Mogul hiburan antarabangsa, Simon Cowell patah tiga tulang belakangnya akibat terjatuh ketika mencuba basikal elektrik yang baru dibelinya. Ketika kejadian Sabtu lepas, Simon ditemani anaknya, Eric, 6, dan anak tirinya, Adam, 14, dalam kejadian yang berlaku di halaman rumahnya di Malibu. Pasangannya, Lauren Silverman menghubungi ambulan dan Simon dikejarkan ke hospital di mana dia menjalani pembedahan selama enam jam bagi memasukkan besi di bahagian belakangnya. Memetik Dailymail.co.uk, sumber mengatakan Simon bernasib baik kerana kecederaan dialaminya hanya kurang satu sentimeter daripada saraf tunjangnya. Menerusi kenyataan wakilnya, keadaan Simon sudah beransur pulih. |
ADVERTISEMENT