CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Doakan saya juga dapat didik anak2 sebaik ini", Netizen puji cara Ozylnn dan Johan didik anak

5-7-2021 06:58 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7582| Komen: 32

Description: Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang dilakukan oleh pasangan selebriti Johan Rajalawak dan isteri, Ozylnn Wati dalam mendidik anak-anak mereka.


Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah yang dilakukan oleh pasangan selebriti Johan Rajalawak dan isteri, Ozylnn Wati dalam mendidik anak-anak mereka. 

Ozlynn sebelum ini dilihat sering berkongsi aktiviti harian bersama anak-anak mereka di platfom media sosial

Semalam, Ozylnn memuat naik lagi satu video menyaksikan anak-anaknya mengemas rumah selepas menunaikan solat Subuh. 

Sebagai seorang ibu, Ozlynn meluahkan rasa terharu melihat anak-anaknya bangun pagi untuk mengerjakan solat Subuh. Usai solat Subuh, anak-anaknya segera mengagihkan kerja untuk mengemas rumah termasuklah menyapu sampah, membersihkan meja dan memberi makanan kepada haiwan peliharaan mereka.


" Pukul 6.30 pagi Haziq ketuk pintu bilik tanya mama dah bangun ke solat Subuh. Kita pun bagitahu dah, pastu kita tanya dah solat? Dah ngaji? Dia jawab dah mama. Tak sampai 2 minit Abang Sodiq dia ketuk pula. Mama, dah bangun ke? Kita tanya awat? Dia jawab saja nak check. Kita pesan jangan lupa ngaji. 6.45 pagi dia ketuk bilik lagi. Mama rabbit nak bagi makan sayur ke carrot? Kita buka pintu tengok wahh dia dah mandi la.

6.50 kita turun bawah tengok Abang Ariq dengan Haziq tengah kemas rumah. Dia orang duk agih-agih kerja rumah. Sodiq dah sapu luar rumah, dah susun selipar dah bagi kucing makan. Haziq tugas dia lap semua meja dan almari supaya tak berhabuk. Okay la, Alhamdulillah. At least apa yang papa dia nasihat selama ni masuk otak walaupun kadang ke laut.

Papa dia cakap, selagi papa hidup papa akan sentiasa ingatkan sebab tu tanggungjawab papa. Semalam dengan kelmarin dia orang solat Subuh mama kejut. So semalam dia orang kena sekolah dengan papa. Dah ajar banyak kali, alarm jangan letak sebelah telinga, senang nak stopkan. Letak kat pintu bilik, sah-sah kena bangun matikan. Baru tak tidur balik. So malam tadi dia orang tetap kena tidur awal walaupun hari ini Sabtu sebagai pengajaran so no game malam tadi. Senang je nak tau dia orang bangun ke tidak, suruh dia orang ketuk bilik kita setiap seorang. Bila dah bangun mustahil tak solat tak ngaji." katanya.

Tambah Ozylnn lagi, suaminya Johan atau nama sebenarnya Mohd. Yazid Lim bin Mohamad Aziz sering menasihati anak-anak mereka tentang kepentingan menjaga solat dan kebersihan rumah. 

Ozlynn juga menegaskan kepada para ibu bapa supaya jangan "give up" untuk sentiasa mengingatkan anak-anak tentang perkara yang sama seperti solat, jaga kebersihan kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk mengingatkan anak-anak.


" Bila dah mandi mustahil la tidur balik lepas Subuh kan? Kena la cari aktiviti. Macam papa suruh buat kerja rumah, sekurangnya nanti kalau dah duduk sendiri rumah bersih, orang datang nak tumpang solat pun tak malu. Dah kahwin boleh bantu isteri. Budak-budak ni kadang sebulan dua pastu jadi balik malas tu. Tapi kita as parent kena ada sifat tanggungjawab ingatkan.

Jangan lelah, nanti lama-lama semakin meningkat dewasa insyaAllah masuk otak, tugas kita mengingatkan memang sampai dah pegang tongkat. Selagi tak nyanyuk selagi tu la tanggungjawab kita berjalan. Moga anak-anak kita semua menjadi anak-anak soleh dan solehah, bak kata papa dia orang buatlah perkara yang Allah suka dan tinggalkan yang Allah larang, bila hidup diredhai Allah, secara automatik papa mama pun dapat rasa tempias.

Tapi mama masih tengok dia orang tengah berkemas ni. Kita saja nak check la berapa lama bertahan kemas rumah ni. Kadang masuk 2 minggu kita dah mula tanya balik. Eh tak vacum ke pagi tadi. Ni kang ada la tu, bodek tanya boleh ke kalau kita nak main game mama?" katanya lagi.

Ozlynn, 39, berkahwin dengan Johan Raja Lawak, 37, pada 2009 dan mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.


Alhamdulillah, seronok tengok kalau anak-anak senang bangun pagi solat Subuh, rajin baca buku dan rajin kemas rumah. Terbaik! Cara didikan Ozlynn dan Johan terhadap anak-anak mereka wajar dipuji dan dijadikan contoh buat semua.  - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kak.Nah.Bosan 5-7-2021 07:12 AM
Ozlynn, 39, berkahwin dengan Johan Raja Lawak, 37, pada 2009 dan mereka dikurniakan 5 orang anak iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.


wow kerlasttt nama anak2 theyouls. tapi baguslah didik anak2 macam ni...jangan dok bagi gadget je 24 jam..last2 rabun sebab gadget game bukan sebab rajin baca buku
Quote cmf_ctrl 5-7-2021 07:20 AM
kalau nak bandingkan dengan zizan aku lagi minat johan sebab lawak dia memang pure dan menjadi..

tapi tu la, betul kata orang pelawak atau orang yg lawak ni tak sepanjang masa dia lawak.. kalau tegas memang tegas habis
Quote babynina30 5-7-2021 07:29 AM
Edited by babynina30 at 5-7-2021 07:30 AM

Bagos cara dia didik anak

Cuma rumah dia crowded mcm too much stuff.
Mcm dia hoarder pula.
Kdg blkg bwh tangga gantung towel, selambe je dia tyg on IG.

Dia ada bibik kn dlu? Now dh takde?

Jep rumah lawo.
Even si fad bocey pon umah cantik.
Si shuk hauk ponn

I lama tggu dia ni kot ada rumah tgh progress ke apa.
Knowing bags si jozlyn ni kan, hermes , chanel belaka.

Tak sejajar yach rumah sepah dgn bags mahal kau kelek ke sana . Siap selipar pon chanel bagai .

Adekah speti menunggu istana kokdiang nekta?
Tag kaka duda sket @dudaberhias

Rumah tak lawo mcm IG:the.pd.house tu pon takpe.
Tapi biar kemas yach.
Quote sweetgirl 5-7-2021 07:37 AM
Alhamdulillah... harap2 lepas ni mama dorg terbuka hati nak menutup aurat... sayang anak2 dah bagus akhlaknya tu.. kesian kat dorg nanti kalau mama dorg x tutup aurat
Quote awenda507 5-7-2021 07:58 AM
Tang didik ank tu dh bgs tp omak eh mcm rempit sgt
Quote jemahjacjon 5-7-2021 08:05 AM
babynina30 replied at 5-7-2021 07:29 AM
Bagos cara dia didik anak

Cuma rumah dia crowded mcm too much stuff.

Itu la dulu tgok rumah dia macam sepah. Tp yela dah ramai kan dlm satu rumah. Tgok pun mcm rumah teres biasa. Barang2 byk xde tempat dah kot nk sorok. Jadi asal boleh je la.

Toys utk budak2 je dah berlambak. Tgok luar rumah pulak basikal la motor la. Kasut lg. Mmg byk. Kalau nk nmpk kemas agaknya kena pindah rumah lg besar
Quote Cerminputih 5-7-2021 08:13 AM
Bagus cara dia didik anak
Quote Suchi 5-7-2021 08:24 AM
babynina30 replied at 5-7-2021 07:29 AM
Bagos cara dia didik anak

Cuma rumah dia crowded mcm too much stuff.

Kebanyakkan orang yg suka masak dia cuma suka masak je, malah ada yg dah ngaku cuma suka masak je kemas umah semua tak reti/malas.

Jujurin  iols lebih rela hidup ngn orang tak reti/tak suka masak berbanding tak suka kemas/hias rumah ni.
Penting weh umah kemas dan bersih lagi2 hidup di musim pandemik terkurung nih.
Tak kisah umah tu kecik ke umah sewa ke apa kebersihan sebahagian drpd iman dan dan dituntut dalam agama.

Quote babynina30 5-7-2021 08:50 AM
jemahjacjon replied at 5-7-2021 08:05 AM
Itu la dulu tgok rumah dia macam sepah. Tp yela dah ramai kan dlm satu rumah. Tgok pun mcm rumah t ...

Boleh kalau dia kemas nicely. Atau upah org utk kemas. Ada i tgk ig organize ke apa lupa nama. Cantik elok tersusun dia kemas rumah org.

Rumah ozlyn ni 2tgkt intermediate kan. Max 4bilik i rsa.

1 her room
1 for girls
1 for bibik (if ada lg?)
1 stor.

Boys mcm tido kt living room ke?
Or maybe takde stor. Hence all the barang sepah everywhere.

Kesian sbb lakinya mampu sgt kot
Takkan dia takde cite2 nk rumah lawo mcm kwn2 yg lagi muda n takdela femes mana compared to lakinya kan

Kete pon byk n mahal.
Rumah as a shelter benda plg basic kot
Bukan susunan hermes or chanel or piuk mahal dia tu
Quote babynina30 5-7-2021 08:53 AM
Suchi replied at 5-7-2021 08:24 AM
Kebanyakkan orang yg suka masak dia cuma suka masak je, malah ada yg dah ngaku cuma suka masak je  ...

Ooo kira sheols ni suka masak kan.
Cumanya dia menjd diri sendri lah bila selambe tyg rumah gitu.
I kalau nk up ig pon makesure ok takde towel ke ape begntungn kt blkg.
Quote kakakgarang 5-7-2021 09:01 AM
babynina30 replied at 5-7-2021 07:29 AM
Bagos cara dia didik anak

Cuma rumah dia crowded mcm too much stuff.

iolls pun rengsek dgn rumah sepah sheolls...
kalau captioon ig , mcm dia terpaling pembersih.. tapi bila tgk gmba/ video , nan hadohhhh...

tgk dapur sheolls dgn botol kicap, sos semua bersepah.. i wonder dia tade cabinet ke kat rumah.. sbb tmpt masak nampak dapur gas dedulu.. entah la..

maybe sheolls zuhud.. tapi bila dikelek bag hermes chanel rasa mcm tak berapa zuhud. haha
Quote salmon-suki 5-7-2021 09:02 AM
Ai ok jah dgn family nih,cara dorg latih anak2 dorg tu,sgt bagus..ajak solat sekali,mngaji sekali..kalau salah,ditegur..xde nak manja2 kan anak..treat anak2 y dah bsr mcm kawan2..tgk anak2 pn hepi jah..gaduh among siblings tu normal laa kan,tp nti ada y tegur..n reti mtk maaf kalau dah bt salah..suka tgk..semoga semua anak2 jozlyn n johan jd anak2 y solehah dan soleh..{:love
Quote chinta89 5-7-2021 09:03 AM
me tanya je nih, knpa berkiblatkan sgt artis2 dlm mendidik anak... x leh ke jadikan org lain sbg role model...
Quote babynina30 5-7-2021 09:14 AM
kakakgarang replied at 5-7-2021 09:01 AM
iolls pun rengsek dgn rumah sepah sheolls...
kalau captioon ig , mcm dia terpaling pembersih.. ta ...

Oh caption dia salu mcm terpaling bersih ocd etc ke u.

Tak selaras yachh dgn gambarajah
Quote babynina30 5-7-2021 09:15 AM
chinta89 replied at 5-7-2021 09:03 AM
me tanya je nih, knpa berkiblatkan sgt artis2 dlm mendidik anak... x leh ke jadikan org lain sbg rol ...


Dia terpaling rajin puji anak on ig ooo anak tau  ckp menderin. Ooo anak ngaji. Oooo anak ckp erebb. Oooo ank spikinggg.

Ooo anak rajinnn komeh. Nt tlg bini blablablA
Quote kakakgarang 5-7-2021 09:32 AM
babynina30 replied at 5-7-2021 09:14 AM
Oh caption dia salu mcm terpaling bersih ocd etc ke u.

Tak selaras yachh dgn gambarajah

masa sheolls baru2 baik2 dgn cyst rusli.. sheolls sokmo la kata tak suka sepah2, siap marah2 johan n anak2 utk kemas rumah...

cyst kan pembersih gils.. dan dan la masa baru2 baik tu , kemas sikit la rumah sheolls.. kalau tak living hall tu penuh dgn kotak2. iolls perhatikan je.. rasa rimas ye..

skrg kembali balik perangai sheolls tu...
Quote twins 5-7-2021 09:41 AM
Iols  mmg dr dulu suka sangt tengok cara Johan ni didik anak2... memang cara dia cari rezki dengan melawak tapi dengan anak2.. hal2 ugama & didikan dia serius.  Kecik2 lagi dah didik pasal solat & adab.    Iols rasa..kalau Zizan tu dah kawin mgkn dia pun akan ikut cara johan.. dorangkan rapat..  cuma dia masih belum berjodohan jer smpi skrg...
Quote Suchi 5-7-2021 09:48 AM
babynina30 replied at 5-7-2021 08:53 AM
Ooo kira sheols ni suka masak kan.
Cumanya dia menjd diri sendri lah bila selambe tyg rumah gitu ...

Maybe dia jenis yg tak kisah sgt bab rumah tu.
Iols pun tak selesa kalau nak post gambar dlm  umah ada penampakkan sepah2 kt belakang tu walaupun mainan anak.
Lagipun elokla tunjuk yg elok2 je nnt mengundang kecaman kita gak yg sakit hati.
Kita takleh nk kawal netizen or org yg mengecam tapi kita boleh kawal diri kita kan drpd post gambar2 yg boleh mengundang.

Quote nakkomenjugak 5-7-2021 09:51 AM
bagus lerrrr.

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.379995 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top