CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

TokTi Cari Kanak-Kanak Dari 1,500 Keluarga Susah

4-7-2021 09:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3307| Komen: 18

Description: Tidak mahu berdiam diri, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Ahad melaksanakan Bantuan Prihatin 2021 bagi membantu 1,500 keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19.
Tidak mahu berdiam diri, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Ahad melaksanakan Bantuan Prihatin 2021 bagi membantu 1,500 keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19.

Siti yang juga pengasas Yayasan Nurjiwa berkata, program ini menyasarkan golongan kanak-kanak daripada keluarga yang memerlukan di seluruh Selangor dan di Kuala Lumpur.



Kredit foto: IG Siti Nurhaliza

“Bantuan ini memfokuskan kepada barangan keperluan kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah dan boleh dimohon oleh keluarga di Selangor dan di Kuala Lumpur.

“Kami akan usahakan secara berperingkat dan menyasarkan 1,500 keluarga yang terjejas akibat pandemik sewaktu Perintah Kawalam Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini, ” ujarnya.

Penyanyi berusia 42 tahun ini juga mengalu-alukan lebih ramai individu, syarikat dan NGO untuk menyertai usaha ini sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin.


Program bantuan ini turut disertai oleh syarikat Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn.Bhd, Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn.Bhd.

"Saya juga berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan ini, '' katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini menzahirkan ucapan terima kasih di atas kesudian syarikat yang menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin bagi program bantuan tersebut.



Malah, beliau terharu melihat sikap prihatin pelbagai pihak yang berusaha dan tidak henti menyalurkan bantuan kepada golongan dalam kesusahan.

"Sejak pandemik melanda negara hingga ke hari ini, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti dan saya terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh rakyat.

"Hari ini kita terus kuat bersatu dan menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya," ujar Siti.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasubungaa 4-7-2021 09:38 PM
Bagusla Alhamdulliah
Quote kiah_mai_pulak 4-7-2021 09:40 PM
bagus lah.. harap yg betul2 berhak dpt bantuan spt ni
Quote Tinot7 4-7-2021 09:41 PM
Muka filter tokti mmg sangat comey
Quote Kurex 4-7-2021 09:56 PM
"Tidak mahu berdiam diri, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Ahad melaksanakan Bantuan Prihatin 2021 bagi membantu 1,500 keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19.".

Apa punya ayat pada Ahad. Awal2 artikel pun tergantung
Quote KIM.K 4-7-2021 09:56 PM
Golongan artis senang buat kebajikan skrg. Cari geng taikun yg nak cuci duit. Mmg dibolehkan
Quote aderaderker 4-7-2021 10:13 PM
Bagus Tok Ti,  mana yg boleh dibantu,  bantu la.

Rezeki awak tu dah lebih dari cukup kan.

Quote nakkomenjugak 5-7-2021 01:40 AM
Bagus lerrrr
Quote AmandaRollins 5-7-2021 02:29 AM
Pakai kasut dlm rumah?ok
Quote Heydidle 5-7-2021 02:52 AM
AmandaRollins replied at 5-7-2021 02:29 AM
Pakai kasut dlm rumah?ok

bersih u. Khas utk dlm rumah je
Quote tikusmontok 5-7-2021 07:25 AM
Mana boleh tak mencapub, nak jugak
Quote awenda507 5-7-2021 08:45 AM
Alhamdulillah. .moga2 dpt bantu mereka yg memerlukan
Quote AmandaRollins 5-7-2021 10:46 AM
Heydidle replied at 5-7-2021 02:52 AM
bersih u. Khas utk dlm rumah je

Hehehe..yela iolspun husnuzon je...
Quote asimilasi 5-7-2021 12:27 PM
dalam bab ni tokti mmg bagus.. sheols mmg suka bantu orang susah kan...
Quote sleepandream 5-7-2021 02:46 PM
mek iti jual satu ja beskal dah tcapai target tu mek iti
Quote guesswho09 5-7-2021 02:51 PM
AmandaRollins replied at 5-7-2021 02:29 AM
Pakai kasut dlm rumah?ok

Laaa tak penah tgk org pakai kasut dlm rmh ka?
perkara biasa je tu dik
Quote AmandaRollins 5-7-2021 04:32 PM
Edited by AmandaRollins at 6-7-2021 05:05 AM
guesswho09 replied at 5-7-2021 02:51 PM
Laaa tak penah tgk org pakai kasut dlm rmh ka?
perkara biasa je tu dik


Org asia mostly xpakai kasut dalam rumah...lagi2 muslim....ye sy tak pernah tgk org yg sy sebut di atas pakai kasut dalam rumah..mat saleh lain citer la...kasut kotor pun bwk masuk rumah...sy noob dan katak di bawah tempurung...maafkanlah
Quote ImpianSeroja 5-7-2021 04:49 PM
Alhamdulillah   
Quote my_irina 5-7-2021 07:06 PM
Seimbas lalu baca mcm TikTok....ok TokTi tahniah alhamdulilah teruskan niat n amalan yg baik ini

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.064401 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top