CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cuba nak rasa sakit bersalin, baru sikit lelaki ini dah meraung-raung. Isterinya gelak je

30-6-2021 04:04 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8587| Komen: 27

Description: Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti akan melalui fasa mengandung dan melahirkan anak jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.



Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti akan melalui fasa mengandung dan melahirkan anak jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Apabila disahkan mengandung, pasti bakal ibu bapa akan merasa teruja namun melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap wanita yang bergelar ibu sudah tentu tidak dapat melupakan pengalaman kontraksi ketika waktu nak bersalin, lebih-lebih lagi jika ia adalah pengalaman pertama.

Sudah tentu tiada seorang lelaki pun yang tahu akan sakit dan peritnya hendak mengeluarkan satu nyawa. Namun di zaman serba moden kini, telah wujudnya satu alat merupakan simulator bagi memberi peluang untuk sesiapa sahaja termasuk lelaki bagi merasai pengalaman hendak melahirkan seorang bayi.

Berkongsi pengalaman pertama kali mencuba alat tersebut, Muhsin Yusni yang merupakan seorang YouTuber memuat naik video di Youtube dan juga TikTok isterinya ketika proses merasai kontraksi.

AMARAN : Anda digalakkan menggunakan earphone.

Ketika proses "hendak bersalin" itu, Muhsin mula menjerit kesakitan walaupun menurut isterinya rasa sakit yang dirasai oleh suaminya itu baru sekejap sahaja. 

Sedangkan, realitinya seorang wanita yang hendak bersalin akan merasai kontraksi yang berbeza-beza mungkin sehingga berjam-jam lamanya.

Melihat suaminya itu terus meraung kesakitan, isteri Muhsin hanya tergelak sahaja kerana menganggap keadaan itu menghiburkan. 

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut terhibur dan merasa teruja untuk memiliki alat simulator tersebut.


Bagus juga ada alat ini, sekurang-kurangnya kaum lelaki yang telah mencuba sendiri akan tahu macam mana perasaan seorang wanita ketika bertarung nyawa meneran dan menahan kesakitan hendak bersalin.


Jadi dengan pengalaman yang sangat menakjubkan itu, kaum lelaki akan lebih menghargai pengorbanan besar seorang yang bergelar wanita, isteri dan juga ibu. 

Memang “salute” dekat kaum wanita, anda semua memang sangat kuat dah tabah! - CARI



1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mayaBB 30-6-2021 04:44 AM

adoi kita yang tak kahwin lagi ni pulak yg rasa seram dengar jerit2 camtu
Quote mijot 30-6-2021 06:22 AM
nak2 kalau yg kena induce tu, lg sakit...
Quote I.K.A888990 30-6-2021 06:42 AM
elok la laki2 yg bergelar suami cuba ni rasa sikit perit nak lahirkan anak
Quote kuzaime 30-6-2021 07:01 AM
mijot replied at 30-6-2021 06:22 AM
nak2 kalau yg kena induce tu, lg sakit...

Ada 1 movie tamil yg aku tengok dulu, bininya dekat2 sampai hari nak beranak, pergilah ke kuil, doa mintak masa dia beranak nnti biar SEMUA sakit tu pindah ke lakinya. Masa hari dia nak beranak, kat labour room tu dia bantai terkekek2 gelak sampai ke mengilai macam kena geletek, doc n nurse pun naik seram + pelik. Tapi kat luar bilik laki dia pulak tengah mengongoi menjerit2 macam kena rasuk

Quote BungaTepiMeja 30-6-2021 07:24 AM
Lawak pulak rasa baca amaran suruh pakai earphone. Dah tengok video baru perasan kenapa suruh pakai. Semacam sangat bunyi
Quote merrissa 30-6-2021 08:06 AM
eh dh kahwin dah budak ni...

dulu selalu juga buka youtube dia dengar dia berceloteh sana sini...

now, dah nak bersalin dah pon
Quote CatMiow 30-6-2021 08:25 AM
merrissa: eh dh kahwin dah budak ni...dulu selalu juga buka youtube dia dengar dia berceloteh sana sini...now, dah nak bersalin dah pon


Rasanya aisyah ni tak ngandung lagi.
Quote nakkomenjugak 30-6-2021 08:57 AM
hahah nasib simulator nokkkk. Kalau jadik macam cerita girl from nowhere yang part mamat mengandung tu, lagi haruuuu
Quote husna_amal 30-6-2021 11:24 AM
susah nak tahan gelak tengok simulasi lelaki sakit mengandung ni.
Quote violetungu 30-6-2021 11:45 AM
Macam aku asal pregnan je mesti laki aku yg alahan..mula2 ingat saja2 buat tp tiap kali pregnen mcm2 alahan ke dia.
Quote Abahmung 30-6-2021 11:54 AM
masuk dah sedappkan..nak keluar mestilah bersakit-sakitan
Quote lavendernovella 30-6-2021 01:00 PM
Sesuai jadi hukuman untuk jenayah ringan.
Quote Megikari 30-6-2021 02:00 PM
Aku bersalin kena induced. Doc warning siap2 sakit dia tu double dari bersalin normal. Dah sedut etonox pun masih sakit namatey sampai aku x sengaja terjerit la jugak time contraction tu. Ada nurse ni muda lagi, mcm baru lepas keluar nursing college. Siap sound aku suh jangan jerit2 dengan muka dia mcm annoyed. Aku rasa mcm nak lempar je tong etonox tu kat dia. Siap doa dlm hati kalau tiba turn dia bersalin kang semoga dia menjerit meraung sampai terberak2 kat atas labour bed tu. Huhhh
Quote lurve82 30-6-2021 02:58 PM
Xnak tgk video tu…aku nk bersalin bln 10 ni….neves nk rasa contraction…doc suh czer sbb nk potong terus…tp nk normal lah…takut plak czer ni…
Quote jiwarasa 30-6-2021 03:14 PM
lavendernovella replied at 30-6-2021 01:00 PM
Sesuai jadi hukuman untuk jenayah ringan.

Good idea.. Mesti serik punya dan terus teringat macam mana susahnya mak dia nak beranak kan dia
Quote jiwarasa 30-6-2021 03:16 PM
Megikari replied at 30-6-2021 02:00 PM
Aku bersalin kena induced. Doc warning siap2 sakit dia tu double dari bersalin normal. Dah sedut eto ...

Apasal celaka sgt nurse tu. Ingat terjerit suka2 ke.. Itu la sebab laki tak beranak..kalau lelaki kena sound macam ni silap2 tengah kontraksi pun boleh bangun lempang kihkih
Quote ais_kosong 30-6-2021 03:17 PM
Suami patut kena try benda ni.
Baru tau susahnya si isteri. Tengah mengandung lain penat. Lepas beranak next level punya penat.
Quote NekNgah 30-6-2021 03:18 PM
Itu baru contraction.  Belum lagi bukaan di bawah tu.
Quote lavendernovella 30-6-2021 03:36 PM
jiwarasa replied at 30-6-2021 03:14 PM
Good idea.. Mesti serik punya dan terus teringat macam mana susahnya mak dia nak beranak kan dia


Denda bayar gak disertakan hukuman ini kan. Lagi2 mat2 rempit dan kesalahan jalanraya ringan, orang yang buang sampah merata dll yang sesuai mcm kes suami curang.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051558 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top