CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Israel Koyak Lagi, Gigih Buat Dokumentari Khas Dedah Operasi Malaysian Troll Army

15-7-2021 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4075| Komen: 17

Description: Kalau bercakap tentang Palestin, sudah tentu kekejaman tentera Zionis yang berpangkalan di Israel menimbulkan rasa geram seluruh dunia gara-gara tindakan mereka yang tidak berhati perut.
Kalau bercakap tentang Palestin, sudah tentu kekejaman tentera Zionis yang berpangkalan di Israel menimbulkan rasa geram seluruh dunia gara-gara tindakan mereka yang tidak berhati perut.

Rakyat Palestin terus menjadi mangsa sehingga kini dan tentera Zionis tetap berkeras mahukan Palestin yang dianggap milik mereka padahal silang sejarah antara bani Israel – Palestin telah terputus.



Kredit foto: Twitter

Tentera Zionis melancarkan serangan termasuklah pada Mei baru-baru ini, sewaktu umat Islam sedang menyambut kehadiran bulan Ramadan yang mulia, ada pula yang mencari gaduh.

Ekoran peristiwa itu, bukan sahaja bangunan musnah malah banyak nyawa wanita serta kanak-kanak terkorban akibat senjata dan peluru sesat tentera Zionis.

Bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin, ramai penduduk dari pelbagai negara mengecam tentera Zionis termasuklah ‘The Original Jews’ yang menganggap tindakan tentera Zionis sebagai sampah.




Penduduk di Malaysia juga tidak terkecuali namun uniknya tentang situasi ini, tentera Zionis dan Israel gerun akan serangan daripada akaun media sosial yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Mereka memberi gelaran Malaysian Troll Army kerana kecekalan rakyat Malaysia semasa menyerang akaun berpengaruh syarikat dan individu dari Israel sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.
 
Lebih hebat, kumpulan hacker dari Malaysia terdiri daripada AnonGhost, Dragonforce Malaysia dan beberapa lagi pasukan lain dilaporkan telah bersatu tenaga dalam melumpuhkan sistem pengkalan data Israel.

‘Serangan’ yang dibuat memberi kesan kepada warga Israel selepas tular sebuah perkongsian daripada seorang wanita warga Israel yang juga merupakan pengasas kepada syarikat Social Lite Creative.

Dengan mendakwa pihak mereka menerima kecaman yang hebat daripada warga Malaysia, beliau memaklumkan serangan yang dibuat Malaysian Troll Army melibatkan lebih 500,000 ciapan di Twitter telah membuatkan sejumlah besar akaun berpengaruh Israel seperti gal gadot menjadi menjadi mangsa serangan atau harassment.



Tidak kurang juga pihak hacker dari Malaysia yang turut membantu melancarkan serangan godam. Dakwaan beliau yang mengatakan serangan yang dibuat netizen Malaysia melangkaui standard komuniti telah menarik perhatian netizen Malaysia sekali lagi melihatkan kepada kekejaman yang dibuat pihak Israel.

Berikut adalah link Twitter yang boleh Malaysian Troll Army melakukan serangan untuk menjatuhkan imej Israel yang memfitnah pelbagai perkara mengenai rakyat Malaysia.


Sumber: Suara Merdeka
3

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 15-7-2021 02:58 PM
aihhhh membawak sampai raya haji haaaa koyak nya. tau meroyan bila orang buat kat dia
Quote kotakominami 15-7-2021 03:11 PM
Haish....kau tunggu la dak adam.....
Quote Hazi1975 15-7-2021 03:19 PM
Koyak lagi....
Quote VioletsAre_Blue 15-7-2021 03:20 PM
Tapi penjilat israel cakap mereka tak terkesan pun dengan tentera bawang
Quote LadyCarefree 15-7-2021 04:23 PM
Xyah nk tuduh Israel koyak la. Xde maknanya. Israel pandang troll bawang meleis ni level pests je. Konon hack cctv rumah orang. Konon. It's like you pergi ke gerai tepi jalan yg xde orang jaga then u ambil buah ka sayur dia jual tanpa bayar and claim berjaya tembus pagar letrik untuk masuk curi buah kat pokok. LOLLLL
Quote ninja boy 15-7-2021 05:39 PM
Army kunun, jatuhkan negara sendiri pru lalu,  army x menambah baik negara malah semakin teruk negara skrg
Quote minah_gesek 15-7-2021 08:27 PM
LadyCarefree replied at 15-7-2021 04:23 PM
Xyah nk tuduh Israel koyak la. Xde maknanya. Israel pandang troll bawang meleis ni level pests je. K ...

Mmmmmmm.......tak suka diam lah..BODOH

Quote sekngucing 15-7-2021 09:12 PM
sampai 13 k covid di. malaysia allah turunkan

tak sedar sedar lg ummah melayu ni

lawanlah ummah kesayangan allah ini..

Quote LadyCarefree 16-7-2021 12:04 AM
minah_gesek replied at 15-7-2021 07:27 PM
Mmmmmmm.......tak suka diam lah..BODOH

Bwahahaha just stating facts. Hack cctv konon.
Quote green~tea 16-7-2021 12:23 AM
Mcm takde pekdah je tentera bawang ni memalukan negara je perangai tahap PPRT..

Sama jugak dgn anti jemin semburit celaka dgn menteri2 badut lain ke apa.. nak serang, serang kat FB malaysian sudah la.. tak perlu memalukan maruah negara dengan serang FB menteri negara lain...
Quote nikaido 16-7-2021 08:09 AM
Ni mcm cubaan nak publisiti je minah emily ni. Waktu dia mula2 buat video ni , followers twitter cuma berapa org je. Sekarang dah naik 15k
Quote xpdckelate 16-7-2021 08:16 AM
zaman skang viral sgt berkesan...internet sgt berkuasa...media socmed main peranan sgt besar....
buktinya masa trump menang dulu pun sebab big data.

PROFILING HELPED DONALD TRUMP WIN THE US PRESIDENTIAL ELECTION
https://www.firstpost.com/tech/n ... ection-3696847.html

Leaked: Cambridge Analytica's blueprint for Trump victory
https://www.theguardian.com/uk-n ... t-for-trump-victory
Quote SWORKS27 16-7-2021 03:10 PM
agak2 vakuro dengan changa kisah tak???
Quote LadyCarefree 16-7-2021 09:59 PM
green~tea replied at 15-7-2021 11:23 PM
Mcm takde pekdah je tentera bawang ni memalukan negara je perangai tahap PPRT..

Sama jugak dgn a ...


Exactly. Mentality pprt sangat. @minah_gesek
Quote green~tea 16-7-2021 10:02 PM
SWORKS27 replied at 16-7-2021 03:10 PM
agak2 vakuro dengan changa kisah tak???

SSKJP tuh?   dah bersalin kulit lain gamak nya
Quote CikYaYaYa 17-7-2021 01:58 PM
aq ingatkan set2 israel nie xdark ati perot.. Teringat lak aq satu video to org israel kaboo koyak to you to
Quote ina_na 17-7-2021 02:03 PM
Maka next week akan jd perang koyak lg ke.. ade gak la isu best skt dr minggu ni..Spain fly..hahahaha..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.273078 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top