Personaliti televisyen, Fedtri Yahya berkongsi sebuah kisah mengenai seorang wanita dipercayai menjalin hubungan songsang dengan anak angkatnya. Menurut Fedtri, dia mengetahui kisah tersebut apabila salah seorang anak lelaki kepada wanita itu menceritakan kepadanya.
Jelas lelaki berkenaan, anak angkat ibunya itu sering berkunjung ke rumah mereka sehingga satu tahap terus menetap bersama. Tambahnya, kehadiran perempuan itu sedikit sebanyak menganggu kehidupan mereka sekeluarga. Ujar lelaki itu lagi, ibunya sering memuat naik status di Whatsapp mengenai barang yang diberi oleh perempuan tersebut. Lebih geram, bilik tidurnya turut dijadikan sebagai bilik tidur perempuan tersebut. Pernah suatu masa, perempuan tersebut mendesak ibunya supaya membeli rumah yang lebih besar. Ini kerana, perempuan tersebut mahu bilik sendiri.
Makin teruk, ibunya sanggup bergaduh dengan nenek dan adik beradik yang lain disebabkan perempuan itu. Sebagai anak, lelaki ini hanya mampu berdoa dan terpaksa menjauhkan diri buat sementara waktu untuk tempoh bertenang. Sumber: OhBulan
|
otai_g replied at 29-6-2021 11:37 AM
Kes lesbo tua ke apa ni?
Redskin replied at 29-6-2021 11:52 AM
Cat dinding ke cat pintu ?
Redskin replied at 29-6-2021 11:52 AM
Cat dinding ke cat pintu ?
ADVERTISEMENT