CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sorok Makanan, Coklat Berjenama Dalam Pakaian Dalam Di Pasar Raya

15-7-2021 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2586| Komen: 9

Description: Aksi seorang wanita mencuri di sebuah pasar raya dan menyembunyikan makanan di dalam pakaiannya tular di media sosial.
Aksi seorang wanita mencuri di sebuah pasar raya dan menyembunyikan makanan di dalam pakaiannya tular di media sosial.

Tribunnews melaporkan, dalam video itu, seorang wanita yang memakai pelitup muka mengeluarkan sejumlah barang makanan yang disimpan di dalam pakaiannya.


Dia mengeluarkan pelbagai jenis makanan satu persatu lalu diletakkan dalam bakul merah di depannya.

Antara makanan yang dicuri beberapa coklat jenama terkenal dan makanan jenama biasa.

Video itu hingga kini sudah ditonton lebih 2.8 juta kali dengan pelbagai komen ditinggalkan netizen.



Difahamkan, lokasi kecurian di sebuah pasar raya di Kampung Ciwangi, Bungursari, Jawa Barat.

Pekerja pasar raya dikenali Deris, 28, memberikan keterangan kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu.

Aksi wanita itu mencuri menimbulkan kecurigaan petugas keselamatan.

Dia melihat suspek mengambil banyak coklat, namun ketika suspek ke kaunter bayaran, coklat itu tidak ada dalam bakul berkenaan.


Ketika pihak keselamatan memeriksa wanita itu, dia mengeluarkan semua makanan yang disorok dalam pakaian dalamnya.

Dianggarkan jumlah makanan yang dicuri mencapai jutaan rupiah.

"Kebanyakan coklat yang diambilnya, jika dijumlah sekitar 1.2 juta rupiah (RM347.70)," katanya.

Difahamkan, suspek berusia 47 tahun dari Tasikmalaya, Jawa Barat.

Kes kecurian di pasar raya itu diselesaikan secara baik dengan polis Bungursari.


Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 15-7-2021 01:48 PM
X ada video pun. Gmbr je.
Quote Buritan 15-7-2021 01:50 PM
Nama pekerja kedai tuu sama dgn anak anzalna.. rupe aku tak tau la same ke idak
Quote nakkomenjugak 15-7-2021 03:02 PM
coklat jangan lupa yach
Quote Decaffeinated 15-7-2021 03:38 PM
habis lah cair cokelat.



Quote dani-rox 15-7-2021 03:43 PM

kalau coklat mahal, lambat sikit cairnya
Quote Artemesiaa 15-7-2021 03:43 PM
Curi banyak2 ni nak buat niaga tampa modal kot
Quote edayildiz 15-7-2021 03:50 PM
mana video nk tgk
camna masa nk mencuri xberdebar ke? seumur hidup xpnh mencuri .ada sstgh tu sbb suka2 jer kn mcm thrill gitu..kwn i dlu ank dato..suka curi coklat sbb dia ckp rasa puass lps mencuri

kwn i keja big pharmacy ckp..ada makcik india suka mencuri..dia nampak mcm helok..mcm bekerjaya tp mencuri..hobi kot
Quote Decaffeinated 15-7-2021 03:53 PM
dani-rox replied at 15-7-2021 03:43 PM
kalau coklat mahal, lambat sikit cairnya

gitu.
means kalau nak cepat kena guna yang murah lah ya... noted.



Quote dani-rox 15-7-2021 04:02 PM
Decaffeinated replied at 15-7-2021 03:53 PM
gitu.
means kalau nak cepat kena guna yang murah lah ya... noted.

yalor... the higher cocoa quality, lagi glossy rupa coklat, dan bunyi 'snap' tatkala dipatahkan pun lebih kuat

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.059565 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top