CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azrinaz Mazhar Runsing Ramai Hilang Punca Pendapatan Tapi Tak Boleh Ambil Risiko

4-7-2021 08:44 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9815| Komen: 49|Original author: Oleh: LilRose

Description: Krisis ekonomi dihadapi golongan terjejas akibat pandemik Covid-19 semakin membimbangkan dan turut mendapat perhatian Azrinaz Mazhar Hakim.
Krisis ekonomi dihadapi golongan terjejas akibat pandemik Covid-19 semakin membimbangkan dan turut mendapat perhatian Azrinaz Mazhar Hakim.


Kredit foto: IG


Menerusi Instagram, bekas personaliti televisyen itu meluahkan kerunsingan di hatinya mengenangkan nasib mereka yang hilang punca pendapatan hingga tidak dapat membayar duit rumah, pinjaman bank dan lain-lain.

"Hati saya remuk bila melihat ada ibu bapa yang tak cukup duit nak beli susu untuk anak kecil," tulisnya.


Kredit foto: IG

Katanya dia mahu membantu, namun tidak boleh mengambil risiko dengan keluar rumah kerana memiliki anak kecil.


"Justeru, pada mereka yang betul-betul memerlukan bantuan, sila komen di bawah atau DM saya beserta dengan nombor akaun bank anda. 

"Saya cuba untuk menghulurkan bantuan dengan kemampuan saya," ujarnya.



Kredit foto: IG

Dalam pada itu, Azrinaz berharap bantuannya yang tidak seberapa itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka yang memerlukan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 4-7-2021 08:57 PM
Alhamdulillah.  You go ma'am!
Quote ImpianSeroja 4-7-2021 10:27 PM
Alhamdulillah..berilah bantuan kepada mereka yang memerlukan
Quote EJALTI 4-7-2021 10:33 PM
TQ!........
Quote None68 4-7-2021 11:02 PM
Harap2 nanti Sultan Brunei boleh berderma sekali.
Quote LadyCarefree 4-7-2021 11:30 PM
Oh bagus dia ni groceries pon marhaen saja. Humble betul walau duit bagai gunung.
Quote dudaberhias 4-7-2021 11:44 PM
alhamdulilah moga murah rezeki dia dan dapat bantu ramai lagi...
betul la makanan dan barang rumah ramai dah bagi di luar sana... sekarang ni tengok ramai terjejas dari segi sewa rumah etc... kesian pulak tengok... nak tolong tapi ada yang ribu riban sorang mengalahkan diri sendiri punya... semoga di permudahkan urusan mereka...
Quote Cece1234 5-7-2021 12:49 AM
Rajinnya dia nak kemas sndiri..kalo i kaya cm dia i suro bibik jer susun ikut size and colour..hihi..
Quote nakkomenjugak 5-7-2021 01:48 AM
seronoknya jadik dia... iols suka kitchen penuh makanan
Quote iena_jr 5-7-2021 02:52 AM
Cece1234 replied at 5-7-2021 12:49 AM
Rajinnya dia nak kemas sndiri..kalo i kaya cm dia i suro bibik jer susun ikut size and colour..hihi. ...

Xde maid ke dia?
Quote edayildiz 5-7-2021 02:56 AM
bestnya kaya..tp kan i selalu terfikir kalau i kaya..i akan jd baik xmcm dorg ni suka bantu bantu org .sbb i xkaya lg pun i  jnis mcm dingin jer i rasa bila bab nk menderma
Quote dejure 5-7-2021 07:21 AM
Cece1234 replied at 5-7-2021 12:49 AM
Rajinnya dia nak kemas sndiri..kalo i kaya cm dia i suro bibik jer susun ikut size and colour..hihi. ...

Cayalah sangat dia yg kemas tu..kemas nya cuma letak satu botol aje tp sembangnya mcm dia sorang yg buat..xde maknanya dia yg kemas kalau dh bibik smp 3 ke 4 orang apa jadahnya dia nak kemas.bg arahan je lah
Quote lofar11 5-7-2021 09:00 AM
edayildiz replied at 5-7-2021 02:56 AM
bestnya kaya..tp kan i selalu terfikir kalau i kaya..i akan jd baik xmcm dorg ni suka bantu bantu or ...

derma punya, sbb org kaya ni percaya klau dia tak memberi dia akan jatuh miskin, so bila dorg byk duit mmg dia agih2 kan mcm penSucian gitu
Quote airisa 5-7-2021 10:33 AM

nanny anak dia je dah 4 org ..
belum masuk driver lagi

Quote edayildiz 5-7-2021 11:41 AM
lofar11 replied at 5-7-2021 09:00 AM
derma punya, sbb org kaya ni percaya klau dia tak memberi dia akan jatuh miskin, so bila dorg byk  ...

oh yeke..i ingt makin kaya makin kedek
Quote edayildiz 5-7-2021 11:42 AM
airisa replied at 5-7-2021 10:33 AM
nanny anak dia je dah 4 org ..
belum masuk driver lagi

bestnya ..kalau hidup dia stress lg xtau la nk ckp
Quote dejure 5-7-2021 12:03 PM
Edited by dejure at 5-7-2021 02:52 PM
edayildiz replied at 5-7-2021 11:42 AM
bestnya ..kalau hidup dia stress lg xtau la nk ckp


Ex Permaisuri Brunei kann..xkanlah Sultan xde bg duit nafkah..mau juta2 sebulan dia dapat dari Sultan brunei.no wonderlah laki skg x keja pon no hal.duit x habis makan.ni baru betul duit berkepok2, bukan mcm diba aa tu
Quote juruterra 5-7-2021 12:03 PM
edayildiz replied at 5-7-2021 11:42 AM
bestnya ..kalau hidup dia stress lg xtau la nk ckp

stress juga sbb xleh travel keliling dunia skrg

Quote nirman 5-7-2021 12:29 PM
So kalau stress u show off ur pantry for what? Ramai kat luar have nothing. Ur pantry macam kedai. Kalau betul prihatin tak payah show off la just do the charity.
Quote sitisitu25 5-7-2021 12:34 PM
cakap jela nk tlg tp x mampu

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.097435 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top