CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Relevan Setakat Kurung Rakyat - TMJ

4-7-2021 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4311| Komen: 29

Description: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan kerajaan dalam melawan pandemik Covid-19 ketika ini dikaji semula.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu Prosedur Operasi Standard (SOP) yang digunakan kerajaan dalam melawan pandemik Covid-19 ketika ini dikaji semula.

Baginda bertitah, hal demikian kerana tindakan ‘mengurung’ rakyat seperti yang dilaksanakan ketika ini sudah tidak relevan lagi.



Kredit foto: IG TMJ

“Rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan dan saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk. Di samping itu, masalah sosioekonomi juga timbul akibat situasi ini yang berpanjangan.

“Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” titah baginda dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Tunku Ismail bertitah demikian ketika menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Tunku Ismail turut bertitah agar kerajaan negeri mempercepatkan lagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif melawan pandemik Covid-19 yang kini dilihat dalam keadaan yang kritikal.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 4-7-2021 09:15 PM
betul tu. selangor dah 2 bulan kene kurung. sedangkan bekas2 pesakit covid aman2 kehulu kehilir seolah baru lepas demam biasa saja.

gila ke apa.
Quote insulin 4-7-2021 09:31 PM
Apa solution lain yang berkesan selain berkurung dan suntikan vaksin?
Quote Cik_jantung 4-7-2021 09:34 PM
semua option ada pro n cons. memang tak mudah.  
Quote Orix 4-7-2021 09:42 PM
Habistuuu SOP yg mudah spt pakai face mask dan jaga jarak pun susah nk ikut mcm mana kitorg ni tak kena kurung ???? Cer tepek gmbar2 dia tak pkai face mask n bersalam2 waktu pandemik tahun ni ?? Kecoh lebih. Sendiri x tnjuk cth yg baik.
Quote makadek 4-7-2021 09:46 PM
Dahlaaa lepas la kiteorg
Ko pn bkn ada kuasa pn suh diorg ttp kilang
Quote jas7512 4-7-2021 09:51 PM
So apa yg relevan tmj....jgnlah kritik saja..bg alternatif juga...
Quote haruslah 4-7-2021 10:02 PM
Orix replied at 4-7-2021 09:42 PM
Habistuuu SOP yg mudah spt pakai face mask dan jaga jarak pun susah nk ikut mcm mana kitorg ni tak k ...

Nanti ade org ketuk pintu...hahaha
Kita lain, dia lain
Quote haruslah 4-7-2021 10:02 PM
Mesti kena letak bangsa J kan....
Quote naina 4-7-2021 10:07 PM
Habis tu apa yang relevan.
Bising jela dia ni
Kalau tak tutup kes lagi banyak
Ada vaksin pon tak berkesan
Quote aderaderker 4-7-2021 10:20 PM
Awak tu ikut sop tak,  mask pun banyak kali tak pakai kat public.

Awak = pakcik sebelah rumah aku ni ha...
Quote pu3_rania 4-7-2021 10:22 PM
Edited by pu3_rania at 4-7-2021 10:23 PM
Orix replied at 4-7-2021 09:42 PM
Habistuuu SOP yg mudah spt pakai face mask dan jaga jarak pun susah nk ikut mcm mana kitorg ni tak k ...


Itu lar pasal
Dia ni kalau nak rakyat jelata hormat kena lah Actions Speak Louder Than Words
Jangan asyik nak tangkap rakyat marhaen yang bersuara demi kebenaran
Ada aje golongan Di Raja yang teruk kena hentam tapi tak adalah sampai tahap bagi arahan tangkap rakyat marhean yang menyuarakan kebenaran
Quote MissYouSayang 4-7-2021 10:30 PM
Topui nk limelight jer tu
Quote LadyCarefree 4-7-2021 11:31 PM
Orix: Habistuuu SOP yg mudah spt pakai face mask dan jaga jarak pun susah nk ikut mcm mana kitorg ni tak kena kurung ???? Cer tepek gmbar2 dia tak pkai face ...


Siap buat majlis tanpa hiraukan sop. Xdok siapa berani buat repot.
Quote asma87 4-7-2021 11:35 PM
Covid takut dgn geng kayangan ni...
Quote suzycutegal 5-7-2021 01:07 AM
haruslah: Mesti kena letak bangsa J kan....
terfikir juga. Kalau ada rakyat dari negeri lain yang bekerja kat negeri tu, dikira sebagai bangsa J ke tak? Sebab titah dia utk bangsa J je … i terfikir je. Tak marah, tak dengki n x menyampah pun dgn bangsa J …
Quote Babai 5-7-2021 01:23 AM
LadyCarefree replied at 4-7-2021 11:31 PM
Siap buat majlis tanpa hiraukan sop. Xdok siapa berani buat repot.

kan. Lepas tu lagi mau sembang kencang.
Quote Babai 5-7-2021 01:28 AM
aderaderker replied at 4-7-2021 10:20 PM
Awak tu ikut sop tak,  mask pun banyak kali tak pakai kat public.

Awak = pakcik sebelah rumah ak ...

Hahahahahahaha
Quote Babai 5-7-2021 01:28 AM
naina replied at 4-7-2021 10:07 PM
Habis tu apa yang relevan.
Bising jela dia ni
Kalau tak tutup kes lagi banyak

Hahahahahaha
Quote Babai 5-7-2021 01:29 AM
Orix replied at 4-7-2021 09:42 PM
Habistuuu SOP yg mudah spt pakai face mask dan jaga jarak pun susah nk ikut mcm mana kitorg ni tak k ...

Betul cakap kau tu.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.355731 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top