CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh Racun Dua Bayi Dengan Beberapa Ubat

10-12-2020 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3312| Komen: 7

Seorang pengasuh yang meracun dua bayi di bawah penjagaannya dengan beberapa ubat termasuk yang digunakan untuk merawat gangguan kegelisahan dan insomnia, dihukum penjara tujuh tahun.

Sa'adiah Jamari, 39, disabit kesalahan oleh Hakim Daerah, John Ng atas dua tuduhan memberikan racun kepada kanak-kanak perempuan.



Kredit foto: Berita Harian Singapura

Dia, yang sebelum ini bertugas sebagai jururawat bebas, melakukan kesalahan itu dalam dua kejadian berasingan pada November dan Disember 2016 ke atas kanak-kanak itu yang tiada kaitan antara satu sama lain.

Seorang daripada mangsa berusia lima bulan pada waktu itu, sementara seorang lagi 11 bulan.

Sa'adiah kini membuat rayuan terhadap hukuman itu dan dibebaskan dengan ikat jamin S$20,000.

Berita Harian Singapura melaporkan, mangsa dan ibu mangsa tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti kanak-kanak itu.


Ibu seorang mangsa memberi keterangan sewaktu perbicaraan bahawa pada Oktober 2016, dia memerlukan pengasuh untuk bayi dan anak perempuannya yang lebih tua, ketika itu berusia lima tahun.

Dokumen mahkamah tidak menyatakan sekiranya apa-apa racun ditemui dalam badan anak perempuan lebih tua.

Sa'adiah menjaga anak itu awal November tahun itu.

Selepas beberapa lawatan ke rumah pengasuh, ibunya mendapati bayinya suka meragam. Kali keempat ia berlaku, si ibu membawa anaknya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada hujung November 2016.

Mahkamah diberitahu profesional penjagaan kesihatan berkata, tiada bahan racun didapati dalam badan bayi.

Si ibu merujuk ke Hospital Parkway East pada bulan seterusnya apabila keadaan anaknya tidak bertambah baik.

Anaknya dimasukkan ke wad selama lima hari dan si ibu menerima laporan hospital yang menyenaraikan beberapa bahan dikesan dalam badan bayi itu termasuk ubat tidur temazepam, antihistamine chlorpheniramine dan alprazolam yang digunakan untuk merawat gangguan kegelisahan.

Ibu seorang lagi mangsa, juga memberi keterangan di mahkamah, memberitahu Hakim Ng dia memerlukan seseorang untuk menjaga bayinya pada petang Krismas 2016.

Selepas teman lelakinya mengambil bayi itu sekitar jam 6 pagi keesokan hari, wanita itu mendapati anaknya kelihatan penat dan membawanya ke KKH pada hari sama.

Sampel air kencing yang diambil mendapati kandungan bahan termasuk alprazolam.

Bagi setiap tuduhan menyebabkan kecederaan dengan racun, seorang pesalah boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda atau disebat. Bagaimanapun, Sa'adiah tidak boleh disebat kerana dia wanita.


Sumber: Harian Metro

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chenta_dewi 10-12-2020 01:22 PM
Kat malaysia leh tak wat camni yek
Quote shernazz 10-12-2020 01:40 PM
Mak aih
Jilaka nya kau
Quote prettyuglybabe 10-12-2020 01:46 PM
malaysia pun ada je kes nursery/pengasuh bagi ubat batuk untuk suruh budak tidur..
cumanya kat malaysia ni law asal boleh..
mak bapak cuai sampai anak mati pun takde tindakan apa..
siap boleh kutip sumbangan buat anak baru..
Quote husie91 10-12-2020 04:51 PM
Perempuan gilaaaa
Quote Megikari 10-12-2020 08:13 PM
Whyyyyyyy? Kalau taknak jaga kenapa ambik job tu
Quote noor2 10-12-2020 08:15 PM
Kejamnyaaaa
Quote Queenmastani 11-12-2020 02:33 AM
Kecik2 dolo ko mkn apa saadiah oiii

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.030014 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top