CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Saya Pendosa, Bukan Perwira Yang Patut Dipertahankan" - Daud Kim

8-9-2020 12:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7824| Komen: 57

YouTuber mualaf sensasi dari Korea, Daud Kim akhirnya meminta maaf dan membuat penjelasan berhubung tuduhan merogol seorang wanita, baru-baru ini.

Video berjudul 'I Am Sorry' yang dimuat naik 31 Ogos lalu mengejutkan peminatnya selepas beliau mengakui banyak melakukan perkara bertentangan Islam.




Katanya, dia sedar apa yang dilakukannya salah dan telah menghubungi mangsa untuk berbicara mengenainya.

"Saya yang minum alkohol dan melakukan kejahatan, justeru menyebabkan mangsa trauma serta ketakutan selama lebih setahun.

"Saya akan memohon ampun sepanjang hidup saya. Semua yang berlaku adalah salah saya dan mangsa menderita kerana perbuatan (gangguan) peminat saya," ujarnya.

Malah, ada peminatnya membuat ancaman bunuh kepada mangsa dan rakannya. Sehubungan itu, Daud meminta peminat dan penyokongnya berhenti mengganggu dan menyalahkan mangsa.




"Tolong padam semua video, hantaran atau sebarang komen yang menyalahkan mereka. Saya bukan perwira yang layak dipertahankan, sebaliknya saya pendosa yang patut dipersalahkan," katanya yang turut berterima kasih kepada mereka yang berani mengkritik perbuatannya.



Dalam masa sama, beliau meminta maaf kepada saudara muslim Korea yang berdepan prasangka buruk terhadap Islam di negara itu kerana perbuatannya mengeruhkan keadaan.

Selain itu, Daud mengakui banyak melakukan perbuatan buruk sejak memeluk Islam termasuk minum alkohol, mengunjungi kelab malam dan berfoya-foya dengan wanita.

Dedahnya, dia lebih memikirkan keseronokan menggunakan Islam untuk menghasilkan bahan bagi meraih keuntungan dari mendalami agama Islam.


Kredit foto: YouTube

Bagaimanapun, masih ramai memberi galakan dan sokongan kepada Duad menerusi ruangan komen. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 8-9-2020 12:19 PM
ok laa at least dia mengaku salah. tp klu tgk video sebelum ni pon rasa mcm that girl pn salah jugak sbb dia mcm rela pn ade kann
Quote manjalara_01 8-9-2020 12:22 PM
Maknanya die ni penunggang agama la versi youtuber korea. Interesting
Quote kaoru44 8-9-2020 12:37 PM
Tgok dkt channel yongsworld tu cter balik kes ni..
Mmg nmpk daud salah sbnrnya..
Kdg2 bnda kalau dh biasa sgt buat..lmbt cpt je nak kantoi..nak2 zmn skrg kn..
Tp Allah tu maha pengampun..hrp betulkan balik niat..
Nak mgata dkt dia pun..dia baru kenal islam..yg dr lahir mmg islam pun slalu kluar masuk club..so masing2 jaga dri masing2..
Quote dua_chzy 8-9-2020 12:53 PM
kaoru44: Tgok dkt channel yongsworld tu cter balik kes ni..Mmg nmpk daud salah sbnrnya..Kdg2 bnda kalau dh biasa sgt buat..lmbt cpt je nak kantoi..nak2 zmn skr ...


Soal baru ka lama ka kenal Islam rasanya bukan isu utama di sini. If ko memang baik, baiklah ngkau walau sebelum memeluk Islam. Bagi akak, Daud ni memang jahat. Atau nakal? Ditambah pula jadik pujaan acik2 Asia Tenggara di Youtube, maka ditonggangnya agama habis2an.
Quote MissVixen 8-9-2020 01:02 PM
Penunggang agama kpop. Ada yang kata dia ni dah kahwin dan ada anak seorang. Anak sendiri pun diabaikan, baik ke kalau macam tu? Tapi banyak die hard fans dia  
Quote kaoru44 8-9-2020 01:47 PM
dua_chzy replied at 8-9-2020 12:53 PM
Soal baru ka lama ka kenal Islam rasanya bukan isu utama di sini. If ko memang baik, baiklah ngk ...

Mungkin jgk..dh jd mcm ni masuk islam tu ats sbb apa pun xthu kan..ntah la..yg xsuka nya pminat fanatik dia..
Abis semua yg komen ngatif kena hentam walau terang2 salah..
Sblm ni mgkn buang semua imej2 buruk tu..so bila dh famous org xthu..anggap suci bersih..last2 jd mcm2 baru mgaku itu ini..
Quote kaoru44 8-9-2020 01:52 PM
MissVixen replied at 8-9-2020 01:02 PM
Penunggang agama kpop. Ada yang kata dia ni dah kahwin dan ada anak seorang. Anak sendiri pun diabai ...

Dlm video ats ni dia sndri mgaku prnh kawen n ada ank..
I xda ig ke twitter..so tgok komen2 youtube je..
Tp pminat pun berpada2 la..mcm video ats ni pun ada pminat kata dia kena ugut..ada org paksa ckp mcm tu..
Quote axl_bach 8-9-2020 01:53 PM
Penonggeng agama, apakah?
Quote Atata 8-9-2020 01:54 PM
Patutla rasa something off ngan channel dia. Tgk sekali dua pastu tak rasa nak tgk lg. Maybe otak subconcious i boleh sense something wrong somewhere wakakakakakak
Quote buapakperut 8-9-2020 01:55 PM
muka tak mekap sgt mngecewakan
Quote MeghanK 8-9-2020 01:56 PM
ramai so called korean muslim pakat buat channel dengan title 'korean muslim do this, do that' .. pakat2 jadi penunggang agama belaka..baik layan bideo kucing2
Quote mrsbob87 8-9-2020 01:56 PM
religion rider korean versionnnnn... daebak
Quote anilanil 8-9-2020 02:11 PM
Everybody deserve a second chance. Maybe dulu dia jahat, kaki minum, kaki celup, amik kesempatan buat duit as youtuber. Asbab terkantoi ni dia bertaubat & berubah. Cikki muslimah yg fobia tu pon patut berubah. Jgn melepak di club, tutup aurat, jgn benarkan jantan tumpang tido di rumah. Dua2 pihak ada buat dosa sebenarnya.
Quote diazzaid 8-9-2020 02:15 PM
MeghanK replied at 8-9-2020 01:56 PM
ramai so called korean muslim pakat buat channel dengan title 'korean muslim do this, do that' .. pa ...

channel Cream Heroes kah sis?
Quote gadget 8-9-2020 02:22 PM
kalau dah mengaku salah, tp apa yg dia buat tu satu kesalahan dan ada akta, boleh ke just minta maaf? kalau cenggitu, semua org yg buat jenayah bila kena tangkap, mintak maaf?
Quote Cassieopeia 8-9-2020 02:31 PM
anilanil replied at 8-9-2020 02:11 PM
Everybody deserve a second chance. Maybe dulu dia jahat, kaki minum, kaki celup, amik kesempatan bua ...

budak yg kene tu muslim jgk ke? xfollow sgt kes dia ni.. hrp kes ni buat daud ni berubah jd muslim sebenarla kan
Quote MeghanK 8-9-2020 02:38 PM
diazzaid replied at 8-9-2020 02:15 PM
channel Cream Heroes kah sis?

ya dan beberapa lagi channel beliau
Quote husna_amal 8-9-2020 03:10 PM
As muslim kat korea dugaan ujian besar. Mesti susah nak tinggalkan tabiat lama tu.
Quote axl_bach 8-9-2020 03:15 PM
husna_amal replied at 8-9-2020 03:10 PM
As muslim kat korea dugaan ujian besar. Mesti susah nak tinggalkan tabiat lama tu.

Nk tinggalkan tabiat lama tu maybe susah dan org bleh faham....tapi dia tunggang agama tu mmg celkalehnat btol

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.082210 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top