CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang Remaja Perempuan Dikenal Pasti Kes Pukul Rakan Sekolah

29-6-2021 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 22641| Komen: 101

Polis mengenal pasti seorang remaja perempuan dipercayai terlibat dalam video menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul di kawasan tangga yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata remaja terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu kes berkenaan.




Beliau berkata dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya itu, seorang remaja perempuan berusia 12 tahun cedera di kepala dan badan selepas dipukul remaja perempuan lain yang cemburu dengan hubungan mangsa dengan abang angkatnya.

“Pengadu membuat laporan polis pada 9.26 malam semalam berhubung kejadian itu dan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat dipukul suspek yang berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun yang juga rakan sekolahnya.

‘’Hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian, terdapat rakan suspek yang merakamkan perbuatan suspek serta menularkannya kepada beberapa kumpulan WhatsApp dan laman instagram milik suspek,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohamad Fakhrudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan meminta orang ramai agar tidak menularkan video itu lagi.

Sebuah video berdurasi 2.19 saat itu tular di Twitter menunjukkan seorang remaja perempuan dipukul oleh seorang remaja perempuan lain dan disaksikan tiga orang rakannya di satu kawasan tangga.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Makcik.Kiah 28-6-2021 07:51 PM
Sependa dan baju pun mak pak tolong beli dan basuhkan, dah gatal nak berjantan, mari sini makcik cabai-cabaikan korang sekor-sekor
Quote makneng 28-6-2021 07:57 PM
Abg angkat tu bg topup rm10 n belanja makan cucuk2 ke? Kalo gittew tak payah susah2 berebut dek.. Byk je jantan2 mcm tu skrg.
Quote tumpanglalu74 28-6-2021 07:59 PM
Edited by tumpanglalu74 at 28-6-2021 08:36 PM

Kan aku cakap generasi bohsia telah membuahkan hasil sebegini..  

Cek out my sign8ure:
https://t.me/covidvaccineinjuries
Quote immaryjane 28-6-2021 08:03 PM
Edited by immaryjane at 28-6-2021 08:04 PM

FF29B093-7989-4726-9C72-6849171E885D.png Laju org msia buat kje. Dlm sehari berpuluh ribu dh followers dia. Senyap je bdk ni, dh ke dalam ke? Coz mber2 lain semua dh hide gmbr. Dia ni aman2 mcm tk boleh access account dia pulak.
Selayak nye la masuk juvana nk tnjuk hero pnye psal dpn mber2 ye dop.
Quote sukacactus 28-6-2021 08:04 PM
Tgk sekerat je
Geram plak mangsa xmelawan
Quote Xim 28-6-2021 08:06 PM
Geli tgk dik....rebut abg angkat?hensem sgt ke?kalau hensem pun blh buat beli beras tak?
Quote Friska 28-6-2021 08:11 PM
Aduh, masih bocah sudah rebutan cowok. Kumbang bukan satu dik, ntar pasti ada jodohnya. Sekolah yang benar dulu dik. Kasian sama yang kena bully.
Quote any42 28-6-2021 08:25 PM
skrng rmai tgh struggle ni mak ayh bsusah pyah nk pastikan ade mkanan ats meja, korang mnmbah beban pulak bt perangai bukan2.
Quote biskutraya 28-6-2021 08:29 PM
Gaduh pun takut2.. tendang manja2.. hmmm.. hujung2 je kuat sikit lepuk kepala budak tu.. selebihnya gaduh cover ayu je lebih.. mane mak bapak dia ni dah tengok belom video anak die pukul anak orang..
Quote tagas 28-6-2021 08:29 PM
Gatal burek
Quote white_musk 28-6-2021 08:30 PM
tumpanglalu74 replied at 28-6-2021 07:59 PM
Kan aku cakap generasi bohsia telah membuahkan hasil sebegini..

Takkan la bohsia pakai tudung...
Quote tumpanglalu74 28-6-2021 08:37 PM
white_musk replied at 28-6-2021 08:30 PM
Takkan la bohsia pakai tudung...

Mak dia la menghasilkan dia..

Cek out my sign8ure:
https://t.me/covidvaccineinjuries
Quote Makcik.Kiah 29-6-2021 07:33 AM
immaryjane replied at 28-6-2021 08:03 PM
Laju org msia buat kje. Dlm sehari berpuluh ribu dh followers dia. Senyap je bdk ni, dh ke dalam ke? ...

Budak-budak zaman sekarang, kecik-kecik dah bersosial media
Quote TomyamPuteh 29-6-2021 07:51 AM
Mesti bdk kls hujung. Mentang2 la x pyh nk ambik UPSR dh kan.X join PDPR la tu.
Quote virgo19 29-6-2021 07:51 AM
Alahai.. berapa pulak la umur si abang angkat tu, ntah2 baru 14 tahun
Quote 3chanceno 29-6-2021 08:02 AM
Abam angkat cam julripin atau aiman tino ke yg korang berebut???gi sekolah bukan nak rebut belajar ilmu99 membazir boreh je jadi samseng taik kucing!@@
Quote drivethru 29-6-2021 08:16 AM
Budak2 macam ni, mmg fikir nak menggedik jer. Kalau abang angkat hulur hote, mmg dia isap macan lolipop.
Quote Makcik.Kiah 29-6-2021 08:17 AM
Edited by Makcik.Kiah at 29-6-2021 09:20 AM




Quote want2bhappy 29-6-2021 08:19 AM
patut la balik2 smlm anak aku duk citer sal bnda ni.. lps tu dia kata ada org cakap.. bdk pompuan tu tgh deppressi sbb mak dia belasah dia sbb pukul anak org... aku warning anak aku yg pompuan.. kau pun kena belasah mcm tu jugak kalau pukul anak org.. dah la mampu tarik rambut.. gila tarik rambut mcm nak tanggalkan dr kepala.. sambil gelak2 kat kawan.. harap yg ambik gambar pun kena heret masuk dalam.. menggalakkan pulak...

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.068992 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top