View: 7178|Reply: 27
|
Cuba nak rasa sakit bersalin, baru sikit lelaki ini dah meraung-raung. Isterinya
[Copy link]
|
|
Setiap wanita yang sudah berkahwin pasti akan melalui fasa mengandung dan melahirkan anak jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Apabila disahkan mengandung, pasti bakal ibu bapa akan merasa teruja namun melahirkan anak bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap wanita yang bergelar ibu sudah tentu tidak dapat melupakan pengalaman kontraksi ketika waktu nak bersalin, lebih-lebih lagi jika ia adalah pengalaman pertama.
Sudah tentu tiada seorang lelaki pun yang tahu akan sakit dan peritnya hendak mengeluarkan satu nyawa. Namun di zaman serba moden kini, telah wujudnya satu alat merupakan simulator bagi memberi peluang untuk sesiapa sahaja termasuk lelaki bagi merasai pengalaman hendak melahirkan seorang bayi.
Berkongsi pengalaman pertama kali mencuba alat tersebut, Muhsin Yusni yang merupakan seorang YouTuber memuat naik video di Youtube dan juga TikTok isterinya ketika proses merasai kontraksi.
AMARAN : Anda digalakkan menggunakan earphone.
Ketika proses "hendak bersalin" itu, Muhsin mula menjerit kesakitan walaupun menurut isterinya rasa sakit yang dirasai oleh suaminya itu baru sekejap sahaja.
Sedangkan, realitinya seorang wanita yang hendak bersalin akan merasai kontraksi yang berbeza-beza mungkin sehingga berjam-jam lamanya.
Melihat suaminya itu terus meraung kesakitan, isteri Muhsin hanya tergelak sahaja kerana menganggap keadaan itu menghiburkan.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen turut terhibur dan merasa teruja untuk memiliki alat simulator tersebut.
Bagus juga ada alat ini, sekurang-kurangnya kaum lelaki yang telah mencuba sendiri akan tahu macam mana perasaan seorang wanita ketika bertarung nyawa meneran dan menahan kesakitan hendak bersalin.
Jadi dengan pengalaman yang sangat menakjubkan itu, kaum lelaki akan lebih menghargai pengorbanan besar seorang yang bergelar wanita, isteri dan juga ibu.
Memang “salute” dekat kaum wanita, anda semua memang sangat kuat dah tabah! - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adoi kita yang tak kahwin lagi ni pulak yg rasa seram dengar jerit2 camtu |
|
|
|
|
|
|
|
nak2 kalau yg kena induce tu, lg sakit... |
|
|
|
|
|
|
|
elok la laki2 yg bergelar suami cuba ni rasa sikit perit nak lahirkan anak |
|
|
|
|
|
|
|
mijot replied at 30-6-2021 06:22 AM
nak2 kalau yg kena induce tu, lg sakit...
Ada 1 movie tamil yg aku tengok dulu, bininya dekat2 sampai hari nak beranak, pergilah ke kuil, doa mintak masa dia beranak nnti biar SEMUA sakit tu pindah ke lakinya. Masa hari dia nak beranak, kat labour room tu dia bantai terkekek2 gelak sampai ke mengilai macam kena geletek, doc n nurse pun naik seram + pelik. Tapi kat luar bilik laki dia pulak tengah mengongoi menjerit2 macam kena rasuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Lawak pulak rasa baca amaran suruh pakai earphone. Dah tengok video baru perasan kenapa suruh pakai. Semacam sangat bunyi |
|
|
|
|
|
|
|
eh dh kahwin dah budak ni...
dulu selalu juga buka youtube dia dengar dia berceloteh sana sini...
now, dah nak bersalin dah pon |
|
|
|
|
|
|
|
merrissa: eh dh kahwin dah budak ni...dulu selalu juga buka youtube dia dengar dia berceloteh sana sini...now, dah nak bersalin dah pon
Rasanya aisyah ni tak ngandung lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
hahah nasib simulator nokkkk. Kalau jadik macam cerita girl from nowhere yang part mamat mengandung tu, lagi haruuuu |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak tahan gelak tengok simulasi lelaki sakit mengandung ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam aku asal pregnan je mesti laki aku yg alahan..mula2 ingat saja2 buat tp tiap kali pregnen mcm2 alahan ke dia. |
|
|
|
|
|
|
|
masuk dah sedappkan..nak keluar mestilah bersakit-sakitan |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai jadi hukuman untuk jenayah ringan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bersalin kena induced. Doc warning siap2 sakit dia tu double dari bersalin normal. Dah sedut etonox pun masih sakit namatey sampai aku x sengaja terjerit la jugak time contraction tu. Ada nurse ni muda lagi, mcm baru lepas keluar nursing college. Siap sound aku suh jangan jerit2 dengan muka dia mcm annoyed. Aku rasa mcm nak lempar je tong etonox tu kat dia. Siap doa dlm hati kalau tiba turn dia bersalin kang semoga dia menjerit meraung sampai terberak2 kat atas labour bed tu. Huhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Xnak tgk video tu…aku nk bersalin bln 10 ni….neves nk rasa contraction…doc suh czer sbb nk potong terus…tp nk normal lah…takut plak czer ni… |
|
|
|
|
|
|
|
lavendernovella replied at 30-6-2021 01:00 PM
Sesuai jadi hukuman untuk jenayah ringan.
Good idea.. Mesti serik punya dan terus teringat macam mana susahnya mak dia nak beranak kan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Megikari replied at 30-6-2021 02:00 PM
Aku bersalin kena induced. Doc warning siap2 sakit dia tu double dari bersalin normal. Dah sedut eto ...
Apasal celaka sgt nurse tu. Ingat terjerit suka2 ke.. Itu la sebab laki tak beranak..kalau lelaki kena sound macam ni silap2 tengah kontraksi pun boleh bangun lempang kihkih |
|
|
|
|
|
|
|
Suami patut kena try benda ni.
Baru tau susahnya si isteri. Tengah mengandung lain penat. Lepas beranak next level punya penat. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu baru contraction. Belum lagi bukaan di bawah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
jiwarasa replied at 30-6-2021 03:14 PM
Good idea.. Mesti serik punya dan terus teringat macam mana susahnya mak dia nak beranak kan dia
Denda bayar gak disertakan hukuman ini kan. Lagi2 mat2 rempit dan kesalahan jalanraya ringan, orang yang buang sampah merata dll yang sesuai mcm kes suami curang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|