Neelofa memuji bekas abang iparnya, Sharnaaz Ahmad dan berharap pasangan lain yang berdepan masalah sama menjadikan pengorbanan aktor itu sebagai contoh. Memetik laporan Harian Metro, Neelofa menyifatkan Sharnaaz seorang yang bertanggungjawab terhadap anaknya dengan Noor Nabila, Jebat Jayden. "Kes mereka sudah berlarutan lama sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, apabila sudah selesai saya turut bersyukur dengan keputusan mereka berdua. Dalam masa sama saya rasa ada hikmah kenapa perkara ini diperlambatkan. "Sebab dalam waktu itu hubungan Nabila dan Sharnaaz sangat pulih dari segi 'co-parenting'. Sharnaaz seorang ayah yang sangat bertanggungjawab yang saya rasa korbankan masa dia hampir setiap hari untuk jumpa anak. "Perkara itu perlu dijadikan contoh kepada mereka yang bercerai ada anak tapi kena ada masa untuk pergi jumpa. Sebab saya juga adalah dari keluarga yang bercerai yang mana mak dan ayah saya berpisah dan saya dibesarkan oleh ibu dan dia menjadi ibu tunggal selama beberapa tahun. "Tapi, untuk seorang ayah datang tengok anak macam itu dengan kerap bukan mudah. Saya harap satu hari kalau Jebat tahu benda ini dan tengok rakaman video ini dia akan hargai. Orang yang dengar ini pun yang ada anak dan bercerai, kena juga ambil masa sebab ia sangat penting untuk anak itu hargai jalinan yang diberikan," katanya.
|
ADVERTISEMENT