CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selesa Tinggal Beramai-Ramai-Niena Baharun Tinggalkan Kondo Mewah, Nak Duduk Dengan Mentua

4-7-2021 03:03 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 10774| Komen: 52|Original author: Oleh: Saiful

Description: Biasanya wanita yang dah kahwin tak mahu tinggal dengan ibu bapa, apatah lagi dengan mentua.
Biasanya wanita yang dah kahwin tak mahu tinggal dengan ibu bapa, apatah lagi dengan mentua.

Namun lain dengan Niena Baharun sebab dia lebih selesa tinggal dengan mentua selepas berkahwin pada 2018.


Kata pelakon ini, walapun ada kondo mewah tapi hidup dengan mentua lebih menggembirakan.


Foto: IG

"Selepas kahwin saya tinggal di rumah mentua, kebetulan masa tu tengah tunggu rumah sendiri selesai proses renovasi.

"Dalam masa sama juga saya pregnant anak pertama. Maka kami pun tinggal la di rumah in law sampai selesai proses bersalin anak pertama pada Oktober 2019.

"Tapi sebenarnya rumah kami dengan mentua tak jauh pun, jarak sekitar 5 kilometer je. Tu pun kadang-kadang kami on off balik sana," ujarnya kepada mStar.




Tambah Niena, dia mengjormati permintaan mentianya yang risau tentang perkembangan anak-anaknya.

"So masa anak pertama berumur empat ke lima bulan pada tahun 2019 kami pindah rumah ke sendiri. Nak jadi kan cerita, tiba-tiba Covid-19 muncul sekitar awal tahun 202 maka kami ambil keputusan untuk kembali tinggal bersama mentua.

"Mereka ajak duduk sekali, memudahkan sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Sebab masa tu sudah ada ura-ura nak PKP, tak tahu lagi situasi tu macam mana."


Foto: VIA MSTAR

Niena juga tinggal bersama mentua untuk mengelakkan daripada tekanan.

"Rumah kami jenis kondo manakala rumah mentua adalah landed house. Faham je la apabila duduk rumah bertingkat tinggi ni rasa macam terkurung sikit tambahan pula ada anak yang tengah nak membesar ni.

"Rasa kasihan dekat anak-anak sebab tak boleh bebas sangat. Kalau duduk rumah landed sekurang-kurangnya mereka boleh buat macam-macam aktiviti dan kenal dunia luar. Tak ada la sampai stress.




"Apabila dah terbiasa duduk ramai-ramai, kemudian pindah duduk empat beranak je bosan la juga."

Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi berkahwin pada 1 Februari 2018.


Mereka dikurniakan dua orang anak, Adiel Mikael, 3, dan Alyssa Marissa, 2. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluebutter 4-7-2021 03:14 PM
Lawa dia ni.

Husna kan dia ni.
Rezeki dpt orang kaya.
Quote nakkomenjugak 4-7-2021 03:56 PM
Haihhhhh moga yang Ilahi kurniakan aku rupa yang lawa so iols boleh dapat jerung emas. Aamiiinnnnn.
Quote Kurex 4-7-2021 04:14 PM
Tunggu ada cerita jadi hamba abdi dekat rumah mertua, baru boleh gosip. Ngok punya sepol semua cerita nak dijadikan gosip. Makin sampah!
Quote Lengkong 4-7-2021 04:22 PM
Kaya nya

Quote makcun14 4-7-2021 04:25 PM
Ye la jahh. In laws kaya raya konfem ada pasukan bibik ken..  So anak kecik hulur je la kat bibik yach. Boleh la sembang.

Cuba kalau marhaen, tak menang tangan nak layan kan in laws,  layan anak kecik lagiik.
Quote Suchi 4-7-2021 04:26 PM
Ermmmm hat ni suka duk dengan mertua maybe ada hamba sahaya di rumah mertua dia kot.

Kalu umah takde ipar duai ok la jugak takde la kepala asik berbungkus jaa
Quote nazzse 4-7-2021 04:26 PM
Beranak 2 pun elok lagi penampilan dia. Pandai bersiap utk suami
Quote Nana_Man 4-7-2021 04:36 PM
Untung lah jd cantik dah kaya. Senang hidup.
Quote Bihungoreng 4-7-2021 04:52 PM
Huk aloh.. aku kalu rumah mertua besar gini pon aku suka.. nak bertemu mata dgn mertua pon payah sehari okaylah.. pastu bibik ada.. huk aloh mung ni itu pon nak kecoh.. ingat duk sekondo ramai2 hahahahaha
Quote Piramida 4-7-2021 04:55 PM
Rumah mertua pun besar..  selesa..   takde lah prob... luas pun iya. Beruntung..
Cuba kalau duduk rumah 2.. 3 bilik.. letihlaa hadap kerenah. ..lagi2 zaman pkp.
Quote bluebutter 4-7-2021 05:08 PM
@KIM.K alaaa apa u deleted tu.

U selalu delete delete. Huhu.
Btw husna ni kat mata I dia lawalah. Lawa melayu cam kaka faz.
Quote doubleA 4-7-2021 05:21 PM
Kaya takpa sis, rumah besar, bibik, mak ada tolong tengok anak kalau ko nak me-time ke mandi ke. Banyak orang boleh tolong tengok anak. Privacy? Kalau dah rumah besar, bilik pun selesa privacy dah tu, untung hidup
Quote Cece1234 4-7-2021 05:34 PM
Kalo rumah besar xpela dok beramai2 pun..
Quote KucingBiru 4-7-2021 06:14 PM
Rumah besar, ada bibik siap, boleh ke nak samakan laki bini dok dgn mertua kat rumah teres setingkat 1000sqft.

Tyaripin dgn laki dia pun dok serumah dgn ctdk, lek je
Quote naina 4-7-2021 06:20 PM
Rumah mertua besar,selesa semua ada, takyah susah fikir nak masak apa celik mata pagi. Anak bibik atau mertua boleh jagakan. Haihhh. Manyak syok r. Aku kadang2 balik kampung jugak kalau dah stress letih dengan rumah sendiri. Kat kampung aku takyah susah masak. Bapak aku beli je. Mak aku xsuka masak lauk.
Quote tikusmontok 4-7-2021 06:34 PM
Senang ada hamba sahaya kot
Quote imanjannah 4-7-2021 06:46 PM
mna2 je la dik, asalkan uols bahagia..
Quote ImpianSeroja 4-7-2021 06:55 PM
Cantik dia nie..ank 2 pun masih cantik
Quote samshik 4-7-2021 08:04 PM
Laki she olls pun dato kan?? So apo dehal

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061490 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top