CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gusi Elvina Koyak Langgar Kamera Ketika 'Dikejar Zombi'

5-7-2021 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3190| Komen: 12

Datin Elvina Mohamad mendedahkan dia mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambaran filem pertamanya, Zombitopia.

Pemilik nama Norzalina Mohamad, 26, ini berkata, gusinya terkoyak dan berdarah selepas terlanggar kamera ketika melakonkan babak dikejar zombi.



Kredit foto: imdB/IG Elvina

"Filem aksi dan watak saya pegang adalah zombi. Separuh zombi... separuh manusia. Kalau zombi sepenuhnya, tahu la macam mana nak buat.

"Jadi, watak itu memberi satu cabaran buat saya. Selain itu, filem itu banyak bermain dengan kesan khas CGI, jadi saya kena banyak guna imaginasi sendiri.

"Ada satu babak ini, saya perlu guna imaginsi sendiri kononnya dikejar sesuatu, saya berlari dan terlanggar kamera sehingga menyebabkan gusi koyak dan berdarah," kata Elvina kepada mStar.

Elvina berkongsi perkara itu ketika di sidang media secara maya bagi mempromosikan filem Zombitopia yang bersiaran di saluran penstriman Disney + Hotstar bermula 2 Julai.



Kredit foto: mStar


Selain Elvina, turut terlibat menjayakan filem aksi fiksyen ini ialah Shahiezy Sam Azman Hassan, Bront Palarae dan Sharifah Amani.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Takdir Yang Tertulis ini memberitahu dia juga banyak belajar tentang lakonan apabila bergandingan dengan barisan pelakon berbakat dalam filem tersebut.

"Bila dapat berlakon dengan pelakon yang hebat dan senior dalam industri, saya banyak tengok cara mereka berlakon terutama Shaheizy Sam. Saya banyak bergandingan dengan dia dalam filem itu.

"Sam banyak membantu dan memberi pendapat kalau saya tak faham sesuatu babak itu. Dia sentiasa pastikan saya selesa supaya kami berdua dapat keserasian.

"Dekat set penggambaran, dia minta saya jangan anggap dirinya sebagai Sam tapi Zidik (watak dalam filem tersebut)," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-7-2021 11:03 AM
Ni bukan gosip la bebal!
Kalau gusi luka sebab cikloi ciknek baru boleh dikatakan gosip. Takpun luka sebab bertumbuk dgn orang! Puihhhh puihhh puihh puihhhhhhh puihhhhh puihhhh puihhh dekat repot2 sangkak
Quote slyfynx 5-7-2021 11:24 AM
So, nk kene tgk cite bodo ni ke sbb ko terkoyak gusi?

Aku nk gosip ape ni?
Kalau gusi die koyak sbb kiss dengan laki orang yang pakai braces tu ye la jgk gosip
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 11:29 AM
sia2 gusi koyak untuk filem sampah
Quote otai_g 5-7-2021 11:58 AM
Aaa musim pkp bleh shooting ker?
Quote Mulotkoyak 5-7-2021 11:59 AM
Hollywood xprnh komplain psl ko cedera ke ape... Maleis je merempan ckp sakit sana sini. Ingt citer gempaq ke???  Skali kuar sampah.
Quote bedahmenjuyah 5-7-2021 12:36 PM
Beria benau ko berlakon sampai berdaraherkoyak bagai. Aku tgk benang lg satu, semua pakat kutok filem ni
Quote Ciktiekus 5-7-2021 03:22 PM
Jauhh norzalina dgn elvina
Quote LadyCarefree 5-7-2021 08:30 PM
Datin????????
Quote Boomibulat 5-7-2021 08:46 PM
Sia2 tkoyak gusi utk filem sampah..
Quote gebugebas 7-7-2021 10:18 PM
Ank kwn meols ni kje dgn suami Elvina..laki Bini ni mmg humble Dan xbrkira..Layan pekerja Bawahan Ni Sama Adil je
Quote nordin84 8-7-2021 06:03 AM
Boomibulat replied at 5-7-2021 08:46 PM
Sia2 tkoyak gusi utk filem sampah..

janji payment msk
Quote cheezel 11-7-2021 07:06 AM
lah muda lagi. pembawakan diri nampak matang.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.185316 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top