah keluarga sebelum mengambil keputusan berpindah walaupun belum memiliki rumah sewa dan keadaan kewangan yang menghimpit.


“Kami tiada pilihan selain terpaksa membawa anak-anak berusia antara dua hingga tujuh tahun bermalam dalam kereta di lokasi gerai dan hasil duit jualan serta sedikit simpanan kami berjaya mencari rumah baharu yang lebih murah dengan sewa RM130 sebulan.

“Keadaan pada masa itu agak mencabar kerana hampir dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketatkan (PKPD) Kuala Berang, namun kami berterima kasih kerana pihak polis memahami situasi,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Nurul Nafisah, selain air kelapa muda, antara hidangan lain yang dijual ialah ayam goreng RM1 dan jelly kelapa dengan purata pendapatan antara RM50 hingga RM100 sehari.

Dalam pada itu, katanya, cahaya mata kedua, Muhammad Adam Irfan Daniel, 6, mengalami masalah saluran pundi kencing dan kekangan kewangan membataskan mereka membawanya menjalani rawatan susulan. 


Sumber: UTUSAN ONLINE
4

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • CaqJora


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 15-7-2021 01:05 PM
murahnya sewa rumah..
Quote MontanaHannah 15-7-2021 01:05 PM
xkata ke tuan rumahlah

dia menyewa untuk income

lainlah jika dia benarkan ko duduk dan yb situ parlimen dan adun serta ngo pakat kongsi duit bayar sewa tiap-tiap bulan untuk ko terus duduk dirumah itu


kita xboleh nak kesian sepuak dan terus kecam sepuak lagi

mana adil untuk tuan rumah

melayu dengan batang butohhh belaga  bughit mmg nombor 1

cina kaya raya anak skeor dua sahaja

nak meramaikan ummat tetapi duit sangkak xde

sengkek serupa babi
Quote Orix 15-7-2021 01:10 PM
Apa rupa la rumah sebulan rm130 {:question
Quote KIM.K 15-7-2021 01:12 PM
Kadang tuan rumah tu pun sublet owner yg rent dari tuan tanah. Sebulan tak bayar pun dah perit.

Semoga family ni kuat hadapi saat getir
Quote makadek 15-7-2021 01:31 PM
Hurmmmm sabar ye semoga ada rezeki
Nasib ank 4 je ..
Quote otai_g 15-7-2021 01:47 PM
Terengganu ni negeri punya la kaya dgn hasil minyak. Usahawan pun rmi yg dr terengganu ni. Bangla dgn indon pun blh hidup mewah kat msia ni. Something not correct in system.
Quote mama_neko 15-7-2021 02:01 PM
mesti org dok kecam tuan rumah..padahal mungkin tu income tuan rumah jugak.. beda duit pencen... mak aku ni, tuan rumah jugak, bagi la sewa rumah flat dia kat bayan lepas ya, harga 350 rggt sebulan . naik dr 250 sebulan, and penyewa tu dah sampai bercucu, punya la lama dia sewa.. masa kena pkp, income dia terjejas, sbb dia bawak lori,minx mora kat mak aku.. mak aku bukan tak kesian, tapi mak aku pun dah berenti keja pos, tu jadi income dia la.. area tu semua dah 600 ke atas dah.. and mak aku bayaq maintenance fee tau every year... kira mak aku bgi sewa tu dah cukup ihsan dah... mak aku suruh usaha la cari duit jugak, mula2 depa.marah la jugak,kata mak aku ni tak faham la apa.. mak aku buat kering ja... last2 depa usaha jugak, anak2 pakat tolong, sbb pikiaq takdak dah org bagi sewa harga tu kat pulau... pengajaran dia, kat tempat kita berteduh tu, kot mana pun, cari la duit nak bayaq.. catu benda lain dulu...  
Quote kukukatablog 15-7-2021 02:37 PM
rumah pak aku sewa 200 jer sebulan,
bayar mmg cuku liat sampai kna mintak
suka skip2 bayar,
pastu ada hati tanya nak beli umah tu plak...
Quote anony-mous 15-7-2021 02:42 PM
Hrap jgn ada yg marah tuan rumah lah sbb tuan rumah pon mgkin dah lama toleransi
Quote anony-mous 15-7-2021 02:44 PM
mama_neko replied at 15-7-2021 02:01 PM
mesti org dok kecam tuan rumah..padahal mungkin tu income tuan rumah jugak.. beda duit pencen... mak ...

Bagus mak uols. Lain kali boleh ckp jugak, kalau x mampu, ada org lain nk sewa dgn byaran semasa. Sbb tu i xminat nk borong rumah nk sewakan dkt org.
Quote anony-mous 15-7-2021 02:45 PM
kukukatablog replied at 15-7-2021 02:37 PM
rumah pak aku sewa 200 jer sebulan,
bayar mmg cuku liat sampai kna mintak
suka skip2 bayar,

Sbb tu i malas beli flat kos rendah sbb golongan ni biasanya x mampu nk byr atau jenis suka ngelat nk byr. I pernah rasa susah jugak tp sewa rumah tu priority sbb faham keadaan tuan rumah. Sapa dpt penyewa byr on time mmg bertuah
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 03:00 PM
side tuan rumah gimana
Quote kotakominami 15-7-2021 03:14 PM
Berapa bulan tak bayar tu....
Quote mama_neko 15-7-2021 03:47 PM
anony-mous replied at 15-7-2021 02:44 PM
Bagus mak uols. Lain kali boleh ckp jugak, kalau x mampu, ada org lain nk sewa dgn byaran semasa.  ...

itulah mak aku buat kering ja... mak aku kata usaha jugak.. sbb mak aku ni kan geng boomer, dulu gaji kecik2 pun, depa usaha cari duit bayaq sewa.. benda lain hold dulu .. ni dok upload kat wasap status itu ini, sekali bayaq sewa ngelat..  tu yg mak aku buat bodo.. belambak lagi dok berebut nk sewa kat situ.. la ni mak aku buat dateline ja, 7hb cut off.. mmg on time bayaq takut hilang rumah sewa murah.. kawasan tu walaupun kos rendah and sederhana, keadaan dia bersih dan aman sbb management banned penyewa asing.. mmg org melesia ja.. takdak masalah tipikal rumah2 flat ni ...
Quote mama_neko 15-7-2021 03:50 PM
kukukatablog replied at 15-7-2021 02:37 PM
rumah pak aku sewa 200 jer sebulan,
bayar mmg cuku liat sampai kna mintak
suka skip2 bayar,

hahaha.. teringat live sorang ni kat fb, nama dia dinaa.. siap kutuk management ppr dia, padahal tertunggak bayaran sewa, rupanya sewa rm125 ja sebulan, masih tertunggak.... bayangkan ada ja org cmni.. depa tak pikiaq panjang.. ikut suka depa ja ..
Quote LadyCarefree 15-7-2021 04:20 PM
Hasil jualan, bantuan zakat/kkm kalau xsibuk asyik buat anak bolehlah hidup. Xmampu tp nak anak. Dahlah sampai 4. Manusia xbertanggungjawab.
Quote CikYaYaYa 17-7-2021 02:06 PM
Murahnya rumah sewa dia. iols pon duk Ganu gak tapi rumah sewa paling murah kat sini rm500 sbulan. dapat yang murmur tu memang kira nasib baik sangat laaa  
Quote jas7512 17-7-2021 02:17 PM
mama_neko replied at 15-7-2021 03:47 PM
itulah mak aku buat kering ja... mak aku kata usaha jugak.. sbb mak aku ni kan geng boomer, dulu g ...

Oh..jd yg selalu buat onar kat flat2 tu warga asinglah ya..tu lah pemimpin msia ni suka brnar import warga asing..klu import yg berjenis xpelah juga..ni byk yg x berjenis...i ada srg sedara yg kahwin dgn bangla..tiap2 bln nak minta pinjam duit...i bg lah juga walau x byk..mujur anak x ramai baru dua tapi for me msian girls klu nak kahwin better kahwin warga negara lah
Quote anakmak 17-7-2021 04:13 PM
Almost 2 tahun mak aku bg tenant dok free sbb kesian anak tunggal dia sakit x leh cari duit
Musim covid ni mana tenant yg positip covid atau gaji kena potong  mak aku suruh bayar separuh
Masa pkp 1.0 ada tenant yg bgtau x boleh bayar sewa utk bulan 4, mak aku kata x boleh bayar takper sbb pkp tapi nnt dah kerja balik bayar cam biasa

Mak aku jenis beli rumah cash
X suka berhutang
Jadi xde masalah kalau tenant x bayar atas sbb tertentu
Sbb duit sewa rumah bukan duit makan dan bukan bayar hutang bank
Sbb mak aku suka duit jadi tu jalan yg dia nampak senang dapat cash balik
Tapi kalau tenant yg selalu dolak dalik jenis buat kita yg tertunggutunggu janji dia nak bayar tapi x bayar dan manalah kita nak membontot dia menagih janji bayar hutang sewa
Jenis ni pening mmg aku x nak handle penyewa mcm ni

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.053521 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top