CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Umur Baru 22 Tahun, Haqiem Rusli Dah Berjaya Buka Restoran

10-8-2020 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 30326| Komen: 132

Description: Walaupun dah beberapa kali gagal dalam perniagaan, namun Hqiem Rusli tak pernah serik.
Walaupun dah beberapa kali gagal dalam perniagaan, namun Hqiem Rusli tak pernah serik.

Sekarang dia mengusahakan restoran, San Thai Village yang terletak di Setapak.


Foto: IG
"Sebelum ini, banyak bisnes saya usahakan tidak menjadi. Antara sebabnya adalah lokasi perniagaan kurang sesuai dan tiada kumpulan membantu apabila saya ada banyak komitmen.

"Namun, bagi saya, semua itu pengalaman. Kalau kita gagal sekali, bukanlah bermakna kita gagal selama-lamanya. Saya banyak berkawan dengan usahawan. Merekalah yang memberi saya semangat agar tidak berputus asa.

"Mereka menggalakkan saya menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan kerana lebih terjamin. Biar dalam apa situasi sekalipun, orang akan makan," katanya kepada Berita Harian Online.


Foto: IG
Katanya dia berniaga kerana mengakui industri seni ada pasang surutnya.

"Saya suka memikirkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Adakah saya akan terus kekal dalam industri atau sebaliknya, saya sendiri tak tahu.

Foto: IG
"Justeru, perniagaan ini adalah sebagai persediaan untuk menampung kehidupan saya pada masa akan datang.

"Kerjaya seni saya tetap seperti biasa. Berikutan kedai ini baru dibuka, dalam masa seminggu pertama, saya akan berada di sini untuk memantau sebelum sibuk dengan komitmen nyanyian," tambahnya. -CARI

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razeadel 10-8-2020 03:49 PM
Good luck dek qieqiem....aku dah gi masa launching dgn geng opis....aku suka asam pedas sebab macam lain dari lain selain murah...kat tmpt aku mahal...bagus ek kau layan customer semua.
Quote dodolpandai 10-8-2020 03:53 PM
san thai?

jual tom yam gak ke?

Quote drivethru 10-8-2020 03:57 PM
Dia ni kalau pakai spek hitam, mmg nampak manis/hensem. Kalau bukak spek, mmg hancur. Bahagian Mata dia x lawa. Nampak penyek dan kuyu.
Quote pearl.silver 10-8-2020 04:02 PM
Good luck la dik.
Artis2 ni xlama meniaga restoran sbb korg x commit pd restoran tu.
Ko pun ckp ko perlukn org lain manage sbb ko xde masa.
Klu kitchen 100% bergantung org luar.. Sekian wasallam..
Quote Kurex 10-8-2020 04:03 PM
Suara sedap, muka comel, baik... Memang pakej la
Quote Kurex 10-8-2020 04:03 PM
Semoga dapat menjamah makanan dari air tangan haqiem rusli
Quote gummiebear 10-8-2020 04:09 PM
Go go go dek qieqiem


Quote tuntasha 10-8-2020 04:16 PM
drivethru replied at 10-8-2020 03:57 PM
Dia ni kalau pakai spek hitam, mmg nampak manis/hensem. Kalau bukak spek, mmg hancur. Bahagian Mata  ...

Ni aku setuju. Bukak spek je out
Quote tuntasha 10-8-2020 04:26 PM
Ada lah budak crew production cakap dia plan nk kawin tahun depan.
Quote husna_amal 10-8-2020 04:29 PM
Bagus lah terus berusaha dan tak bergantung sangat dengan bidang nyanyian ni je.
Quote EvieWanKenobi 10-8-2020 04:43 PM
harga makanan harga Firaun tak?
Quote prettyuglybabe 10-8-2020 04:43 PM
takdenya business makan terjamin..
senang buat duit ye but terjamin tak..
melainkan food betul-betul sedap setaraf harga..
buka ceruk mana pun orang akan datang..
Quote bakingsoda 10-8-2020 04:48 PM
tuntasha replied at 10-8-2020 04:26 PM
Ada lah budak crew production cakap dia plan nk kawin tahun depan.

omg ye ke ngan sape? retis ke marhaen?

Quote bakingsoda 10-8-2020 04:49 PM
drivethru replied at 10-8-2020 03:57 PM
Dia ni kalau pakai spek hitam, mmg nampak manis/hensem. Kalau bukak spek, mmg hancur. Bahagian Mata  ...


mungkin taste lain2 tapi aku rasa qiqiem bukak spek jd cute
Quote ErnaAriff 10-8-2020 04:50 PM
Tahniah. Malaysia perlu lebih banyak generasi muda yg mempunyai mindset yg bagus untuk menuju ke depan!
Quote tuntasha 10-8-2020 04:51 PM
bakingsoda replied at 10-8-2020 04:48 PM
omg ye ke ngan sape? retis ke marhaen?

Open secret kot Fans dia tau je.Marhaen freehair.Ada kat opening kedai makan dia pun jaga unit cashier
Quote tuntasha 10-8-2020 04:52 PM
prettyuglybabe replied at 10-8-2020 04:43 PM
takdenya business makan terjamin..
senang buat duit ye but terjamin tak..
melainkan food betul-bet ...

Dia confiden kot sbb ada yg cakap joint ngan bakal mentua dia pun peniaga.Ada mentor ok kot
Quote bakingsoda 10-8-2020 04:58 PM
tuntasha replied at 10-8-2020 04:51 PM
Open secret kot Fans dia tau je.Marhaen freehair.Ada kat opening kedai makan dia pun jaga unit cas ...


amboi dulu kemain taste sy nak awek bertudung haa..cantik tak orangnya?
Quote tuntasha 10-8-2020 05:01 PM
bakingsoda replied at 10-8-2020 04:58 PM
amboi dulu kemain taste sy nak awek bertudung haa..cantik tak orangnya?

Cantik lah tu kat mata dia.Dia pun tk lah hensem mana so tak leh memilih. Lepas kawin  nanti pandai lah bertudung hahahah

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.183516 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top