CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azman Idris Sakit Barah Prostat, Buah Pinggang Kronik

5-7-2021 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4675| Komen: 12

Description: Penderitaan penyanyi era 1980-an dikenali Azman Idris, 61, yang menghidap barah prostat tahap empat sejak 2017 dan penyakit buah pinggang kronik, mendapat perhatian penyanyi, Afee U-topia yang tampil ...
Penderitaan penyanyi era 1980-an dikenali Azman Idris, 61, yang menghidap barah prostat tahap empat sejak 2017 dan penyakit buah pinggang kronik, mendapat perhatian penyanyi, Afee U-topia yang tampil menghulur bantuan.


Afee berkata, dia bersama ahli Majlis Daerah Selayang sudah berkunjung ke kediaman Azman untuk melihat sendiri keadaan kesihatannya yang dikhabarkan sakit, baru-baru ini.

"Sebaik mendapat tahu dia (Azman) sakit , saya segera melakukan lawatan ke rumahnya kerana tempat tinggal kami pun.berdekatan di Selayang.

"Saya dapati keadaannya sekarang agak menyedihkan kerana Azman memang dah tak boleh bergerak dan nak bercakap pun susah. 

"Menerusi bantuan daripada Dana Kita, dapatlah kami berikan sedikit sumbangan bantuan untuk meringankan bebanan keluarganya," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: Harian Metro



Azman yang pernah popular dengan lagu 'Zuraida' itu difahamkan pernah menjalani pembedahan kecil memasang semula tiub di pinggangnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sejak itu keadaan kesihatannya makin merosot.

Sejak lima bulan lalu, dia hanya terbaring di katil sekali gus menyebabkan rawatan kimoterapi dan dialisis yang harus dijalaninya untuk merawat kedua-dua penyakit itu tidak dapat dilakukan.

Sebagai alternatif, doktor memberi ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain di samping menjalankan pemantauan dari rumah Azman dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO), Kasih Hospice Care.

Afee berkata, dia bersama Azlee Senario yang prihatin dengan nasib penyanyi itu termasuk penggiat seni lain akan cuba membantu rakan seangkatan mereka yang kurang bernasib baik. 

"Kami akan bagi bantuan makanan dan apa-apa saja yang boleh membantu mereka seperti zakat, Perkeso dan apa saja keperluan utama diperlukan nanti," katanya. 

Ketika aktif menyanyi dulu, Azman pernah menghasilkan tiga album solo iaitu Zuraida, Dilamun Rindu dan Kembali beserta album berjudul Akan Ku Bahagiakan Hidupmu bersama Kumpulan Angka (Digital). -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 5-7-2021 01:46 PM
Semuga keluarga tabah & sabar menghadapi hari2 yg mendatang...
Quote kiah_mai_pulak 5-7-2021 01:48 PM
moga cepat sembuh
Quote reen8601 5-7-2021 01:57 PM
semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Orangelily 5-7-2021 02:03 PM
Semoga urusannya dipermudahkan
Quote Lydiawie 5-7-2021 02:06 PM
Dah meninggal kan..
Quote bulalof 5-7-2021 02:20 PM
didoakan semoga cepat sembuh & dijauhi derita penyakit.
Quote akuMNdia 5-7-2021 04:15 PM
Penyanyi 80-an, Azman Idris meninggal dunia


Kuala Lumpur: Penyanyi era 1980-an, Azman Idris, 61, yang menghidap barah prostat tahap empat sejak 2017 dan penyakit buah pinggang kronik, disahkan meninggal dunia di rumahnya di sini, pada jam 2.15 pagi, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh penyanyi Afee U-topia dan adik Allahyarham, Shah Amirudin Idris serta beberapa penggiat seni lain menerusi Facebook.

Kesihatan penyanyi lagu Zuraidah ini mula merosot selepas menjalani pembedahan kecil memasang semula tiub di bahagian pinggangnya yang tertanggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 21 Jun lalu.

Isterinya, Madinah Abu Bakar berkata, keadaan Allahyarham Azman terlalu lemah sehingga sukar bercakap dan tidak mampu menelan makanan dan minuman yang disuap.

Ia berbeza ketika dimasukkan ke HKL pada 17 Jun di mana Allahyarham suaminya masih bertenaga, mampu makan dan bercakap seperti biasa.

Terdahulu Harian Metro pada 2017 melaporkan Azman disahkan menghidap kanser prostat tahap empat.

Kesihatannya semakin merosot sejak lima bulan lalu menyebabkan dia hanya terbaring sekal igus menyebabkan proses kimoterapi dan dialisis tidak dapat dijalankan untuk merawat kedua-dua penyakitnya itu.

Sebaliknya, doktor hanya memberi ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain di samping menjalani pemantauan dari rumah dengan bantuan sebuah NGO, Kasih Hospice Care.

Hasil perkahwinan dengan Madinah, Azman dikurniakan enam anak. Allahyarham juga mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu.

Sepanjang kariernya, Azman menghasilkan tiga album solo iaitu Zuraidah, Dilamun Rindu dan Kembali serta album Akan Ku Bahagiakan Hidupmu bersama Kumpulan Angka (Digital).

Bagaimanapun satu-satunya lagu menjulang nama Azman adalah Zuraidah yang pernah bersaing dengan lagu Rindu Bayangan (Carefree) mengungguli rancangan carta lagu popular di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sri Bangkong, Jalan Kuching, hari ini.

Disiarkan pada: Julai 5, 2021 @ 11:23am
Quote ImpianSeroja 5-7-2021 04:50 PM
Semoga Dipermudahkn segala urusan
Quote NekNgah 5-7-2021 04:52 PM
Innalillahi wainnailaihirojiun..

Salaam takziah kepada keluarga..
Quote ImpianSeroja 5-7-2021 10:04 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote espri6006 5-7-2021 11:00 PM
suka lagu zuraida tu selepas Nassier Wahab menyanyi semula. Alfatihah untuk kedua2 penyanyi, Azman dan jga Nassier.
Quote me12345 7-7-2021 01:37 PM
Takziah...tak familiar. Semoga famili tabah dan dimudahkan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.127855 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top